APM Kunak

APM Kunak VISI
-Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
-“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

MISI
-Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

 APM Kunak - Hari ini, barisan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak melangkah gagah ke gelanggan...
13/06/2026



APM Kunak - Hari ini, barisan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak melangkah gagah ke gelanggang bagi mewakili jabatan dalam Kejohanan Futsal Sedafiat Kunak 1.0.

Syabas diucapkan kepada Kelab Sukan & Rekreasi Sedafiat Kunak atas usaha murni menganjurkan kejohanan ini. Pelibatan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental anggota, malah menjadi jambatan yang memperkukuh ukhuwah antara agensi pertahanan awam dengan agensi luar serta masyarakat.

Terima Kasih Diucapkan kepada barisan Anggota yang telah menyertai.

PEMANTAUAN ANCAMAN TSUNAMI APM KUNAKAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah KunakTarikh : 08 Jun 2026 ( Isnin )Ma...
08/06/2026

PEMANTAUAN ANCAMAN TSUNAMI APM KUNAK

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak

Tarikh : 08 Jun 2026 ( Isnin )
Masa : 0830h-1245h

Satu kejadian gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina pada 8 Jun 2026. Susulan daripada kejadian tersebut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Tsunami bagi beberapa kawasan berisiko, di mana Daerah Kunak, telah dikenal pasti sebagai salah satu kawasan yang terlibat.

Susualan Amaran Tsunami yang telah di keluarkan Anggota bertugas Shif Bravo telah digerakkan serta-merta ke kawasan persisiran pantai bagi membuat pemantauan paras air laut di kawasan perumahan persisir pantai yang berisiko tinggi dan juga anggota bertugas memberi arahan dan khidmat nasihat kepada orang awam serta penduduk setempat agar bergerak ke tempat yang lebih tinggi dan selamat sebagai langkah berwaspada.

Operasi pemantauan dan rondaan telah di fokuskan di kawasan berikutnya :

1. Kg. Pangkalan
2. Kg. Jaya Baru , Bakau
3. Kg. Kunak Jaya , Laut

Bagaimanapun hasil pemantauan tiada kemalangan jiwa di laporkan keadaan penduduk kampung dalam keadaan baik dan terkawal sepanjang tempoh pemantauan.

Sekitar jam 12:45 tengah hari , Sistem Amaran Bencana Tsunami di kawasan kunak telah ditamatkan secara rasmi. Hasil pemantauan akhir mendapati keadaan di sekitar daerah kunak, khususnya di kawasan persisir pantai , adalah selamat dan terkawal. Operasi ditamatkan sepenuhnya.















08/06/2026
 04 JUNE 2026 | KES MENANGKAP HAIWAN LIAR ( MHL )Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kunak menerima panggilan kecema...
04/06/2026



04 JUNE 2026 | KES MENANGKAP HAIWAN LIAR ( MHL )

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kunak menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang penduduk di Kampung Kunak Jaya Laut mengenai kehadiran seekor buaya di kawasan penempatan mereka.

Susulan panggilan tersebut, Skuad Alpha telah digerakkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, anggota APM Kunak mendapati seekor buaya berukuran anggaran 1 meter telah disedari oleh penduduk kampung. Anggota APM Kunak segera membuat perimeter keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Hasil Kerjasama erat antara anggota APM Kunak bersama penduduk kampung berjaya membuahkan hasil apabila seekor buaya berukuran anggaran 1 meter berjaya ditangkap dengan jayanya .

Buaya tersebut berjaya diikat dan diamankan sepenuhnya. Reptilia berkenaan kemudiannya dibawa balik ke Pejabat APM Kunak sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan pemeliharaan dan perpindahan ke habitat yang lebih selamat.

Tindakan pantas dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat memastikan keselamatan komuniti setempat sentiasa terpelihara. Syabas diucapkan kepada anggota APM Kunak dan terima kasih atas kerjasama penduduk kampung kunak jaya laut!

“SENTIASA SIAP SEDIA ”
📷APM Kunak

boleh follow saluran sosial media APM Kunak
like 👍komen 📝 dan share 📤.
Page FB : APM Kunak

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah















  ORANG AWAMAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak telah menerima jemputan rasmi daripada Jabatan Perhutan...
27/05/2026

ORANG AWAM

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak telah menerima jemputan rasmi daripada Jabatan Perhutanan bagi menyertai Field-Based First Aid & Search and Rescue (SAR) Training Program yang bertempat di Pejabat Perhutanan Daerah Kunak.

Program intensif ini memfokuskan kepada pemantapan kemahiran menyelamat asas dan lanjutan, merangkumi pengisian penting seperti:

i. Pertolongan Cemas & Pengurusan Luka
ii. Teknik Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
iii. Tindakan Kecemasan Tercekik (Choking)
iv. Simpulan Dan Ikatan

Kemuncak program pada hari terakhir menyaksikan keupayaan sebenar melalui Praktikal Simulasi Search and Rescue (SAR) yang akan dilaksanakan bertempat di Pusat Sejadi Madai.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perhutanan atas penganjuran dan kepercayaan ini. Semoga latihan Field-Based First Aid & Search and Rescue (SAR) Training Program. ini melonjakkan lagi tahap kompetensi dan kesiapsiagaan.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”











 KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 1 TAHUN 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH KUNAKTARIKH: 23 & 24 May 2...
24/05/2026



KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 1 TAHUN 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH KUNAK

TARIKH: 23 & 24 May 2026 (Sabtu& Ahad)
MASA: 0800H - 1700H
TEMPAT : Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kunak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta
Kursus Asas siri 1/2026. Ucapan ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada Jurulatih serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kursus Asas siri 1/2026. Semoga ilmu dan pelajaran yang diperolehi dapat menjadi asas dan panduan dalam langkahan pertama menjadi ahli dan anggota APM Daerah Kunak.















 Latihan 1 jam MyAspa O dan MyAspa P Angkatan Pertahanan Awam Daerah KunakPKOD Kunak, 18 May 2026 | Anggota APM Kunak me...
18/05/2026



Latihan 1 jam MyAspa O dan MyAspa P Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kunak

PKOD Kunak, 18 May 2026 | Anggota APM Kunak mengadakan latihan 1 jam Dengan pengisian ulangkaji yang dipelajari adalah seperti berikut:

i) Pengucapan Awam

di ucapkan terima kasih kepada barisan jurulatih :

1. SJN (PA) Denny Bin Mansor













15/05/2026

Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan

APM KUNAK

Tarikh: 15 Mei 2026
Tempat: Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kunak

Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kunak menzahirkan semangat patriotisme dan komitmen belia melalui lafaz Ikrar Belia Malaysia sebagai simbol kesatuan, disiplin serta iltizam dalam terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sebagai barisan hadapan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan bencana, warga APM Kunak akan terus memperkukuhkan nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan semangat perpaduan demi melahirkan generasi belia yang berwawasan, berintegriti dan berjiwa rakyat.

Belia hari ini adalah tonggak kekuatan negara pada masa hadapan. Dengan semangat “Sentiasa Siap Sedia”, APM Kunak akan terus melahirkan belia yang cekal, berani dan komited dalam khidmat kepada masyarakat.















 Kami Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat....
10/05/2026



Kami Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kunak ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat.

Dari keluarga tercinta hinggalah ke tugasan menjaga kesejahteraan komuniti, dedikasi anda amat kami hargai. Terima kasih atas kasih sayang sejati dan inspirasi yang anda berikan setiap hari.

  PDPA Kunak ; 09 May 2026 (Sabtu) - Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan bulana...
10/05/2026



PDPA Kunak ; 09 May 2026 (Sabtu)

- Latihan Bulanan kepada My ASPA (P), My ASPA (C) My ASPA (O) My ASPA. Latihan bulanan dijalankan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) kunak.

- Pengisian Latihan

1) Menyelamat
2) Perotocal CPR
3) Choking
4. Peralatan Ambulan

- Ucapan ribuat terima kasih kepada jurulatih yang terlibat serta anggota APM Kunak.
















Address

Bangunan Perumahan Kerajaan Lot No. PWD 3702, 91207 KUNAK
Kunak
91209

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share