Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra Langkawi

Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra Langkawi Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra
Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
Tel Balai:019-2183248 / 04-9664444

27/05/2026
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DARI WARGA BBP PERSIARAN PUTRA🫡Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam seja...
29/04/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DARI WARGA BBP PERSIARAN PUTRA
🫡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Kedah Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Dengan penuh rasa bangga, syukur dan penghargaan, kami warga Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada dua individu yang telah tampil memberikan bantuan kecemasan awal kepada seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami insiden lemas di sebuah kolam di Langkawi.

Justeru itu, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua individu tersebut atas tindakan pantas dan keprihatinan yang amat tinggi.

Ucapan terima kasih khas juga ditujukan kepada salah satu individu yang merupakan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka yang telah menunjukkan tanggungjawab dan keberanian dalam membantu mangsa berlandaskan ilmu yang dimiliki. Manakala seorang lagi individu masih belum dapat dikenal pasti, dan saya amat berharap agar beliau dapat tampil atau menghubungi pihak kami. Jika tidak berkesempatan, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar segala jasa baik beliau dibalas rezeki yang melimpah oleh Allah SWT.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra juga ingin merakamkan penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka atas kesudian menerima kehadiran kami bagi kunjungan hormat dengan hati yang terbuka. Semoga hubungan kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama pihak sekolah akan terus terjalin erat demi keselamatan semua.

Akhir kata, kami amat menghargai semangat dan keprihatinan masyarakat dalam membantu ketika saat kecemasan. Sesungguhnya, tindakan awal daripada orang awam seperti inilah yang menjadi faktor penting dalam menyelamatkan nyawa.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Beat The Level.”




16/04/2026

Rabu - 15.4.2026

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 JBPM NEGERI KEDAH

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada PB Izaudin dari BBP Persiaran Putra atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah pada 15 April 2026. Kejayaan ini mencerminkan tahap profesionalisme, komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam perkhidmatan. Semoga terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM.















KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Andai tersalah kata,terkhilaf bicara,
terguris rasa ampun dipinta setulus hati.

Dalam tugas kami berbeza pendapat, namun hati tetap satu
demi amanah kepada masyarakat.

Ikhlas daripada
Ketua Zon 4 Langkawi, Ketua Balai BBP Persiaran Putra serta Warga
Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN   BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MES RA*_BBP PERSIARAN PUTRA_*SALAM MALAYSIA MADANIYS T...
13/03/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN
BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MES RA

*_BBP PERSIARAN PUTRA_*

SALAM MALAYSIA MADANI

YS TUAN/ TUAN/ PUAN,

ATIVITI MAJLIS BERBUKA PUASA BBP PERSIARAN PUTRA SERTA AKTIVITI GOTONG ROYONG ANGGOTA BBP PERSIARAN PUTRA MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK ANJURAN ZON 4 LANGKAWI UNTUK DIEDARKAN PADA MASYARAKAT SETEMPAT SERTA PEMBAYARAN ZAKAT .

JAWATANKUASA PROGRAM:

1.PBK I BUKHRI (KETUA LOGISTIK)

2.PBK II MANAF (KETUA PROGRAM)

3.PBK II NASIR (KETUA KETERJAMINAN MAKANAN)

PENGLIBATAN : SEMUA ANGGOTA BBP PERSIARAN PUTRA
TARIKH : 13/03/2026 (JUMAAT)
MASA : 0900 SEHINGGA 2100

SEKIAN, TERIMA KASIH.





"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2026“Alhamdulillah! Esok kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang...
18/02/2026

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2026“

Alhamdulillah! Esok kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Semoga setiap detik yang berlalu di bulan yang mulia ini dipenuhi dengan kebaikan dan keikhlasan. Marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk meningkatkan keimanan, memperbaiki hubungan sesama insan dan memperbanyakkan sedekah. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk perubahan yang lebih baik dalam hidup kita semua. Salam Ramadhan daripada warga BBP Persiaran Putra.




“Salam Ramadan 1447H.Di bulan yang penuh rahmat ini, semoga setiap detik pengorbanan menjadi pahala, setiap keikhlasan m...
18/02/2026

“Salam Ramadan 1447H.
Di bulan yang penuh rahmat ini, semoga setiap detik pengorbanan menjadi pahala, setiap keikhlasan menjadi kekuatan, dan setiap langkah kita dalam berkhidmat dipayungi keberkatan.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh anggota dan masyarakat.”

-Ketua Balai Bomba & Penyelamat Persiaran Putra-




Selamat menyambut tahun baru cina 2026
16/02/2026

Selamat menyambut tahun baru cina 2026




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRASALAM MALAYSIA MADANI...
16/02/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

SALAM MALAYSIA MADANI

YS TUAN/ TUAN/ PUAN,

PEMAKLUMAN AKTIVITI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BBP PERSIARAN PUTRA

ASSALAMMUALAIKM AKTIVITI : SUKAN KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA BALAI (KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BBP PERSIARAN PUTRA) 2026
JAWATANKUASA POGRAM:
-PEMANTAU POGRAM
*PB IKRAM
-PEGAWAI KECERGASAN BALAI *PBB SYAHLAN
*PBB ARIEF
*PBB AZIZI
*PBB FAIRUZ

PENGLIBATAN : SEMUA ANGGOTA BBP PERSIARAN PUTRA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT
TARIKH : 15/02/2026 (AHAD)
MASA : 0900
BANTUAN : 2 ANGGOTA BERSAMA JENTERA EMRS LANGKAWI BERSEDIA DI LOKASI PROGRAM.

SEKIAN, TERIMA KASIH.





Address

Jalan Persiaran Putra
Langkawi
07000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra Langkawi:

Share