Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak

  • Home
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak

Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak Salam! Sampaikan apa yang boleh kami bantu anda Laman ini merupakan Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, perpaduan dan keberkatan kepada...
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, perpaduan dan keberkatan kepada seluruh masyarakat.
Raikanlah dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan semangat kekeluargaan.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai.

Ikhlas daripada
YDH Supt. Rejali Ak Angong,
Ketua Polis Daerah Kunak serta
YBhg. Puan Irene Anak Mili,
Pengerusi PERKEP IPD Kunak.

29/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan menjadi inspirasi dalam memper...
28/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan perpaduan, keikhlasan serta dedikasi dalam berkhidmat.”

Ikhlas daripada
SUPT Rejali Ak Angong - Ketua Polis Daerah Kunak dan Ybhg Puan Irene Anak Mili - Pengerusi PERKEP IPD KUNAK

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH KUNAK BAGI BULAN MEI 2026.26 Mei 2026 (Selasa) telah berlangsung Perhimpunan Bula...
26/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KETUA POLIS DAERAH KUNAK BAGI BULAN MEI 2026.

26 Mei 2026 (Selasa) telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kunak bertempat di IPD Kunak yang dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis IPD Kunak.

Perhimpunan telah disempurnakan oleh YDH SUPT Rejali ak Angong, Ketua Polis Daerah Kunak. Dalam amanat beliau, YDH KPD menekankan aspek profesionalisme, kerjasama strategik bersama agensi keselamatan, pengukuhan integriti, disiplin, pengurusan lokap serta penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) secara positif dan beretika dalam penugasan.

Selain itu, YDH KPD turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Kunak atas komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah Kunak kepada penerima yang menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam penugasan.

Majlis berlangsung dengan lancar, penuh tertib dan semangat kebersamaan.





LATIHAN KAWAD BULANAN MEI 2026.IPD Kunak telah melaksanakan Latihan Kawad Bulanan Peringkat IPD Kunak pada 21 Mei 2026 (...
21/05/2026

LATIHAN KAWAD BULANAN MEI 2026.

IPD Kunak telah melaksanakan Latihan Kawad Bulanan Peringkat IPD Kunak pada 21 Mei 2026 (Khamis), bertempat di perkarangan IPD Kunak bermula jam 0700hrs hingga 0800hrs.

Latihan ini melibatkan seramai 47 orang anggota terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah polis serta anggota IPD Kunak dan diketuai oleh Jurulatih Kawad, Sjn Norisyam bin Mohamed.

Program ini merupakan sebahagian daripada latihan rutin Polis Diraja Malaysia yang bertujuan untuk memperkukuh disiplin, kesiapsiagaan, kekemasan pergerakan serta semangat berpasukan dalam kalangan warga IPD Kunak.
Secara keseluruhan, latihan berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

IPD Kunak akan terus komited dalam mempertingkatkan latihan seperti ini bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap optimum.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share