21/03/2026
Ketupat dianyam, rendang di kuali 🍲,
Baju baharu dipakai, hati pun berseri 🥰,
Salah dan silap mohon dimaafi 🤲,
Selamat Hari Raya, semoga murah rezeki. 🎊
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai yang menyambutnya! 🌙🕌
Sebulan kita berpuasa, menahan diri, bersabar dan berdoa. Kini Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat kita semua. 🤲✨
Andai ada kata yang mengguris hati atau perbuatan yang menyinggung perasaan, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf. Maaf zahir dan batin, ikhlas dari hati. ❤️
Buat yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati. Sabar menghadapi kesesakan, kerana di penghujungnya ada insan tersayang yang setia menunggu untuk bersama-sama menikmati rendang dan ketupat. 🍛😋
Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diberi peluang untuk terus bersama orang-orang yang kita sayangi.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri! ☪️✨