Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

  • Home
  • Malaysia
  • Labuan
  • Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM)bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan makanan.
(1)

30/05/2026

SUP PERUT ADA NAJISโ—๏ธ

Luahan hati pengguna:

๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ณ๐˜ฎ20..๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ..๐˜ซ๐˜ฅ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ต๐˜ณ๐˜บ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช.. ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ต ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ.. ๐˜›๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฏ๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ..๐˜ต๐˜จ๐˜ฌ2 ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข 2 ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ ๐Ÿคฎ ๐˜ค๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ญ๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต..๐˜ฎ๐˜ค๐˜ฎ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฏ๐˜ช ๐˜น ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜จ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐Ÿ™„

Apa yang perlu anda lakukan?

1. Jangan makan makanan tersebut
2. Laporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri terdekat untuk siasatan lanjut

Kredit : Annisa Fakrulrazi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladhaโ€œKeselamatan Makanan. Tanggungjawab Bersamaโ€
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

โ€œKeselamatan Makanan. Tanggungjawab Bersamaโ€

Mungkin ada yang terlepas pandang tips-tips Keselamatan Makanan Sempena Hari Raya Haji daripada Program Keselamatan dan ...
26/05/2026

Mungkin ada yang terlepas pandang tips-tips Keselamatan Makanan Sempena Hari Raya Haji daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM. Jadi admin bantu naikkan balik untuk semua cakna. Tapi jangan lupa amalkan ya!

Selamat Hari Raya Haji buat semua.
Selamat menjalani ibadah Korban.

Sesiapa yang tengah sibuk buat persiapan memasak sempena Raya Haji nanti, jom kita semak balik satu tabiat lama yang bia...
26/05/2026

Sesiapa yang tengah sibuk buat persiapan memasak sempena Raya Haji nanti, jom kita semak balik satu tabiat lama yang biasa kita buat kat dapurโ€ฆ

Merendam daging beku secara terus di dalam besen berisi air

Nampak macam praktikal dan cepat lembut kan? Tapi sebenarnya, dari sudut keselamatan makanan, cara ini sangat tidak digalakkan dan boleh menjejaskan kualiti masakan kita.

Risiko Pembiakan Bakteria (Zon Bahaya)!
Bila daging direndam begitu sahaja tanpa sebarang pelindung atau plastik, bahagian luar daging akan mencair terlebih dahulu dan suhunya cepat naik mengikut suhu bilik. Waktu inilah bakteria mula membiak dengan sangat aktif, walaupun bahagian dalam daging tersebut masih keras membeku.

Rasa Asli dan Zat Daging Boleh Hilang!
Pernah terfikir tak kenapa air rendaman tu bertukar warna kemerahan? Sebenarnya, jus asli (myoglobin) dan zat penting daging dah larut masuk ke dalam air rendaman tersebut. Sayang sangat, nanti bila dimasak, daging boleh hilang kemanisan aslinya dan tekstur cenderung menjadi lebih liat.

Boleh Menyebabkan Pencemaran Silang!
Air rendaman daging yang terdedah itu sangat mudah memercik ke kawasan sekitar dapur, seperti ke papan pemotong, pisau, atau sayur-sayuran yang tidak dimasak. Niat kita nak jamu makanan yang terbaik untuk tetamu dan keluarga, tapi bimbang p**a boleh mengundang sakit perut atau keracunan terkejut di hari raya.

"Jadi, macam mana cara nyahbeku (thawing) yang betul dan selamat?"

Demi kesihatan perut orang tersayang, kita boleh gunakan tiga cara mudah ini:

1. Masukkan daging/ayam sejukbeku tu ke peti bawah (chiller) awal-awal malam raya tu.

2. Nyahbeku menggunakan microwave

3. Nyahbeku dalam besan di bawah air yang mengalir atau tukar air secara berkala.

25/05/2026

Bila masuk bab melapah dan memotong daging korban, suasana dekat tapak sembelihan memang akan jadi sangat sibuk. Admin nak ingatkan para petugas supaya sentiasa peka dengan kebersihan diri semasa mengendalikan daging. ๐Ÿ”

Tolong jangan ambil remeh aspek ini. Pakaian yang terkena dengan darah, kasut yang kotor, atau tangan yang tidak dibasuh selepas memegang sisa perut adalah punca utama berlakunya pencemaran silang. Kuman berbahaya daripada sisa kotoran tersebut boleh berpindah dengan mudah ke atas daging melalui sentuhan tangan, pisau, mahupun papan pemotong yang digunakan. ๐Ÿฆ โŒ

Daging korban ini untuk diagihkan kepada golongan yang layak, memerlukan, dan seterusnya untuk disedekahkan mengikut syariat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para petugas untuk memastikan proses pengendaliannya sentiasa bersih. Sentiasa jaga kebersihan dengan membasuh tangan dan pastikan peralatan memotong sentiasa dicuci dengan air bersih. ๐Ÿงผ๐Ÿ›ก๏ธ

Jangan disebabkan kelalaian kita menjaga kebersihan, kualiti daging yang diagihkan terjejas serta memudaratkan kesihatan mereka yang memakannya. Sama-sama kita jaga kebersihan, barulah ibadah korban kita berjalan lancar, selamat, dan berkat! โœจ



Setiap tahun, semasa Hari Raya haji dimana orang Islam meraikannnya. Admin berfikir kenapa โ€œplastik hitamโ€ jadi pilihan?...
25/05/2026

Setiap tahun, semasa Hari Raya haji dimana orang Islam meraikannnya. Admin berfikir kenapa โ€œplastik hitamโ€ jadi pilihan?

Adakah kerana senang? Lebih tahan? Lebih murah?

Admin pun tak pasti.

Tapi tahukah bahaya plastik hitam bersentuh terus dengan daging mentah Walaupun ia bukan plastik sampah (contohnya plastik tangkai hitam dari kedai runcit atau kedai borong).

Plastik hitam biasa
walaupun bukan plastik sampahโ€ฆ
SANGAT DILARANG bersentuh terus dengan daging mentah!

Kenapa?
Bahaya 'Carbon Black', Pigmen hitam itu ada sisa logam berat.

Tiada Gred Makanan, Memang bukan dibuat untuk simpan makanan mentah.

Daging Sifatnya Menyerap, Lemak dan darah daging mentah akan bertindak sebagai 'pelarut' yang menyedut kimia plastik tersebut.

Kalau terpaksa guna juga untuk agihan, pastikan lapik/bungkus dulu dengan plastik jernih, baru masukkan dalam plastik hitam. Elakkan daging 'makan' kimia.

Hati-hati ya semua. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Pejam celikโ€ฆ in sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Haji. Bagi yang ingin membuat jamuan, dah ada persediaan?
25/05/2026

Pejam celikโ€ฆ in sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Haji. Bagi yang ingin membuat jamuan, dah ada persediaan?

Bila tibanya hari penyembelihan, biasanya pihak penganjur tak melepaskan peluang untuk terus memanfaatkan rezeki buat pahala๐Ÿคฒ๐Ÿป.

Selalunya mereka akan sediakan makanan untuk para petugas dan juga para peserta yang datang menyaksikan urusan bahagian korban mereka.

Baguskan, setiap peluang dimanfaatkan untuk jana pahala berterusan. Kadang-kadang hidangan tu kalah kenduri kahwin tau๐Ÿคค. Meriahkan๐Ÿฅณ

Cuma, Min nak pesan, sambil meraikan mereka yang menyumbang tenaga dan mengambil bahagian dalam ibadah korban ini, penting untuk pihak penganjur atau penyedia perkhidmatan makanan yang dipertanggungjawbkan untuk peka dan pantau tempoh masa hidangan yang disediakan. ๐Ÿ”

Jangan biarkan lauk-pauk yang dihidangkan terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam. Kawasan khemah melapah itu biasanya panas, jadi kalau makanan dibiarkan terlalu lama tanpa dipanaskan semula, ia akan menjadi lubuk pembiakan bakteria dengan sangat cepat. ๐Ÿฆ โŒ

Kasihan dekat petugas dan peserta korban kita, niat kita nak bersedekah, mereka p**a masing-masing datang untuk selesaikan ibadah.

Jangan p**a p**ang bila dah p**ang ke rumah, sakit perut p**a akibat termakan lauk yang dah mula basi. Jadi, pastikan AJK yang bertanggungjawab, peka dengan jam dan rancang masa hidangan dengan betul dan selamat untuk semua.

Kebajikan terjaga, ibadah terlaksana! โœจ



Apa persiapan anda untuk Hari Raya Aildil Adha minggu depan? Pastikan Keselamatan Makanan, kebersihan dan juga kualiti m...
23/05/2026

Apa persiapan anda untuk Hari Raya Aildil Adha minggu depan? Pastikan Keselamatan Makanan, kebersihan dan juga kualiti menjadi keutamaan ya.

Sejak dua tiga hari ni, lalu kat timeline media sosial Admin macam pesta p**a orang tayang gambar lembu, ada yang dah dimiliki sepenuhnya 7๏ธโƒฃ bahagian dan masih ada yang belum cukup korum ahlinya. Jadi Admin nak ambil peluang nak titipkan pesan buat penganjur, peserta, dan juga para penternak kita. ๐Ÿ”

Bila memilih ternakan, tolonglah jangan kita sekadar tangkap muat. Dalam rukun awal-awal lagi dah sebut, haiwan korban wajib sihat dan tiada cacat cela sebagai penentu syarat sah ibadah. Dari sudut kesihatan pun kita tekankan tentang wajib pilih haiwan sihat kerana adanya risiko penyakit zoonotik, iaitu penyakit yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia. Jika kita termakan daging daripada haiwan yang sakit, kuman tersebut boleh menjangkiti kita dan memudaratkan kesihatan. ๐Ÿฆ 

Di sini juga letaknya amanah yang sangat besar buat para penjual dan penternak. Duit yang orang ramai dah serahkan itu datang sekali dengan harapan dan kepercayaan yang tinggi. Janganlah disebabkan nak mengejar untung ringgit yang sekejap, ada penyakit atau kecacatan pada haiwan korban itu kita pergi sembunyikan p**a. Jujurlah dalam berniaga, kesian dekat peserta yang dah simpan duit lama semata-mata nak buat ibadah yang terbaik. ๐Ÿค๐Ÿ›ก๏ธ

Biarlah kita cerewet dan teliti sedikit semasa memilih dari sekarang. Masih sempat lagi tuan-tuan sekalian. Asalkan amanah terjaga, kesihatan terjaga, syariat terpelihara. Titip niat yang betul, kita buat bagi sesempurna mungkin๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ingat, kalau salah pilih, ibadah tak sahโ•



21/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ PODCAST KESELAMATAN MAKANAN - SEMBANG SERIUS

Jangan lupa temujanji kita sebentar sahaja lagi dalam episod khas Aidiladha dengan topik;

โœจ SYARIAT TERPELIHARA, KESELAMATAN MAKANAN TERJAGAโ—๏ธ

Pematuhan syariat serta amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat penting bagi memastikan ibadah yang dilaksanakan sah dari sudut syarak serta selamat dan berkualiti untuk dinikmati.

๐Ÿ“Œ Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ“Œ Masa : 3.00 petang
๐Ÿ“ŒPlatform : Saluran Media Sosial Rasmi PKKM

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama! ๐Ÿค






15 Mei 2026 - Ceramah Keselamatan Makanan SK Pekan 1 Semangat sungguh adik-adik kita. Bila ditanya tentang keselamatan m...
15/05/2026

15 Mei 2026 - Ceramah Keselamatan Makanan SK Pekan 1

Semangat sungguh adik-adik kita. Bila ditanya tentang keselamatan makan rata-rata dah tahu ada 7 Langkah Cuci Tangan, dan perlu amalkan Lihat Hidu dan Rasa.

Kalau sudah tahu jangan lupa amalkan lah ya ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Address

Jabatan Kesihatan W. P
Labuan
87028

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6087425161

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan:

Share