PD Kg Yooi Langkawi Kedah

PD Kg Yooi Langkawi Kedah LET'S READ TOGETHER...

WAKTU BEROPERASI :

AHAD - RABU : 10.00 PG ~ 6.00 PTG
KHAMIS : 10.30 PG ~ 6.00 PTG

CUTI : JUMAAT, SABTU & HARI KELEPASAN AM

06/09/2026

π“π„πŒπ”πƒπ”π†π€ π“π„π‘ππ”πŠπ€ πƒπˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„π‘π€ππ†πŠπ€π€π π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ
ππ€π†πˆ 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† ππ„π‘π’πŽππ„π‹ πŒπ˜π’π“π„π

Kepada para pencari kerja di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Temuduga Terbuka yang akan dijalankan seperti ketetapan di bawah:

πŸ—“οΈ Hari: Isnin (07.09.2026)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Tempat:
Pejabat Perangkaan Langkawi
Blok A-1-4 Kompleks Dermaga Tanjung Lembung
07000 Langkawi
Kedah

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ† π˜π€ππ† πƒπˆπ“π€π–π€π‘πŠπ€π:

1. Personel MySTEP E1

π’π˜π€π‘π€π“ π‹π€ππ“πˆπŠπ€π:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan tidak melebihi 35 tahun.

3. Mahir menggunakan komputer dan aplikasi asas Microsoft.

4. Mempunyai kenderaan dan lesen memandu yang sah.

πŠπ„π‹π€π˜π€πŠπ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ:

πŸŽ“ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang ini!
Jika memenuhi syarat yang ditetapkan, hadir ke Temuduga Terbuka Personel MySTEP E1 di Pejabat Perangkaan Langkawi.

JANGAN LUPA BAWA BERSAMA RESUME ANDA

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Perangkaan Langkawi : 049692905

06/09/2026

Syarat haul merupakan perkara penting dalam menentukan kewajipan zakat bagi sesetengah jenis harta.

Jom kenali syarat haul dan tunaikan zakat dengan sempurna.

Semak dan kira zakat anda di:
πŸ“² https://jom.zakatkedah.com.my/

06/09/2026

JEREBU DATANG LAGI. DAN KITA MASIH BERCAKAP TENTANG PERKARA YANG SAMA.

Ini bukan isu remeh.

Bukan sekadar β€œcuaca panas”.
Bukan sekadar β€œbau asap”.
Bukan sekadar beberapa hari langit kelabu.

Ini isu kesihatan awam yang berulang, merentas sempadan dan memberi kesan kepada jutaan manusia.

Sebab itu ramai rasa kecewa.

Bukan kerana mahu bermusuh dengan Indonesia.
Rakyat Indonesia sendiri turut menjadi mangsa kebakaran, kehilangan habitat, pencemaran udara dan gangguan kehidupan harian.

🚨 Yang mengecewakan ialah corak yang sama terus berulang.

🚨 Kenyataan yang dipertikaikan.

🚨Respons yang dilihat tidak sepadan dengan skala masalah.

🚨Perbincangan tentang siapa salah.

🚨Dan akhirnya, rakyat di negara jiran juga terpaksa menanggung akibat.

Malaysia pernah melalui episod jerebu besar pada 1997.

Kemudian 2015.

Kemudian 2019.

Dan kini 2026.

Bila isu yang sama muncul berulang kali selama hampir tiga dekad, ia bukan lagi sesuatu yang boleh dianggap sebagai insiden terpencil.

Ia sudah menjadi masalah serantau yang memerlukan penyelesaian jangka panjang.

Kita perlukan pencegahan kebakaran yang lebih agresif.

Penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka dan pihak yang bertanggungjawab.

Perlindungan kawasan gambut.

Ketelusan data hotspot dan sumber kebakaran.

Serta kerjasama antara negara yang lebih cepat apabila keadaan mula merosot.

Kerana apabila udara di Serian sampai ke tahap berbahaya sehingga darurat jerebu diisytiharkan, isu ini sudah melepasi sempadan pentadbiran.

Ia masuk ke paru-paru manusia.

Kanak-kanak terpaksa kurangkan aktiviti luar.

Pesakit asma dan penyakit paru-paru semakin terdedah.

Warga emas perlu lebih berhati-hati.

Sekolah dan aktiviti masyarakat boleh terganggu.

Dan semua ini ada kos kepada kesihatan, ekonomi dan kehidupan harian.

Ramai sebenarnya cuma hampa.

Hampa kerana selepas 1997, 2015 dan 2019, kita masih berada di sini pada 2026.

Masih melihat asap.

Masih melihat hotspot.

Masih membincangkan perkara yang sama.

Jerebu rentas sempadan bukan β€œmusim”.

Ia bukan perkara yang patut kita belajar untuk biasakan.

Ia masalah yang sepatutnya semakin jarang berlaku.

Bukan semakin biasa.

Udara bersih bukan isu Malaysia atau Indonesia.

Ia hak bersama.

06/09/2026

Bahcok: Perpustakaan Desa kini berkembang daripada sekadar tempat meminjam bahan bacaan kepada pusat ilmu, interaksi sosial dan pembangunan komuniti setempat, kata Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Hasnita Zakaria.

06/09/2026
06/09/2026

30 Fakta Rukun Negara

#16 Ikrar Rukun Negara

Ikrar Rukun Negara, diterbitkan pada 31 Ogos 1970, diedarkan dan digantung di jabatan serta agensi kerajaan, pertubuhan dan sekolah sebagai pedoman perpaduan negara.




06/09/2026

Perpustakaan desa bukan lagi sekadar tempat pinjam buku



03/09/2026

ANDA DARI NEGERI MANA? JOM TUNJUKKAN IDENTITI NEGERI ANDA! πŸ‘‡πŸ˜

Tahukah anda? Setiap negeri di Malaysia menyimpan warna, cerita dan warisan yang tersendiri dan semuanya bersatu membentuk satu identiti: JIWA MALAYSIA. ❀️

🎭 Pakaian tradisional yang penuh makna
🎢 Alat muzik warisan turun-temurun
πŸ‘˜ Seni budaya yang mengikat generasi
⚽ Permainan tradisional yang membesarkan kita semua

Setiap satu bukan sekadar sejarah, ia adalah KITA.

✨ Ayuh datang dan alami sendiri kepelbagaian budaya Malaysia menerusi:

πŸ“Œ PAMERAN RONA JIWA MALAYSIA: BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA
πŸ“… 3 Ogos – 19 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 7.00 malam
πŸ“ Ruang Pameran, Aras 1, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia

πŸ€” CABARAN UNTUK ANDA!

Komen di bawah sekarang:
1️⃣ Anda dari negeri mana? πŸ‡²πŸ‡Ύ
2️⃣ Apa budaya/warisan negeri anda yang paling anda banggakan?

Jom kita kenali satu sama lain, raikan perbezaan, dan buktikan

Walaupun berbeza budaya, kita tetap berkongsi SATU JIWA , JIWA MALAYSIA! β€οΈπŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Perpustakaan Negara Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI




03/09/2026
02/09/2026

Majlis Perasmian Satu Suara, Seribu Warna sempena Semarak Perpaduan Perlis 2026 akan berlangsung pada 5 September di Dewan Serbaguna Jabatan Perhutanan Negeri, Bukit Ayer Resort, Perlis.

Program anjuran Pertubuhan Nadi Sihat dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini membawa mesej perpaduan melalui seni dan budaya, di samping menyemai semangat saling menghormati serta menghargai kepelbagaian yang menjadi identiti dan kekuatan Malaysia!




Address

Perpustakaan Desa Kg. Yooi, Masjid Al-Aman
Langkawi
07100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 11:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Yooi Langkawi Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category