Pergerakan Pemuda PGRS N63 Kunak

Pergerakan Pemuda PGRS N63 Kunak Page Rasmi Pergerakan Pemuda PGRS Bahagian N.63 Kunak

Sollu Alan Nabiy๐ŸŒน
05/09/2025

Sollu Alan Nabiy๐ŸŒน

Salam Maulidur Rasul SAW 1447H / 2025M

Telah masuk bulan Rabi'ulawal. Menandakan tibanya bulan kegembiraan buat seluruh alam. Lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa cahaya rahmat serta teladan agung buat kita semua.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiyaโ€™, ayat 107: โ€œDan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ€

Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW sebagai tanda cinta, moga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul buat semua

Sollu Alan Nabiy๐ŸŒน
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

๐ŸŒบ Membangun Ummah Madani ๐ŸŒบ

Tahniah buat Smk Kunak Jaya syabas, berjaya harumkan nama daerah ke peringkat Kebangsaan...terus cemerlang ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
04/09/2025

Tahniah buat Smk Kunak Jaya syabas, berjaya harumkan nama daerah ke peringkat Kebangsaan...terus cemerlang ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

03/09/2025

๐‘๐€๐๐” | ๐Ÿ‘ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘

TAWAU :Datin Hajah Salihah Haji Tahir, mantan Exco dan Bendahari Wanita Warisan Nasional, hari ini membuat laporan polis terhadap satu posting media sosial oleh seorang facebooker pro-Warisan yang dikenali sebagai Huzaifah Al Likasi.

Posting berkenaan memaparkan tangkap layar (screenshot) kononnya perbualan antara Salihah dengan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, yang didakwa bertujuan menunggang isu arwah Zara Qairina untuk menyebarkan fitnah terhadap Warisan.

Salihah menegaskan bahawa screenshot tersebut adalah palsu sepenuhnya, dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan reputasi serta menjatuhkan maruah dirinya sebagai ahli politik.

Terdahulu, YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan turut membuat laporan polis terhadap individu sama di Kota Kinabalu berhubung dakwaan fitnah tersebut.

Untuk rekod, Salihah bersama beberapa pemimpin tertinggi Wanita Warisan telah meninggalkan parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada September 2020 atas dasar hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal. Kini, beliau meneruskan perjuangan politiknya bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

03/09/2025
03/09/2025

๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐†๐‘๐’ ๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‰๐” ๐‰๐€๐˜๐€

Perubahan landskap politik hari ini tidak lagi bergantung kepada pentas ceramah atau akhbar bercetak semata-mata. Dunia maya menjadi medan utama. Satu video 30 saat di TikTok mampu didengar ratusan ribu orang ,jauh melampaui capaian ceramah konvensional.

Namun, media sosial ibarat parang moden. Jika digunakan untuk kebaikan, ia tajam, pantas dan berkesan. Tetapi jika disalahguna, ia menjadi senjata makan tuan. Inilah taktik pembangkang ,menunggang platform digital untuk menabur kebencian, memutar fakta, dan membina naratif โ€œkerajaan gagal.โ€

GRS tidak boleh membiarkan gelanggang maya dikuasai lawan. Yang perlu ditegakkan ialah fakta lawan retorik.

๐™ƒ๐™–๐™ก๐™– ๐™๐™ช๐™Ÿ๐™ช ๐™Ž๐™ˆ๐™…: ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž ๐™๐™š๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ž๐™  ๐™ ๐™š ๐™๐™š๐™–๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž
Sejak Mac 2021, pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor telah menyediakan pelan pembangunan yang jelas, menyeluruh dan inklusif. Ia bukan slogan kosong, tetapi kerangka dengan strategi, sumber dan sasaran yang nyata.

๐™‹๐™š๐™ข๐™ช๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™€๐™ ๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž & ๐™ƒ๐™–๐™จ๐™ž๐™ก ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž
GRS mewarisi ekonomi negatif -7.5% pada tahun 2020. Tetapi dalam tempoh lima tahun, Sabah kembali mencatat pertumbuhan positif secara konsisten.
โ€ข Hasil negeri meningkat daripada RM4 bilion (2020) kepada hampir RM7 bilion (2025).
โ€ข Rizab kewangan negeri melonjak daripada RM3.2 bilion kepada RM8.6 bilion ,tertinggi dalam sejarah Sabah.
โ€ข Lebih RM35.38 bilion pelaburan diluluskan, melibatkan 420 projek yang mencipta ribuan pekerjaan.

๐™†๐™š๐™—๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ & ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐˜ฟ๐™ž๐™™๐™–๐™๐™ช๐™ก๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ
GRS membuktikan ia kerajaan yang peduli rakyat, bukan sekadar berpolitik:
โ€ข Program SYUKUR 2025: RM300 sebulan kepada 100,000 penerima.
โ€ข Insurans Rakyat Sabah bernilai RM10,000 untuk 2.7 juta rakyat.
โ€ข Rumah Mesra SMJ โ€“ 40 unit setiap DUN setiap tahun (berbanding hanya 6 unit di era kerajaan lalu).
โ€ข RM1.49 bilion kebajikan disalurkan kepada lebih 336,000 penerima (2021โ€“2024).

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™™๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ & ๐™ˆ๐™ค๐™™๐™–๐™ก ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™–๐™ฃ
โ€ข Peruntukan biasiswa meningkat kepada RM138 juta setahun.
โ€ข RM1.33 bilion dibelanjakan untuk pembangunan modal insan.
โ€ข 13 bantuan pendidikan termasuk yuran MUET untuk pelajar B40.
โ€ข TPNS menyalurkan RM17.8 juta kepada 10,912 pelajar.

๐™„๐™ฃ๐™›๐™ง๐™–๐™จ๐™ฉ๐™ง๐™ช๐™ ๐™ฉ๐™ช๐™ง & ๐˜ผ๐™จ๐™–๐™จ ๐™๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ:
โ€ข RM729 juta diperuntukkan untuk sistem air.
โ€ข Empangan Hidroelektrik Ulu Padas โ€“ bekalan 6,000 juta liter sehari untuk 100 tahun.
โ€ข RM1.34 bilion untuk jalan raya & jambatan.
โ€ข Projek Pan Borneo Sabah dipercepatkan, dengan laluan utama siap pada 2026.

๐™ˆ๐˜ผ63 & ๐˜ผ๐™ช๐™ฉ๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ข๐™ž ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™
GRS berjaya membawa hasil sebenar dalam isu autonomi yang diperjuangkan berdekad-dekad:
โ€ข 13 hak MA63 berjaya direalisasikan.
โ€ข Bayaran interim 40% hasil bersih Persekutuan melonjak dari hanya RM26.7 juta kepada RM600 juta setahun.
โ€ข Sabah kini pemegang saham utama dalam sektor minyak & gas:
o 50% Samarang PSC
o 25% SAMUR
o 10% LNG9
o 25% ZLNG
o Rundingan pegangan 40% PFLNG1 sedang berjalan.
Ini adalah bukti nyata hak Sabah dipulihkan, bukan sekadar janji politik.

๐™๐™–๐™ ๐™ฉ๐™– ๐™ซ๐™จ ๐™๐™š๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ž๐™  ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฃ๐™œ
Pembangkang hari ini memilih jalan mudah ,menanam kebencian, menunggang tragedi, dan menyebar fitnah di media sosial. Isu air, jalan raya dan elektrik terus dijadikan modal, seolah-olah ia lahir dalam lima tahun kebelakangan ini. Hakikatnya, itu masalah legasi puluhan tahun.

GRS p**a memilih jalan sukar tetapi jujur , membina dasar, menyelesaikan masalah legasi, memulihkan ekonomi, memperkukuh hak Sabah, dan menyalurkan insentif terus kepada rakyat.

Menjelang PRN-17, rakyat Sabah berdepan pilihan:

1.Adakah mahu kembali kepada parti yang gagal mengurus, hanya tahu menanam kebencian?

2. Atau kekalkan GRS yang telah membuktikan pencapaian dengan fakta nyata?

๐™‚๐™๐™Ž ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™Ÿ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™:
Ekonomi pulih, hak MA63 direalisasikan, kebajikan rakyat diperkasa, pendidikan ditingkatkan, infrastruktur dipacu, dan Sabah kini berdiri lebih kukuh.

Fitnah mungkin viral sekejap, tetapi fakta akan kekal selamanya.
Kekalkan GRS untuk Sabah yang Maju Jaya.

- J, ABT
03 September 2025

*๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช, ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ช ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ซ๐˜ช ๐˜๐˜ข๐˜ซ๐˜ช ๐˜•๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช ๐˜Ž๐˜ข๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜™๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ (๐˜Ž๐˜™๐˜š) ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช-๐˜ข๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜Ž๐˜™๐˜š ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‘๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ก๐˜ฐ๐˜ฏ 6 ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข 23 ๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช 2025

Jumpa di SICC untuk semua PEMUDA PGRS.
16/07/2025

Jumpa di SICC untuk semua PEMUDA PGRS.

16/07/2025

Kemon PGRS..



14/07/2025

Ready GAISSSSS..๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

TETAP BERSAMA YBDNA.
09/07/2025

TETAP BERSAMA YBDNA.




66 likes, 22 comments. โ€œDatuk Norazlinah Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, bukan asing dalam kalangan masyarakat setempat. Dalam beberapa tahun ini, kelibatnya kerap terlihat dalam pelbagai program akar umbi, sama ada menyampaikan bantuan, serahan geran, atau sekadar melawat penduduk di ruma...

Yeaayyyyy..cantik nya gerbang baru Kg Getah yang sudah dibaikpulih. Tahniah YB DNA atas baikpulih yang diberikan. Tahnia...
02/07/2025

Yeaayyyyy..cantik nya gerbang baru Kg Getah yang sudah dibaikpulih. Tahniah YB DNA atas baikpulih yang diberikan. Tahniah juga buat Ketua Menteri Sabah dan kerajaan GRS.


Address

Pekan Kunak
Kunak
91207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda PGRS N63 Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pergerakan Pemuda PGRS N63 Kunak:

Share