03/06/2026
๐ฒ๐พ PINDAAN KEWARGANEGARAAN: PELAKSANAAN BERHEMAH DEMI KEPASTIAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT
๐ฌ โKerajaan mahu memastikan setiap pelaksanaan dasar berkaitan kewarganegaraan dilaksanakan dengan teliti, tersusun dan memberi manfaat terbaik kepada rakyat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.โ
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum minat dan pertanyaan orang ramai berhubung pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang telah diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan sebagai Akta A1752.
Seperti mana-mana undang-undang yang melibatkan perubahan proses pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, akta ini memerlukan beberapa persediaan penting sebelum tarikh kuat kuasa ditetapkan. Pendekatan ini bertujuan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, teratur dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.
Antara persediaan yang sedang dilaksanakan termasuk:
โ
Penyediaan peraturan dan prosedur permohonan yang lebih jelas;
โ
Penambahbaikan sistem digital dan pangkalan data bagi memudahkan urusan rakyat;
โ
Latihan serta penyelarasan SOP kepada pegawai yang terlibat;
โ
Program penerangan dan hebahan supaya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada masyarakat.
KDN ingin menjelaskan bahawa akta ini masih belum dikuatkuasakan pada masa ini, dan sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan masih tertakluk kepada peruntukan serta prosedur yang sedang berkuat kuasa sehingga tarikh pelaksanaan baharu diumumkan kelak.
Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap individu yang layak mendapat pertimbangan sewajarnya, di samping memelihara integriti sistem kewarganegaraan negara dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perkembangan berkaitan pelaksanaan pindaan ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Kerajaan dari semasa ke semasa.
Setiap langkah diperhalusi, setiap proses diperkemas demi memastikan pelaksanaan yang teratur, adil dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri