Polis Langkawi

Polis Langkawi Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

FITIK PERDANA PERDANA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILangkawi, 3 September 2026 - Program Fitik Perdana tela...
03/09/2026

FITIK PERDANA PERDANA PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

Langkawi, 3 September 2026 - Program Fitik Perdana telah diadakan di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang dihadiri oleh DSP Che Man bin Che Amat, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Langkawi dan Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Langkawi.

Taklimat pembahagian tugas fitik serta kawasan sekitar IPD Langkawi disampaikan oleh Insp Rosmawati binti Yunus kepada warga kerja IPD Langkawi yang hadir.

Penugasan fitik juga dijalankan serentak di Balai Polis Padang Matsirat, Balai Polis Ayer Hangat, Balai Polis Kuala Teriang dan Balai Trafik.

📸 : HEA IPD Langkawi


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TATACARA LAPOR DIRI PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 3 September 20...
03/09/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TATACARA LAPOR DIRI PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 3 September 2026 – Telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Tatacara Lapor Diri yang telah disampaikan oleh SI Alexander Ak S**a, Timbalan Ketua Polis Balai Kuah, bertempat di Dewan Integriti Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Latihan ini telah dihadiri oleh Pegawai Rendah Polis (PRP) Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dengan tujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman berkaitan tatacara lapor diri yang betul dan teratur selaras dengan peraturan serta disiplin dalam pasukan.

Program ini diharap dapat memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan tahap profesionalisme dan memastikan setiap warga PDRM sentiasa mematuhi prosedur serta tatacara yang telah ditetapkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

LAWATAN ZIARAH KEBAJIKAN OLEH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 2 September 2026 – Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH A...
02/09/2026

LAWATAN ZIARAH KEBAJIKAN OLEH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 2 September 2026 – Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul Azhar Nuruddin bersama Pengerusi PERKEP, YBhg Puan Roazlina binti Roslim telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Ibu kepada Pegawai Rendah Polis IPD Langkawi bertempat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Kedah sebentar tadi.

Dalam lawatan tersebut, YDH Ketua Polis Daerah Langkawi telah menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda sokongan moral serta semangat dan mendoakan agar diberikan kesembuhan.

Turut mengiringi Asp Mohd Hafiz bin Mohd Faridz, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Insp Rosmawati binti Yunus, Bahagian Pengurusan, serta Pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

MESYUARAT TINDAK BALAS BENCANA DAERAH LANGKAWI 2026LANGKAWI, 2 September 2026 – Mesyuarat Tindak Balas Bencana telah ber...
02/09/2026

MESYUARAT TINDAK BALAS BENCANA DAERAH LANGKAWI 2026

LANGKAWI, 2 September 2026 – Mesyuarat Tindak Balas Bencana telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan telah dipengerusikan oleh YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi selaku Komander Operasi Bencana.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YDH SUPT Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Ketua-Ketua Jabatan serta Agensi dan wakil-wakil jabatan dalam Daerah Langkawi, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Mesyuarat ini diadakan sebagai langkah persediaan dan penyelarasan tindakan antara semua agensi yang terlibat dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana di Daerah Langkawi. Perbincangan turut memberi penekanan terhadap aspek kesiapsiagaan, koordinasi kekuatan anggota dan aset serta mekanisme tindak balas yang berkesan bagi memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara teratur, pantas dan bersepadu.

Kerjasama dan komitmen erat antara semua jabatan serta agensi amat penting dalam memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI TAHUN 2026M/1448HLANGKAWI, 02 September 2026 - Cerama...
02/09/2026

CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI TAHUN 2026M/1448H

LANGKAWI, 02 September 2026 - Ceramah Sempena Maulidur Rasul telah di adakan di Surau Al-Fateh IPD Langkawi sebentar tadi.

Ceramah telah di sampaikan oleh Penceramah YBhg Ustaz DR. Hafidzuddin Bin Mohd Rapingi (Pensyarah Sampingan Universiti Kebangsaan Malaysia).

Turut hadir Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan Pegawai Awam IPD Langkawi.

Majlis telah di mulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari YBhg Ustaz Muhammad Ammar bin Ruslan (BAKA) dan di teruskan dengan sesi ceramah oleh penceramah. Selesai penyampaian ceramah, Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan seterusnya solat Zohor secara berjemaah.

Program itu juga bertujuan untuk mengimarahkan surau dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga IPD Langkawi.

📸 : HEA IPD Langkawi



PERJUMPAAN BERSAMA PENGANJUR KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI LANGKAWI, 02 September 2026 - YDH ACP Khairul Azhar...
02/09/2026

PERJUMPAAN BERSAMA PENGANJUR KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 02 September 2026 - YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi telah mengadakan perjumpaan bersama penganjur bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Langkawi sebentar tadi.

Perjumpaan ke atas YDH Ketua Polis Daerah Langkawi ini merupakan program untuk dianjurkan pada masa yang akan dibincangkan, perjumpaan ini juga untuk memastikan aliran lalu lintas trafik dan program berjalan dengan lancar.

Hadir sama YDH SUPT Samsulmuddin bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

📸 : HEA IPD Langkawi


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 02 Septemb...
02/09/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 02 September 2026 - Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah berlangsung di Dewan Integriti Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pagi tadi dengan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin.

Serah Terima Tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, P/SUPT Ganes A/L Arumugam kepada Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asp Emie Riza bin Ismail dimana P/SUPT Ganes A/L Arumugam akan bertukar ke tempat baru atas kenaikan pangkat ke Superintendan Polis.

YDH Ketua Polis Daerah Langkawi dalam ucapan amanatnya agar Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah yang baru dapat memberikan komitmen penuh serta amanah dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

📸 : D6 & HEA IPD Langkawi


PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA AHLI RESPA DAN PBPM DAERAH LANGKAWILangkawi, 1 September 2026 – YDH Ketua...
01/09/2026

PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH LANGKAWI BERSAMA AHLI RESPA DAN PBPM DAERAH LANGKAWI

Langkawi, 1 September 2026 – YDH Ketua Polis Daerah Langkawi telah mengadakan sesi perjumpaan bersama ahli-ahli RESPA YBhg. SAC (B) Dato’ Abdul Hamid bin Bulat serta ahli PBPM Daerah Langkawi yang telah berlangsung di Hotel Adya, Langkawi.

Perjumpaan tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan kebajikan bekas Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang pernah berkhidmat dalam pasukan.

Dalam sesi tersebut, Ketua Polis Daerah Langkawi turut mengambil kesempatan untuk mendengar pandangan, cadangan serta perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli RESPA dan PBPM demi memastikan kebajikan pesara pasukan sentiasa diberi perhatian.

Semoga hubungan erat antara warga Polis Diraja Malaysia yang masih berkhidmat bersama para pesara pasukan akan terus terjalin kukuh, selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.




PENGERUSI PERKEP ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI KANAN POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 1 Septe...
01/09/2026

PENGERUSI PERKEP ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI KANAN POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 1 September 2026 – Pengerusi PERKEP IPD Langkawi, YBhg Puan Roazlina binti Roslim bersama YBhg Puan Mahani binti Md Sidek, Timbalan Pengerusi PERKEP IPD Langkawi telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pegawai Kanan Polis, Insp Ilmi Najah binti Imran dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Langkawi bertempat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Kedah sebentar tadi.

Dalam lawatan tersebut, YBhg Pengerusi PERKEP telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Insp Ilmi Najah binti Imran sebagai tanda sokongan moral serta semangat dan mendoakan agar diberikan kesembuhan.

Turut mengiringi Asp Norzana binti Yusof, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Insp Rosmawati binti Yunus, Bahagian Pengurusan, ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP serta Pegawai Kebajikan IPD Langkawi.

LAWATAN KERJA YDH KETUA POLIS NEGARA KE DAERAH LANGKAWILANGKAWI, 1 SEPTEMBER 2026 – YDH IG Tan Sri Datuk Seri Haji Mohd ...
01/09/2026

LAWATAN KERJA YDH KETUA POLIS NEGARA KE DAERAH LANGKAWI

LANGKAWI, 1 SEPTEMBER 2026 – YDH IG Tan Sri Datuk Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi strategik di sekitar Langkawi, antaranya Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Teluk Ewa, Ayer Hangat dan Telaga Harbour Park.

Ketibaan serta lawatan kerja YDH Ketua Polis Negara turut diiringi oleh YDH SAC Datuk Anbalagan A/L Arumugam, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah, YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Jaffri bin Bidin, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban Pulau Pinang serta DSP Hamdan bin Ali, Ketua Cawangan Khas IPD Langkawi.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan pasukan serta keadaan keselamatan di lokasi-lokasi strategik, khususnya melibatkan aspek kawalan keselamatan sempadan dan perairan negara.

Dalam kesempatan tersebut, YDH Ketua Polis Negara turut dibawa melawat serta meninjau kawasan perairan sekitar Langkawi dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi. Lawatan melalui laluan perairan ini memberi peluang kepada YDH Ketua Polis Negara untuk melihat sendiri kedudukan geografi serta kepentingan aspek kawalan dan pemantauan keselamatan di perairan Langkawi.

Lawatan kerja ini jelas membuktikan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi PDRM dalam memastikan tahap kesiapsiagaan warga pasukan sentiasa berada pada tahap optimum, di samping memperkukuhkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam demi kesejahteraan masyarakat serta kedaulatan negara.


Address

Jalan Air Hangat
Langkawi
07000

Telephone

+6049663999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Langkawi:

Shortcuts

Share