02/06/2026
Pesta Kaamatan bukan sekadar meraikan hasil tuaian dan kesyukuran, tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai nikmat yang dikurniakan dengan memelihara kebersihan serta kesejahteraan persekitaran untuk generasi akan datang.
Dalam kemeriahan sambutan bersama keluarga dan komuniti, marilah kita sama-sama memastikan kawasan kediaman, tempat awam dan lokasi sambutan sentiasa bersih serta bebas daripada pembuangan sampah merata-rata. Kebersihan adalah cerminan nilai masyarakat yang bertanggungjawab dan berbudaya.
Pada masa yang sama, pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) terus menjadi peringatan bahawa setiap tindakan mempunyai tanggungjawab. Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.
Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, perpaduan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan menjaga kebersihan demi mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
— Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp