Sukarelawan Simpanan Polis Johor

  • Home
  • Sukarelawan Simpanan Polis Johor

Sukarelawan Simpanan Polis Johor The SSPDRM Johor activities and informations ....

13/05/2026

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Apa itu VSP?

VSP ialah Volunteer Smartphone Patrol, iaitu aplikasi rasmi Polis Diraja Malaysia untuk membantu orang awam menyalurkan maklumat jenayah, aduan keselamatan, dan notifikasi balik kampung terus kepada pihak polis.

Fungsi utama VSP:

🔷Hantar aduan atau maklumat jenayah.

🔷Muat naik gambar, video dan lokasi GPS.

🔷Butang panik (panic button).

🔷Isi notifikasi balik kampung untuk rondaan polis.

🔷Membantu polis sebagai “mata dan telinga masyarakat.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YDH SAC Chuah Yong Huat, Ketua...
11/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YDH SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kontinjen Johor, atas keprihatinan dan usaha mengatur lawatan bersama PERKESO (SOCSO) bagi menyantuni Bekas Sukarelawan Polis yang kurang bernasib baik.

Lawatan ini bukan sahaja memberi sokongan moral, malah bantuan serta khidmat berkaitan perubatan turut disalurkan bagi meringankan beban yang dihadapi.

Keprihatinan dan komitmen Ketua Jabatan terhadap kebajikan anak buah amat dihargai dan menjadi bukti bahawa kebersamaan serta semangat kekeluargaan dalam pasukan sentiasa diutamakan.

“Prihatin, menyantuni dan tidak melupakan jasa mereka yang pernah berbakti.”

🌷 Selamat Hari Ibu 2026 🌷Setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang buat seluruh insan bergelar ibu — terutamanya kepa...
10/05/2026

🌷 Selamat Hari Ibu 2026 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang buat seluruh insan bergelar ibu — terutamanya kepada ibu-ibu warga SSPDRM Kontinjen Johor.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, doa dan kekuatan yang tidak pernah putus dalam membesarkan keluarga serta menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.

Sesungguhnya, kasih ibu tiada tandingan dan pengorbanannya tidak mampu dibalas dengan nilai.

Selamat Hari Ibu ❤️

09/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH

YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat CP Dato' M. Kumar a/l S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman atas Pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.




#09052026

09/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PEMANGKU KETUA POLIS JOHOR

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor atas Pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.




#09052026

09/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH JOHOR

YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor atas Pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.




#09052026

09/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA JABATAN PENGURUSAN JOHOR

YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH ACP Hussin bin Zamora, Ketua Jabatan Pengurusan Johor atas Pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.




#09052026

09/05/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH ACP Raub bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan atas Pengurniaan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.




#09052026

KUNJUNG HORMAT & SESI PERJUMPAAN RASMI BERSAMA DATO’ KPSatu sesi perjumpaan rasmi bersama Dato’ KP telah berlangsung mel...
09/05/2026

KUNJUNG HORMAT & SESI PERJUMPAAN RASMI BERSAMA DATO’ KP

Satu sesi perjumpaan rasmi bersama Dato’ KP telah berlangsung melibatkan Pemangku Komandan SSPDRM Johor, ASP/SP Dato’ Chong, mengikut ketetapan berikut:

📅 29 April 2026 (Rabu)
🕘 9.30 Pagi
📍 Pejabat Dato’ KP

Turut berlangsung sesi kunjung hormat kepada KJ, Tuan Chuah, sebagai manifestasi penghormatan profesional serta memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama berterusan antara pihak-pihak berkaitan.

Perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mempererat hubungan kerja, memperkukuhkan koordinasi serta mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan demi kepentingan bersama.

Delegasi yang hadir:
▪️ Dato’ Chong Chen Kook
▪️ Insp/SP Don
▪️ L/Kpl SP Sujirah
▪️ L/Kpl SP Kalaivani

Memperkukuh jalinan, memperkasa kerjasama.

LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP PEGAWAI RENDAH POLIS SSPDRM IPD JBSJOHOR BAHRU,6 JANUARI 2026 YDH Insp G/SP 1677 Don Michael ...
08/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP PEGAWAI RENDAH POLIS SSPDRM IPD JBS

JOHOR BAHRU,6 JANUARI 2026

YDH Insp G/SP 1677 Don Michael wakil dari pejabat Komandan SSP IPK Johor Dan Insp G/SP 1371 Mohammad Hafez Bin Ibrahim KSPB Balai Sentral mewakili pihak SSPDRM IPD JBS bersama anggotanya telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang (1) Pegawai Rendah Polis SSPDRM IPD JBS yang bertugas di Balai Polis Sentral, iaitu L/KPL/SP 43832 MOHD NAJHAN BIN MD NOR

Lawatan ini bertujuan untuk bertanya khabar serta menyampaikan sokongan moral kepada anggota SSPDRM yang mengalami masalah kesihatan, di samping mengambil berat kebajikan ahli keluarga. Lawatan kebajikan ini juga merupakan usaha berterusan pihak pengurusan bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan dan anggota.

Laporan Kebajikan SSPDRM IPD Johor Bahru SelatanJohor Bahru Selatan - 08 Mei 2026SSPDRM IPD Johor Bahru Selatan bersama ...
08/05/2026

Laporan Kebajikan SSPDRM IPD Johor Bahru Selatan

Johor Bahru Selatan - 08 Mei 2026

SSPDRM IPD Johor Bahru Selatan bersama BPJKK IPD JBS telah mengadakan lawatan kebajikan kepada anggota SSPDRM L/Kpl/SP 43832 Mohd Najhan Bin Md Nor, yang sedang menerima rawatan di Hospital Columbia Asia Tebrau.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh P/KSPD Asp/SP 1207 Lim Yuen Heng bersama wakil daripada BPJKK IPD JBS iaitu Konst 232588 Amir Hurairah Bin Nordin dan anggota SSPDRM Kpl/SP 34711 Poobalon A/L Kanniapan, L/Kpl/SP 34996 Saw Ping Lih dan Konst/SP 33792 Tan Siew Kiong.

Keadaan Pesakit:
Pesakit mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang menyebabkan sesak nafas. Rawatan antibiotik telah dijalankan dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Sumbangan wang tunai juga telah diberikan dan turut disampaikan oleh wakil KBPJKK Dsp Faizal Hartonor bersama P/KSPD Asp/SP 1207 Lim Yuen Heng.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Simpanan Polis Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share