Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi merupakan pejabat utama untuk Klinik-Klinik Kesihatan di Langkawi,

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. VISI
Negara menggemble

ng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatanmenghargai kesihatan sebagai aset paling berhargamengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:mengutamakan pelanggansaksamatidak membebankancekapwajar mengikut teknologiboleh disesuaikan mengikut persekitaraninovatifiii. dengan menekankan:sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukansifat menghormati maruah insanpenglibatan masyarakat
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksamatidak membebankan
- cekapwajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

KAMI SEDIA MEMBANTU - Profesionalisma , Penyayang & Kerja Berpasukan

12/06/2026

๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“-๐๐€๐Š๐€๐“ ๐๐”๐‹๐”๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

๐Ÿ”Š Alang-alang cuti hari Jumaat ni hangpa buat apa pagi ni? Jom la kita pakat pulun, gotong-royong cuci rumah sikit!

Sasaran utama kita: Cari & musnahkan port nyamuk Aedes membiak kat dalam dan luar rumah.

Pening tak tau nak mula check celah mana? Jangan kalut! Kami dah siapkan Borang Pemeriksaan Digital nak bagi mudah hampa buat gheja.

๐Ÿ‘‰ Imbas kod QR di gambar atau klik terus link ni:

https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

โš ๏ธ Beringat na, Demam Denggi ni bukan demam biasa-biasa, boleh bawak maut! Bertindak la ni... jangan buat tak peduli, satgi merana diri.


๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ซ ๐‡๐š๐Ÿ๐ข๐ณ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ก๐Ÿ๐จ๐ญ, ๐๐š๐ค๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ, ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก (๐๐Š๐ƒ) ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ขBe...
12/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ
๐ƒ๐ซ ๐‡๐š๐Ÿ๐ข๐ณ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ก๐Ÿ๐จ๐ญ, ๐๐š๐ค๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ, ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก (๐๐Š๐ƒ) ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข

Beliau memulakan tugas di PKD Langkawi pada bulan Oktober 2024 untuk penwartaan sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, beliau banyak menabur bakti dalam perkhidmatan kesihatan awam PKD Langkawi. Tidak hanya itu, personaliti beliau yang disenangi dalam menjalankan tugas membuatkan beliau mudah mendapat kerjasama antara agensi dan juga warga kerja PKD.

Kini, beliau telah selesaikan tugas dan diwartakan sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Ibu Pejabat KKM. Setinggi-tinggi perhargaan atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama warga PKD Langkawi, Semoga terus melakar kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Syabas dan tahniah diucapkan dari ketua jabatan dan warga kerja PKD Langkawi

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก/๐‡๐š๐ซ๐ข : ๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ”.๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š...
11/06/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐–๐ˆ ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก/๐‡๐š๐ซ๐ข : ๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ”.๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ก

Program perhimpunan bulanan pagi ini dimulakan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar yang dipimpin oleh Dr. Mohd Noor Azam Bin Mohd Nazri.

Seterusnya, Ketua Klinik Kesihatan Kuah, Dr. Azeanty Binti Ahmad (Pakar Perubatan Keluarga), menyampaikan ucapan alu-aluan serta memperkenalkan staf baharu yang telah melapor diri di Klinik Kesihatan Kuah.

Sesi hari ini juga turut memberi ruang kepada Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan, Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) yang bertukar keluar untuk memberikan ucapan. Beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PKD Langkawi atas kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau bertugas di Langkawi kerana akan meneruskan perkhidmatan di Putrajaya.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr. Mansor Bin Ismail, menzahirkan penghargaan kepada semua ketua unit atas pencapaian cemerlang unit masing-masing serta mengingatkan agar kecemerlangan tersebut terus dikekalkan. Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada seluruh warga kerja supaya terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan melanjutkan pelajaran demi pembangunan kerjaya.

Perhimpunan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Cemerlang Bulanan kepada staf Klinik Kesihatan Kuah iaitu:
๐Ÿ† Dr. Noor Farhana Binti Aliyasak (Pegawai Perubatan)
๐Ÿ† Yeoh Yuyu (Pegawai Farmasi)
๐Ÿ† Ajla Mahirah Binti Mat Shokri (Penolong Pegawai Perubatan)
๐Ÿ† Nurulhudha Binti Roslan (Jururawat)
๐Ÿ† Wan Saidatul Athirah Binti Wan Mahussin (Pegawai Pemakanan)

Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PKD Langkawi.

10/06/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐‚๐„๐†๐€๐‡ ๐ƒ๐„๐Œ๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menakung air

Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

โœ… Periksa pasu bunga
โœ… Tutup bekas air
โœ… Bersihkan palung air
โœ… Buang barang terpakai
โœ… Kosongkan bekas yang tidak digunakan

Satu bekas kecil pun cukup untuk jadi punca denggi.

Jom jadikan 10 minit seminggu sebagai rutin lindungi diri, keluarga dan komuniti.



๐Ÿคฐ ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐ŸคฐIbu hamil digalakkan mendaftar kehamilan di klinik kesihatan sebelum 12 minggu...
10/06/2026

๐Ÿคฐ ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐ž๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Ÿคฐ

Ibu hamil digalakkan mendaftar kehamilan di klinik kesihatan sebelum 12 minggu kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi dipantau dengan lebih baik.

โœ… Mengesan masalah kesihatan lebih awal
โœ… Mendapat penjagaan dan rawatan yang sesuai
โœ… Rekod kesihatan ibu yang lengkap melalui Buku Pink
โœ… Membantu memastikan kehamilan yang lebih selamat dan bayi yang sihat

๐Ÿ’– Daftar awal, jaga ibu, lindungi bayi.

09/06/2026

๐Ÿฆ ๐Œ๐„๐‘๐’-๐‚๐Ž๐•๐Ÿช

Jom ketahui bagaimana seseorang boleh dijangkiti Middle East Respiratory Syndrome (MERS-CoV).

Jemaah haji yang telah selesai menunaikan ibadah rukun haji dan menunggu penerbangan p**ang ke Malaysia perlulah patuhi nasihat kesihatan semasa menyertai aktviti ziarah.



Khas untuk ๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, & Jabatan Urologi Hospital Pulau Pinang๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ...
09/06/2026

Khas untuk ๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, & Jabatan Urologi Hospital Pulau Pinang

๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐€๐๐’๐„๐‘ ๐๐‘๐Ž๐’๐“๐€๐“
- ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ โœ…
- ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐€๐†๐ˆ ๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ & ๐Š๐„๐€๐“๐€๐’ ๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ

๐Š๐„๐‹๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐ŸŒน
1. Pemeriksaan + Konsultasi oleh Pakar Urologi & Radiologi
2. Saringan antigen kanser prostate (PSA)
3. Ceramah kesihatan lelaki

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Ÿ“
Tarikh : 27.6.2026 (Sabtu)
Masa : 8am - 3pm
Tempat : Klinik Kesihatan Kuah

๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐’๐‹๐Ž๐“ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐€
1. Daftar nama melalui link atau Qr Kod pendaftaran
2. Hadir pada hari program bersama IC
3. Dapatkan perkhidmatan percuma anda ๐Ÿฅณ

๐‹๐ข๐ง๐ค ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ - ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”.๐Ÿ”.๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe1shhdUCsI4-_pcHSvMA20ReirjWAQ1AZqPN3vM1F4PqeAoQ/viewform?usp=dialog

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita bers...
07/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran dan komitmen terhadap amalan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan yang bersih serta selamat bagi mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan.

SELAMAT HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026Setiap makanan yang selamat bermula dengan tanggungjawab bersama โ€“ daripada...
07/06/2026

SELAMAT HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2026

Setiap makanan yang selamat bermula dengan tanggungjawab bersama โ€“ daripada ladang ke meja makan, daripada pengeluar kepada pengguna.

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran dan komitmen terhadap amalan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan masyarakat.

Tema tahun ini, โ€œDaripada Bebanan kepada Penyelesaian โ€“ Makanan Selamat di Mana Juaโ€ (From Burden to Solutions โ€“ Safe Food Everywhere), menekankan kepentingan tindakan bersepadu dalam memastikan makanan yang selamat, berkualiti dan berkhasiat dapat dinikmati oleh semua, di mana sahaja.

โœ… Amalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat
โœ… Pilih makanan daripada sumber yang dipercayai
โœ… Jadikan keselamatan makanan sebagai budaya harian

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama.
Kerana makanan yang selamat menjamin kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera untuk semua.

05/06/2026

Alhamdulillah, sebahagian jemaah Haji 2026 kini telah selamat p**ang ke tanah air. Kep**angan ini pastinya membawa seribu satu kemanisan cerita dan keberkatan.

Pastinya setiap daripada kita menunggu buah tangan dari Tanah Suci Makkah kan? Antara buah tangan yang paling dinantikan oleh setiap ahli keluarga di rumah pastinya air Zam Zam suci yang dibawa p**ang khusus sebagai buah tangan peribadi. ๐Ÿ’งโœจ

Namun, timbul p**a isu apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual air Zam Zam secara komersial di pasaran tempatan mahupun di platform atas talian.

Tahukah anda bahawa penjualan air Zam Zam secara komersial adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali di Malaysiaโ‰๏ธ

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ:

๐Ÿญ. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฐ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ
Air Zam Zam adalah anugerah yang sangat suci. Pihak Kerajaan Arab Saudi sendiri mengagihkannya secara percuma untuk kegunaan peribadi para jemaah dan melarang keras sebarang bentuk eksport komersial. Membeli air Zam Zam yang dijual di pasaran bermakna kita menyokong aktiviti yang melanggar peraturan ini.

๐Ÿฎ. ๐—ฅ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ ๐—ญ๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก โš ๏ธ
Dari sudut keselamatan makanan, lambakan air Zam Zam komersial di pasaran sangat diragui keasliannya. Tanpa rantaian bekalan yang sah dan kawalan kualiti yang betul, risiko untuk jemaah atau orang awam terbeli air mineral biasa yang dilabelkan sebagai air Zam Zam adalah sangat tinggi.

๐Ÿฏ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ž๐—  ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐Ÿ“œ
KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen jualan untuk air Zam Zam, maka sebarang penjualan adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang.

Jadi, ingat tuan-puan, niat kita mahukan keberkatan, jangan p**a terpedaya dengan membeli produk yang tidak dijamin keselamatan dan keasliannya.

Jadilah pengguna yang cakna dan bijak demi menjaga kemaslahatan bersama. ๐Ÿคฒโœจ

Kongsikan pesanan ini kepada ahli keluarga terdekat agar kita semua lebih berwaspada. โœ…




Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LANGKAWI, ARAS 6, KOMPLEKS LADA, Jalan PERSIARAN PUTRA,, LANGKAWI
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049667141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi:

Share