Polis Daerah Lawas

Polis Daerah Lawas Salam Sejahtera Tuan/Puan.. Page ini diwujudkan untuk memaparkan pelbagai aktiviti dan maklumat

12/06/2026
12/06/2026

Antara yang jadi kebimbangan, khasnya ibu bapa, anak-anak di sekolah menengah.. Sebelum makin parah, jadi elok lah haramkan v**e ni di seluruh negara, secepat mungkin, setuju?

12/06/2026
PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN SURAH AL-KAHFI DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD LAWASLAWAS, 12 Jun 2026 ( Jumaat)– Ibu Pe...
12/06/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN SURAH AL-KAHFI DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD LAWAS

LAWAS, 12 Jun 2026 ( Jumaat)– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Selamat pada Jumaat, 12 Jun 2026 bermula jam 8.00 pagi di Surau IPD Lawas.

Program kerohanian yang diselaraskan oleh Saudara Noramin bin Mohd Amin dari Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS-BAKA) itu telah disertai seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada 4 Pegawai Kanan Polis (PKP), 12 Pegawai Rendah Polis (PRP), 6 Pegawai Awam Polis (PAP), 2 ahli PERKEP serta seorang peserta lain.

Antara pengisian program adalah pelaksanaan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah, bacaan Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 dan ayat 101 hingga 110, serta Doa Selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rohani dalam kalangan warga PDRM, memupuk budaya hidup beragama serta mengukuhkan jati diri seorang Muslim. Selain itu, program ini turut berperanan mengimarahkan surau dengan aktiviti kerohanian yang berterusan serta memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IPD Lawas.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni, penuh penghayatan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

🚨 WASPADA PINJAMAN TIDAK WUJUD! 🚨Janji manis, akhirnya wang lesap!📱 Penjenayah kini semakin licik menawarkan pinjaman mu...
12/06/2026

🚨 WASPADA PINJAMAN TIDAK WUJUD! 🚨Janji manis, akhirnya wang lesap!

📱 Penjenayah kini semakin licik menawarkan pinjaman mudah melalui Facebook, Telegram, Instagram dan WhatsApp dengan ayat seperti:

✅ “Pinjaman cepat lulus”
✅ “Tanpa dokumen lengkap”
✅ “Lulus dalam beberapa minit”
✅ “Proses mudah dan segera”

⚠️ Modus operandi penipuan:
1️⃣ Mangsa tertarik dengan iklan pinjaman di media sosial.
2️⃣ Mangsa diminta menghantar maklumat peribadi atau gambar kad pengenalan.
3️⃣ Mangsa diarahkan membuat bayaran awal seperti yuran proses, duti setem, insurans atau caj kelulusan.
4️⃣ Selepas bayaran dibuat, pinjaman tidak diterima dan suspek terus menghilangkan diri.

❌ Ingat! Pinjaman yang sah tidak akan meminta bayaran pendahuluan yang mencurigakan.

🔎 Sebelum membuat sebarang urusan, pastikan anda:
✅ Semak kesahihan syarikat atau institusi kewangan.
✅ Jangan kongsi maklumat peribadi dengan individu tidak dikenali.
✅ Jangan buat bayaran awal untuk mendapatkan pinjaman.
✅ Rujuk pihak bank atau agensi kewangan yang sah.
✅ Buat laporan polis jika menjadi mangsa.

💬 Jangan mudah percaya. Semak dahulu sebelum bertindak.
💸 Wang hilang, pinjaman tidak wujud!

📍 IPD Lawas menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran pinjaman mudah di media sosial.







PELAKSANAAN PANGGIL NAMA, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU PERINGKAT IPD LAWASLawas, 8 Jun 2026 (Isni...
08/06/2026

PELAKSANAAN PANGGIL NAMA, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU PERINGKAT IPD LAWAS

Lawas, 8 Jun 2026 (Isnin)– Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melaksanakan Program Panggil Nama, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Nyanyian Lagu Negaraku yang berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Lawas pada jam 7.15 pagi hingga 8.10 pagi.

Program tersebut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong anak Tindan, bersama 52 orang warga IPD Lawas yang terdiri daripada 10 Pegawai Kanan Polis (PKP), 27 Pegawai Rendah Polis (PRP) dan 15 Pegawai Awam Polis (PAP).

Majlis diselaraskan oleh Pegawai Baris, Insp Muhammad Noor Hisham bin Mat, dibantu oleh Penolong Pegawai Baris, Sjn Zuliskandar bin Abdul Rahman, manakala lafaz ikrar diketuai oleh Insp Kartik A/L Vasanthan.

Atur cara dimulakan dengan Pegawai Baris melaporkan kekuatan kepada KPD Lawas bagi memulakan majlis yang disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru. Program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noramin bin Mohd Amin, lafaz Ikrar Taat Setia, amanat KPD Lawas serta nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat sebelum majlis ditamatkan dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Dalam amanatnya, DSP Liong anak Tindan menegaskan supaya semua Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai memberi perhatian serius terhadap kehadiran anggota di bawah seliaan masing-masing. Beliau turut mengingatkan agar lawatan lokap, pemantauan kesihatan orang kena tahan (OKT) serta tempoh sah tahanan sentiasa dikemas kini dan dipantau dengan rapi.

Selain itu, beliau menekankan aspek kebersihan kawasan IPD termasuk lobi, tandas, laluan pejalan kaki, balai polis, perumahan polis dan kenderaan pasukan agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Penekanan turut diberikan terhadap kebersihan dewan dan tandas.

Program berjalan lancar dan mencapai objektif dalam memperkukuhkan disiplin, semangat patriotisme, pematuhan terhadap arahan semasa serta meningkatkan komitmen warga IPD Lawas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

🚨 TIPU PEMBELIAN E-DAGANG 🚨📢 IPD Lawas ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika membuat pembelian ...
06/06/2026

🚨 TIPU PEMBELIAN E-DAGANG 🚨

📢 IPD Lawas ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika membuat pembelian secara dalam talian.

🛒 Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang terlalu murah atau promosi luar biasa di media sosial seperti Facebook Marketplace, Telegram dan Instagram.
⚠️ Tanda-tanda penipuan e-dagang:
✅ Harga jauh lebih murah daripada pasaran
✅ Penjual mendesak pembayaran dibuat segera
✅ Hanya menerima bayaran melalui pindahan bank peribadi
✅ Tiada ulasan atau maklumat penjual yang jelas
✅ Penjual gagal dihubungi selepas pembayaran dibuat
💡 Tip keselamatan sebelum membeli:
🔹 Semak latar belakang dan ulasan penjual
🔹 Jangan membuat bayaran penuh terlebih dahulu kepada individu yang tidak dikenali
🔹 Gunakan platform pembayaran yang selamat
🔹 Simpan semua bukti transaksi dan perbualan
🔹 Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa penipuan

❗ INGAT! Harga terlalu murah, itu tanda amaran penipuan. Jangan kerana ingin berjimat, akhirnya mengalami kerugian.

📞 Jika anda menjadi mangsa penipuan, segera hubungi NSRC di talian 997 atau tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.





PROGRAM "MEET & GREET" DI SEKITAR PEKAN LAWAS BAGI PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BSJKD LAWAS, SARAWAKLawas, 06.06.2026 (Sa...
06/06/2026

PROGRAM "MEET & GREET" DI SEKITAR PEKAN LAWAS BAGI PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL BSJKD LAWAS, SARAWAK

Lawas, 06.06.2026 (Sabtu) - Pada jam 1300 hrs hingga 1340 hrs, BSJKD Lawas telah melaksanakan Program "Meet & Greet" di sekitar bandar Lawas, Sarawak. Program tersebut diketuai oleh Sjn Kho Beng Lay bersama Kpl Mohammad Amiruddin bin Abdullah @ Ragam.

Program ini telah melibatkan seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia, dewasa dan warga emas. Sepanjang program berlangsung, orang awam telah diberikan penerangan mengenai trend terkini jenayah komersil serta fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Selain itu, turut disampaikan hebahan berkaitan perkhidmatan National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997, aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule/CCID Check serta promosi E-Book Jenayah Komersil sebagai langkah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah penipuan dalam talian.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada orang awam. Masyarakat yang hadir menunjukkan minat terhadap maklumat yang disampaikan serta menyatakan kesediaan untuk berkongsi maklumat pencegahan jenayah komersil dengan keluarga dan komuniti setempat.

Address

Lawas
98850

Telephone

+6085284467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Lawas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share