08/03/2026
PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN TAHUN 2026 : SANTUNAN KASIH BUAT KANAK- KANAK PASUKAN PELINDUNGAN KANAK- KANAK DAERAH LANGKAWI BERSAMA KANAK-KANAK PAKK DAERAH LANGKAWI
Tujuan Pelaksanaan
Program Ziarah Kasih Ramadan dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyantuni serta membantu kanak-kanak yang memerlukan terutamanya Kanak-kanak PAKK di bawah seliaan Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi khususnya dalam menyemarakkan lagi keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhwah dan membentuk hubungan silaturahim antara ahli Jawatankuasa PPKK Daerah Langkawi dengan kanak- kanak PAKK.
BUTIRAN PROGRAM:
📆 7 MAC 2026 (SABTU)
📍 Kediaman Kanak- Kanak PAKK Daerah Langkawi
Anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Langkawi
TENTATIF PROGRAM
📚Berkumpul di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Daerah Langkawi
📚Bertolak ke 15 buah kediaman kanak- kanak PAKK (Ziarah Kasih Ramadan )
✅ Sumbangan keperluan harian kepada kanak-kanak dan keluarga kanak- kanak