Harapan Baru WTR

Harapan Baru WTR Selamatkan Malaysia.. Undilah Pakatan Harapan..

Assalamualaikum wbtPejabat KEDA Zon 1 Langkawi akan menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam bertempat di Dew...
04/09/2019

Assalamualaikum wbt
Pejabat KEDA Zon 1 Langkawi akan menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam bertempat di Dewan Homestay Desa KEDA Wang Tok Rendong pada 20 September 2019. Festival ini akan mengadakan pertandingan nasyid dan hafazan oleh warga-warga desa KEDA Wang Tok Rendong dan Desa KEDA Teluk Berembang, Pulau Tuba. Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan utk menyertai pertandingan ini. Tiada had penyertaan untuk kump**an nasyid. Di sini disertakan syarat-syarat pertandingan tersebut.

http://bebasnews.my/2019/08/14/temu-duga-terbuka-pelbagai-jawatan-di-perkeso/
14/08/2019

http://bebasnews.my/2019/08/14/temu-duga-terbuka-pelbagai-jawatan-di-perkeso/

Oleh ZIHAN ZARI / Foto: Nazri Ibni Hajar PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan akan mengadakan temu duga terbuka dan menawarkan peluang pelbagai jawatan di samping membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan ....

09/08/2019

PERHATIAN KEPADA SEMUA MASYARAKAT DESA WANG TOK RENDONG YANG MENGALAMI KEROSAKAN RUMAH AKIBAT RIBUT PADA MALAM INI 09 OGOS 2019, SILA AMBIK GAMBAR RUMAH YANG TERJEJAS DAN BUAT LAPORAN POLIS DAHULU DAN HANTAR SALINAN LAPORAN KEPADA PENGERUSI MPPKK WANG TOK RENDONG Noor Ikhwan 0129270027 BESERTA DENGAN SALINAN KAD PENGENALAN.

Kursus Sembelihan yang berlangsung di Masjid As Sopiah, Desa Wang Tok Rendong, Langkawi anjuran LEMBAGA KEMAJUAN NEGERI ...
03/08/2019

Kursus Sembelihan yang berlangsung di Masjid As Sopiah, Desa Wang Tok Rendong, Langkawi anjuran LEMBAGA KEMAJUAN NEGERI KEDAH.

*BERITA BAIK!* Ingin Belajar Kemahiran dan Dibiayai Sepenuhnya?FELCRA Training & Consultancy (FTC) dengan kerjasama Yaya...
28/07/2019

*BERITA BAIK!* Ingin Belajar Kemahiran dan Dibiayai Sepenuhnya?

FELCRA Training & Consultancy (FTC) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera akan mengadakan Sesi Temuduga Terbuka bagi program Peneraju Skil Iltizam Fiber Optic Installation & Maintenance.

Kursus Yang Ditawarkan : Fiber Optic Installation & Maintenance
Tempoh Latihan : 9 Bulan
Pengambilan : Pengajian dijadualkan bermula pada awal September dan Oktober 2019
Tempat Latihan: FTC Skills Development Centre, Puchong, Selangor dan Kolej FELCRA, Seberang Perak

Kelebihan Program
- Jaminan Pekerjaan 100%
- Insurans Sepanjang Pengajian
- Penginapan & Makan Minum Disediakan
- Pensijilan Profesional Industri
- Yuran pengajian DIBIAYAAI SEPENUHNYA

Syarat-syarat Kelayakan
- Lelaki
- Berumur 18-23 Tahun
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Boleh Membaca, Menulis, Mengira & Mempunyai Minat
- Sihat Fizikal & Mental
- Bebas Daripada Pengaruh Dadah & Alkohol

Sila hadir ke sesi temuduga kami seperti berikut:

Tarikh: 5 Ogos 2019 (Isnin)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: FELCRA Training & Consultancy,
No 22, Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park,
53300 Kuala Lumpur.

Tempat adalah TERHAD. Rebutlah peluang ini!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-41433491 (En. Mohd Aehsan / En. Amir) atau tekan sahaja pautan dibawah.

http://www.wasap.my/60199713134/KursusFiberOptik
http://www.wasap.my/60148422926/KursusFiberOptik
http://www.wasap.my/601126018357/KursusFiberOptik
http://www.wasap.my/60139256204/KursusFiberOptik

Sekian, terima kasih.

Kursus Pengurusan JenazahTarikh : 6 Julai 2019Tempat : Masjid As Sopiah Desa Wang Tok Rendong
06/07/2019

Kursus Pengurusan Jenazah
Tarikh : 6 Julai 2019
Tempat : Masjid As Sopiah Desa Wang Tok Rendong


PERSIAPAN Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Desa Wang Tok Rendong, Langkawi akan dianjurkan pada ketetapan berikut:Ta...
13/06/2019

PERSIAPAN Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Desa Wang Tok Rendong, Langkawi akan dianjurkan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Jun 2019 (9 Syawal 1440H)
Masa: 8.00 mlm – 11.00 mlm
Tempat: Dewan Homestay WTR

Warga Wang Tok Rendong dijemput hadir.



Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Desa Wang Tok Rendong, Langkawi akan dianjurkan pada ketetapan berikut:Tarikh: 13 J...
05/06/2019

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 Desa Wang Tok Rendong, Langkawi akan dianjurkan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Jun 2019 (9 Syawal 1440H)
Masa: 8.00 mlm – 11.00 mlm
Tempat: Dewan Homestay WTR

Warga Wang Tok Rendong dijemput hadir.



02/06/2019

DENGAN SIAPA SAYA BOLEH BERSALAM?

28 Ramadan 1440H | 2 Jun 2019 M

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, antara DOSA PERCUMA yang kita selalu dapat ketika hari raya ialah bersalaman dengan yang bukan mahram. Tidak dapat dinafikan budaya masyarakat kita yang lebih mengagungkan adat berbanding hukum agama sehingga budaya bersalaman merupakan antara perkara wajib ketika hari raya. Menyantuni orang-orang tua memang dituntut namun perlu mengambilkira hukum agama. Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram tetap HARAM.

Bahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas RA, sabda Nabi SAW:

إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لـِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ “Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` dari As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)

Begitu juga kata Nabi SAW,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ “Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Semoga semua dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi dan saling mengingatkan sesama ahli keluarga serta kenalan. "BIAH ISLAMI MELAHIRKAN MUKMIN PROFESSIONAL"


Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis khatam Al Quran untuk bulan Ramadhan 🌙 Masjid As Sopiah Desa Wang Tok Rendong..Mari...
01/06/2019

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis khatam Al Quran untuk bulan Ramadhan 🌙 Masjid As Sopiah Desa Wang Tok Rendong..
Marilah kita manfaatkan baki Ramadhan ini dengan amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan rebutlah peluang yang Allah tawarkan pada bulan Ramadhan ini untuk saham akhirat kita.. In sya Allah.


SUMBANGAN BAJU RAYA AIDILFITRIAlhamdulillah.. Shopping pakaian raya kepada adik-adik yang terdiri dari keluarga ASNAF De...
29/05/2019

SUMBANGAN BAJU RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah.. Shopping pakaian raya kepada adik-adik yang terdiri dari keluarga ASNAF Desa Wang Tok Rendong. Terima kasih diatas sumbangan YB Johari b. Bulat, ADUN AYER HANGAT melalui MPKK Desa wang Tok Rendong. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan suasana Aidilfitri adik-adik ini. Insyallah sekiranya ada lagi sekiranya ada sumbangan lagi akan diberikan kepada adik-adik lain p**a..




Address

No 123 Kg Wang Tok Rendong
Langkawi
07000

Telephone

+60123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harapan Baru WTR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share