Kota Mahsuri

Kota Mahsuri Mengglobalisasikan Kesenian, Kebudayaan serta pemuliharaan & rujukan kearifan tempatan, melalui amalan pemuziuman yang kreatif & inovatif.

Menjadikan Kota Mahsuri diantara tempat kegiatan Kesenian, Kebudayaan terbaik & muzium sejarah interaktif tinggi.

04/06/2026

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ πŽππ„π‘π€π’πˆ πŠπŽπ“π€ πŒπ€π‡π’π”π‘πˆ

Dimaklumkan bahawa Kota Mahsuri, Langkawi akan ditutup sementara kepada orang awam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek menaiktaraf dan kerja-kerja berkaitan yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

TEMPOH PENUTUPAN
15 JUN 2026 HINGGA 15 NOVEMBER 2026

Penutupan sementara ini adalah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja-kerja pembangunan serta menjamin aspek keselamatan pengunjung, kakitangan dan pihak kontraktor sepanjang tempoh projek dijalankan.

Sehubungan itu, segala lawatan, program, aktiviti dan tempahan yang melibatkan operasi Kota Mahsuri ditangguhkan sementara sepanjang tempoh tersebut.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama serta perhatian semua pihak amat dihargai.

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

15/05/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DAN DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA KEDAH BERANGKAT KE KOTA MAHSURI SEMPENA SIDANG KOMANDER ASKAR WATANIAH (SKAW) SIRI 39/2026

14 MEI 2026 – LANGKAWI: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohd Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah perkenan berangkat ke Kota Mahsuri sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 39/2026.

Turut berangkat, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama isteri, DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis; YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan serta YAM Tengku Sri Temenggong Raja Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Tunku Temenggong Terengganu bersama isteri YBhg. Toh Puan Seri Hajah Zuriana binti Ismail.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku dan para tetamu disambut oleh pihak pengurusan Kota Mahsuri dengan persembahan muzik tradisional. DYTM Tuanku berdua serta hadirin kemudiannya perkenan melawat Makam Mahsuri serta berangkat ke tapak rumah Mahsuri serta berkesempatan merakamkan potret kenangan di hadapan rumah tersebut.

DYTM Tuanku berdua dan para tetamu turut perkenan melawat Telaga Mahsuri sebelum berangkat menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di Panggung Seni Kota Mahsuri.

Majlis diakhiri dengan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah perkenan menyampaikan cendera kenangan kepada pasangan ahli sidang sebelum berangkat pulang.





/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE SIDANG KOMANDER ASKAR WATANIAH (SKAW) SIRI 39/202614 MEI 2026 – LANGKAWI: Duli ...
14/05/2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE SIDANG KOMANDER ASKAR WATANIAH (SKAW) SIRI 39/2026

14 MEI 2026 – LANGKAWI: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah berangkat ke Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 39/2026

Turut berangkat ke persidangan kali ini ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis; YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan; YTM Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah; YAM Tengku Sri Temenggong Raja Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Tunku Temenggong Terengganu; serta ahli-ahli sidang yang lain.

Terima Kasih menjadikan Kota Mahsuri sebagai salah satu lawatan pada program Hari ini .



03/05/2026
03/05/2026
03/05/2026
12/02/2026

Address

Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kota Mahsuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share