12/03/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Sabah Maju Jaya.
12 MAC 2026 - LAWATAN KERJA YB DATUK RUBIN BALANG, MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH SIRI : 4 KE PEJABAT DAERAH KUNAK
Pejabat Daerah Kunak telah dikunjungi oleh YB Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. YB Datuk diiringi oleh Pembantu Menteri I, YB Samad bin Jambri, Pembantu Menteri II, YB Juil Nuatim, Setiausaha Tetap KPLB, Ybhg. Datuk Hjh Myrna Jimenez beserta Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Delegasi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah disambut oleh Pegawai Daerah Kunak, Tuan Majaran bin Osman bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Kunak serta kakitangan Pejabat Daerah Kunak.
Lawatan Kerja YB Datuk Rubin Balang ke Pejabat Daerah Kunak adalah untuk menilai perkembangan projek-projek pembangunan luar bandar di kawasan Kunak serta mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai isu serta keperluan semasa masyarakat setempat.
Pegawai Daerah Kunak, Tuan Majaran bin Osman bersama Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Intan Rahimah binti Kabimbangan telah menyampaikan pembentangan berkaitan Profail dan Pembangunan Daerah Kunak kepada delegasi Menteri.
Pihak Pejabat Daerah Kunak amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ke Daerah Kunak.
Sekian, terima kasih.