Langkawi Development Authority

Langkawi Development Authority Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan dibawah AKTA 1990 (AKTA 423)

Langkawi Development Authority (LADA) was established under the 423 Act

Page Rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan antara media sosial rasmi. FB Page ini akan memaparkan hebahan Korporat LADA dan merupakan saluran kepada orang ramai untuk berhubung dan berinteraksi dengan lebih mudah bersama LADA. The Langkawi Development Authority (LADA)/ Lembaga Pembangunan Langkawi page is the official social media platform that releases corporate announcements and en

ables public engagement with LADA and the latest updates on Langkawi. Stay informed and up-to-date by following LADA's social media page today.

Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Keda...
14/05/2026

Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah ke lawatan produk pelancongan Langkawi SkyCab sempena Sidang Komander Askar Wataniah Siri 39 Tahun 2026 bermula 13 hingga 15 Mei 2026. Turut mengiringi baginda, YBhg. To’ Puan Sri Zuriana binti Ismail serta pasangan kepada Komander Siri 500 Askar Wataniah.

LADA telah diwakili oleh Puan Hajah Maznim binti Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan diiringi oleh Puan Sarahanas binti Mohd Aminal Rashid, Pengerusi Puspanita LADA dan Ir. Abu Hashim bin Abd Hamid, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd berserta delegasi Puspanita LADA

Panorama Langkawi Sdn Bhd




14/05/2026
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π πˆπ‹πŒπ” πŸŽ“10-12 Mei 2026 - Unit Pembangunan Produk, Bahagian Pelancongan baru-baru ini telah menganjurka...
14/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π πˆπ‹πŒπ” πŸŽ“

10-12 Mei 2026 - Unit Pembangunan Produk, Bahagian Pelancongan baru-baru ini telah menganjurkan Program Pemerkasaan Ilmu bagi memantapkan profesionalisme dan kemahiran warga kerja dalam menguruskan produk pelancongan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Istimewanya, sesi taklimat ini disampaikan sendiri oleh Encik Rosdy Bin Abd Hamid. Beliau yang telah mencurahkan bakti selama 26 tahun di Laman Padi bakal menamatkan perkhidmatan pada 19 Mei ini.

Terima kasih atas segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Semoga ia menjadi pemangkin semangat dan panduan berguna buat kami semua di masa hadapan! ✨

𝐁𝐔𝐀𝐋 ππˆπ‚π€π‘π€ πŠπ‡π€π’ : π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 π’π“π‘π€π“π„π†πˆ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€πSaksikan siaran Awani Pagi bersama tetamu istimewa yang berpera...
13/05/2026

𝐁𝐔𝐀𝐋 ππˆπ‚π€π‘π€ πŠπ‡π€π’ : π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 π’π“π‘π€π“π„π†πˆ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π

Saksikan siaran Awani Pagi bersama tetamu istimewa yang berperanan sebagai peneraju pembangunan pelancongan Langkawi dalam mengupas strategi baharu memperkasakan sektor pelancongan di Langkawi.

Maklumat Siaran:

Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
Masa: 8:30 Pagi
Saluran: Astro AWANI (Saluran 501)

🌐 Platform Digital

Live TV: astroawani.com
Aplikasi: Astro AWANI / Astro GO

Langkawi Swimming Festival 2026 🌊
13/05/2026

Langkawi Swimming Festival 2026 🌊

𝐀𝐓𝐕 π’π€π…π€π‘πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ: ππ‘πŽπƒπ”πŠ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ„π‘πˆπŒππ€πŠ π“πˆππ†π†πˆ 10 Mei 2026 (Ahad) – Sesi lawatan ke produk pelancongan b...
11/05/2026

𝐀𝐓𝐕 π’π€π…π€π‘πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ: ππ‘πŽπƒπ”πŠ ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ„π‘πˆπŒππ€πŠ π“πˆππ†π†πˆ

10 Mei 2026 (Ahad) – Sesi lawatan ke produk pelancongan baharu iaitu ATV Safari Langkawi telah diketuai oleh Pengerusi Bersama LADA, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah bersama YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Turut serta ialah Tuan Mohd Hamri bin Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) serta barisan pegawai kanan LADA.

Delegasi telah disambut oleh En. Fizo Omar, Pengasas ATV Safari Langkawi. Lawatan safari ini membawa delegasi menyusuri keindahan alam semula jadi sambil merasai sendiri pengalaman menaiki ATV yang penuh cabaran serta mengujakan.

ATV Safari Langkawi merupakan sebuah produk pelancongan premium baharu di Langkawi yang menjanjikan pengalaman luar biasa khusus buat pencinta aktiviti lasak dan adventure seekers. Menampilkan laluan sejauh 7KM β€œescape trails”, produk ini menawarkan pengalaman off-road yang unik dengan gabungan cabaran, keseronokan serta panorama alam semula jadi yang memukau di sekitar kawasan Telaga Tujuh.

LADA berharap produk pelancongan baharu seperti ini mampu memperkukuh lagi kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa menerusi penawaran aktiviti berasaskan adventure tourism dan eco-tourism yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan pelancong domestik serta antarabangsa.

Berminat untuk mencuba?
Hubungi: 013-557 9510 (Encik Syari)

Ikuti media sosial:
ATV Safari Langkawi (Facebook / Instagram / TikTok)






Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA
Naturally Langkawi
Langkawi UNESCO Global Geopark
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐃𝐀 ππˆπ‹. 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”10 Mei 2026 (Ahad) - Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi ...
10/05/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐃𝐀 ππˆπ‹. 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

10 Mei 2026 (Ahad) - Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Bil. 1/2026 telah berlangsung hari ini dan dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah.

Mesyuarat ini merupakan platform tertinggi dalam menentukan hala tuju strategik pembangunan Langkawi, khususnya melibatkan aspek ekonomi, pelancongan serta kesejahteraan sosioekonomi masyarakat setempat.

Pelbagai inisiatif dan keputusan dasar turut dibincangkan bagi memastikan Langkawi terus kekal berdaya saing, inklusif dan mampan.

Kementerian Kewangan
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

𝐏𝐀𝐓𝐑𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 π–π„π„πŠ (𝐏𝐀𝐖) πŸπŸŽπŸπŸ”9 Mei 2026 - Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah membuka booth pameran sempena P...
10/05/2026

𝐏𝐀𝐓𝐑𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 π–π„π„πŠ (𝐏𝐀𝐖) πŸπŸŽπŸπŸ”

9 Mei 2026 - Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah membuka booth pameran sempena Program PATRA Awareness Week (PAW) 2026 anjuran Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang berlangsung di Grand Ballroom Parkroyal Langkawi Resort.

Program bertemakan β€œGenerasi Sihat, Destinasi Selamat” ini menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan geopark, pemuliharaan alam sekitar serta usaha pembangunan pelancongan mampan di Langkawi. 🌿🌏

Langkawi UNESCO Global Geopark
Hospital Sultanah Maliha
PARKROYAL Langkawi Resort







ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†π„πŽπ’πˆπ“π„ 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍-𝐔𝐏 (𝐆𝐒𝐂) π’πˆπ‘πˆ πŸ•/πŸπŸŽπŸπŸ”7 Mei 2026 - Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Agensi Antidadah Ke...
08/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π†π„πŽπ’πˆπ“π„ 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍-𝐔𝐏 (𝐆𝐒𝐂) π’πˆπ‘πˆ πŸ•/πŸπŸŽπŸπŸ”

7 Mei 2026 - Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Langkawi telah melaksanakan Program Geosite Clean-Up Siri 7/2026 yang melibatkan aktiviti pembersihan di sekitar Gua Cherita dan Pulau Tanjung Dendang, Langkawi.

Program ini telah dijalankan secara dua (2) kumpulan melibatkan pegawai AADK, komuniti Pulau Langkawi serta pegawai LADA bagi menjayakan usaha pemuliharaan kawasan geotapak dan pemeliharaan alam sekitar.

Sebanyak 600 kg sisa sampah berjaya dikumpulkan sepanjang program berlangsung. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengekalkan kebersihan kawasan geotapak, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dan amalan pelancongan mampan di Langkawi. πŸŒπŸ’™

AADK Daerah Langkawi









π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 π’ππˆππ„Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Lem...
07/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋 π’ππˆππ„

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) atas pengiktirafan Skor Kategori Unggul (90% – 100%) bagi penilaian pembudayaan integriti dan governans pada kapasiti terbaik Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Pengiktirafan oleh Institut Integriti Malaysia ini menjadi bukti komitmen berterusan warga LADA dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti, telus dan berakauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta pembangunan Langkawi.

Kejayaan ini juga mencerminkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan iltizam seluruh warga kerja dalam memastikan tadbir urus organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin untuk LADA melangkah lebih cemerlang demi pembangunan mampan dan kesejahteraan Langkawi.

Address

Jalan Persiaran Putra, Kuah
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049600600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkawi Development Authority posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Langkawi Development Authority:

Share