Pusat Khidmat Parlimen P.188 Silam

Pusat Khidmat Parlimen P.188 Silam Medium penyampaian maklumat dan perkongsian aktiviti/program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Parlimen P.188 Silam.

14/03/2018

Sosok tubuh yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat di Parlimen P.188 Silam iaitu YB Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansur Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188

πŸ“ŒπŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯
πŸ“Ί Sorotan program YB Datuk minggu lepas.




YB Timbalan Menteri  Perusahaan Perladangan Komoditi menjawab soalan no 7 dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen Dewan ...
13/03/2018

YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi menjawab soalan no 7 dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen Dewan Rakyat, berkenaan langkah jangka masa panjang serta mekanisme yang telah dijalankan oleh kementerian dalam memudahkan proses pendaftaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

11 Mac 2018 | Ahad | 02.00PMDewan Kg Lamag Silam, Lahad DatuPenganjuran Program Santai Belia & Back To School buat kali ...
11/03/2018

11 Mac 2018 | Ahad | 02.00PM
Dewan Kg Lamag Silam, Lahad Datu

Penganjuran Program Santai Belia & Back To School buat kali ke-10 berjaya dianjurkan oleh Jentera Belia Pusat Khidmat Parlimen Silam dan kali ini diadakan di Pusat Khidmat Parlimen Silam (PKPS) Zon Silam.

YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 Silam hadir merasmikan program tersebut yang mendapat sambutan meriah daripada penduduk Kg Silam.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung secara santai antaranya dialog bersama pemimpin, soalan kuiz dan persembahan busking oleh LD Legend Busker.

Dalam program tersebut, YB Datuk turut menyampaikan sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah kepada 50 orang anak-anak di PKPS Zon Silam dan sumbangan kepada 30 orang asnaf Zon Silam.

Turut mengiringi YB Datuk ialah isteri beliau sendiri, Datin Kartini Abdul Rahman, Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




11 Mac 2018 | Ahad | 10.00AMDewan Datu Nasrun, SK Ladang Binuang, Kunak.Memulakan perjalanan menjelajah ke kawasan Parli...
11/03/2018

11 Mac 2018 | Ahad | 10.00AM
Dewan Datu Nasrun, SK Ladang Binuang, Kunak.

Memulakan perjalanan menjelajah ke kawasan Parlimen Silam hari ini, YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 & Majlis Konvokesyen Tahun 6 Sesi 2017 SK Ladang Binuang Kunak.

Dalam program tersebut YB Datuk turut merasmikan Dewan SK Ladang Binuang yang dibina hasil sumbangan YB Datuk sendiri.

SK Ladang Binuang merupakan salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak jauh di pedalaman Kunak iaitu di kawasan Tingkayu dan memakan masa lebih kurang dua jam dari Lahad Datu untuk sampai ke sekolah tersebut.

Turut mengiringi YB Datuk ialah isteri beliau sendiri, Datin Kartini Abdul Rahman, Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




10 Mac 2018 | Sabtu | 08.00PMDewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad DatuSempena dengan Sambutan Hari Wanita 2018, Komuniti ...
10/03/2018

10 Mac 2018 | Sabtu | 08.00PM
Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu

Sempena dengan Sambutan Hari Wanita 2018, Komuniti Perwani P.188 Silam menganjurkan Majlis Sambutan Hari Wanita 2018 yang telah disempurnakan perasmiaannta oleh YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188.

Ketika berucap merasmikan majlis, YB Datuk berkata sambutan ini adalah salah satu simbolik bagi menghargai jasa wanita kerana wanita banyak menyumbang dan berkorban dalam memastikan kemakmuran dan keharmonian sentiasa terpelihara dalam institusi keluarga.

Turut mengiringi YB Datuk ialah isteri beliau sendiri, Datin Kartini Abdul Rahman, Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




10 Mac 2018 | Sabtu | 10.00AMSK Lahad Datu IVMeneruskan mencurah bakti kepada rakyat di kawasan, pagi tadi YB Datuk Haji...
10/03/2018

10 Mac 2018 | Sabtu | 10.00AM
SK Lahad Datu IV

Meneruskan mencurah bakti kepada rakyat di kawasan, pagi tadi YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 hadir merasmikan Majlis Anugerah UPSR & Back To School SK Lahad Datu IV.

Ketika berucap merasmikan majlis, YB Datuk berkata kecemerlangan pelajar adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap sekolah dan itu semua bergantung kepada guru-guru untuk membimbing pelajar tersebut dan mewujudkan persekitaran yang kondusif agar pelajar dapat memajukan diri ke arah yang lebih baik.

Dalam program tersebut YB Datuk turut menyampaikan sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah kepada 50 orang murid sekolah SK Lahad Datu IV.

Turut mengiringi YB Datuk ialah isteri beliau sendiri, Datin Kartini Abdul Rahman, Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




10 Mac 2018 | Sabtu | 02.00PMTanjung Labian, TungkuSesi jelajah ke sekolah-sekolah sekitar kawasan Parlimen P.188 Silam ...
10/03/2018

10 Mac 2018 | Sabtu | 02.00PM
Tanjung Labian, Tungku

Sesi jelajah ke sekolah-sekolah sekitar kawasan Parlimen P.188 Silam oleh YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 diteruskan lagi ke kawasan Tungku iaitu di SK Tanjung Labian dan SK Lok Buani pada hari ini.

YB Datuk turut menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 50 orang murid tahun 1 SK Tanjung Labian dan SK Lok Buani hasil sumbangan daripada beliau sendiri.

Turut mengiringi YB Datuk ialah isteri beliau sendiri, Datin Kartini Abdul Rahman, Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




09 Mac 2018 | Jumaat | 08.00PMDewan Serbaguna Kg Sapagaya, Lahad DatuJentera Belia Pusat Khidmat Parlimen Silam buat sek...
09/03/2018

09 Mac 2018 | Jumaat | 08.00PM
Dewan Serbaguna Kg Sapagaya, Lahad Datu

Jentera Belia Pusat Khidmat Parlimen Silam buat sekian kalinya berjaya menganjurkan program jelajah belia yang ke-9 untuk tahun ini dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 Silam.

Program Santai Belia & Back To School pada kali ini diadakan di Pusat Khidmat Parlimen Silam (PKPS) Zon Sapagaya.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung secara santai antaranya dialog bersama pemimpin, soalan kuiz dan persembahan busking oleh LD Legend Busker.

Dalam program tersebut, YB Datuk turut menyampaikan sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah kepada 50 orang anak-anak di PKPS Zon Sapagaya dan sumbangan kepada 30 orang asnaf Zon Sapagaya serta penyampaian biasiswa bernilai RM600 kepada 10 orang murid SMK Agaseh sumbangan BAKTI yang disampaikan oleh isteri YB Datuk, Datin Kartini Abdul Rahman.

Turut mengiringi YB Datuk ialah Staff Parlimen, G10+, Wanita Parlimen dan Perwani.




07/03/2018

πŸ‘‰Beliau merupakan wakil rakyat yang suda tiga penggal berkhidmat;

πŸ‘‰Bertuah sungguh masyarakat P.188 Silam mempunyai pemimpin seperti beliau;

πŸ‘‰Menabur budi dari dulu hingga sekarang, Tak pernah jemu tak pernah riak;

πŸ‘‰Sosok tubuh yang sentiasa ada setiap hujung minggu di kawasan P.188 Silam, Wakil Rakyat sentiasa aktif, setiap minggu setiap bulan ada aktiviti;

πŸ‘‰Yang Berhormat sentiasa berfikiran positif, Semuanya dilakukan demi rakyat yang disayangi;

πŸ‘‰Jawatan yang diamanahkan dilaksanakan sehabis baik demi sebuah perjuangan membela nasib rakyat;

πŸ‘‰Rakyat menjadi titik keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil;

πŸ‘‰Semoga beliau yang dimaksudkan iaitu YB Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

πŸ“ŒπŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯πŸŽ₯
πŸ“Ί Sorotan program YB Datuk ketika turun kawasan hujung minggu lepas.




06/03/2018

Kekang penyebaran berita palsu; Penggubalan akta berkaitan langkah bijak kerajaan-YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur

Berita TV RTM Isnin/05Mac2018

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang seharusnya dipeliha...
06/03/2018

Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang seharusnya dipelihara.

Komitmen pemimpin kini, pejuang serta pahlawan terdahulu dalam usaha untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara, menjadi simbol kepada keutuhan semangat Patriotisme terhadap Negara yang kita cintai ini.

Hubungan muhibah masyarakat berbilang kaum yang erat mampu menyemai nikmat cintakan tanahair diperkasakan dengan membentuk semangat jati diri demi Dirgahayu Negaraku MalaysiaπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‘πŸ»

05 Mac 2018 | Isnin | 09.00AMBangunan Parlimen, Kuala LumpurSebentar tadi YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Tim...
05/03/2018

05 Mac 2018 | Isnin | 09.00AM
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

Sebentar tadi YB Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 dan isteri Datin Kartini Abdul Rahman menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-6 Parlimen Kali Ke-13 yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri Datin Seri Hamidah Khamis.




Address

Pejabat Parlimen P. 188 Silam, Aras 4 Bangunan Plaza USIA, Jalan Teratai
Lahad Datu
91100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Parlimen P.188 Silam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share