15/05/2026
SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN SURAH AL-WAQIAH DAN TAZKIRAH RINGKAS PERINGKAT IPD JOHOR BAHRU SELATAN
, 15 Mei 2026 (Jumaat) - YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah menghadiri Program Solat Sunat Dhuha pada jam 8.30 Pagi yang bertempat di Surau At-Taqwa, IPD Johor Bahru Selatan.
Program mingguan yang diadakan pada setiap hari Jumaat ini menerapkan juga pembacaan surah Al-Waqiah selepas Solat Sunat Dhuha. Solat Sunat Dhuha dan bacaan Surah Al-Waqiah telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazuan bin Hazmi ,Pendakwah Bertauliah Jabatan Agama Islam Negeri Johor .
Dalam program kerohanian ini, Ustaz Mohd Hazuan bin Hazmi telah menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk "*Hadith-Penawar Hati (Tajuk: Merompak Sebilah Kayu Siwak Sudah Boleh Membawa Masuk Neraka)*".
Dan program diakhiri dengan Berdoa beramai-ramai .
Turut hadir, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Johor Bahru Selatan.