Skuad Prihatin PAS Kunak

Skuad Prihatin PAS Kunak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Prihatin PAS Kunak, Political organisation, Kunak.

29/10/2025

Kenapa muka bimbang je tu bang Kasman Karate saksi cukup dah 2 orang belakang tu 😁

InsyaAllah Kunak milik Kita πŸ€—

Jumaidin Lakalla


Ini fakta…. PASTI memang tadika terbaik di Malaysia. Yang puji ni pun bukan ahli PAS hanya ibu-bapa yang menghantar anak...
12/08/2025

Ini fakta…. PASTI memang tadika terbaik di Malaysia. Yang puji ni pun bukan ahli PAS hanya ibu-bapa yang menghantar anak nya ke PASTI 😊😊

DILEMA PASTI

Sebenarnya kalau yuran PASTI dinaikkan ikut standard tadika swasta lain, mereka boleh rombak sistem elaun dan kemudahan jadi lebih baik.

Tapi kalau buat begitu, banyak PASTI di ceruk kampung akan terpaksa ditutup.

Inilah beza PASTI dengan tadika swasta lain.

Mana ada tadika swasta yuran bawah RM100, tapi PASTI ada. Nah, ini buktinya.

Surat pekeliling daripada sebuah PASTI di Terengganu memaklumkan kenaikan yuran PASTI tahun 2024 menjadi RM50.

Ada tadika swasta lain bawah RM50? Aci kerat kuku kalau ada.

Bayangkan, pada tahun 2024, yuran PASTI dinaikkan ke RM50. Maknanya tahun 2023 mungkin hanya RM40 sahaja.

Bayangkan dengan RM50 itu, kos makan minum sebulan pun belum tentu cukup. Apatah lagi nak bayar gaji guru.

Rakan-rakan boleh ambil kalkulator dan kira sendiri.

Kalau ada 50 pelajar, baru dapat RM2,500. Kalau 100 pelajar, baru RM5,000.

Itu nak bayar gaji guru, makan minum, sewa premis, bil air, bil elektrik dan macam-macam lagi. Memang tak cukup.

Ada mana-mana tadika swasta berani buat macam ni? Kalau ada boleh berikan detail dan saya akan promote mereka tanpa bayaran!

Jadi macam mana PASTI boleh hidup?

Atas sumbangan amal jariah orang ramai, terutamanya daripada ahli-ahli PAS.

PASTI ini tidak sama dengan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM.

PASTI tidak sama dengan Tadika KEMAS yang mempunyai peruntukan daripada kerajaan persekutuan setiap tahun.

PASTI juga tidak sama dengan mana-mana tadika swasta yang menjalankan perniagaan.

Walaupun objektifnya sama iaitu memberi pendidikan, PASTI adalah aktiviti sukarela, bukan perniagaan berorientasikan keuntungan.

Sebab itu PASTI boleh wujud bukan sahaja di bandaraya besar malah juga di ceruk kampung dan pedalaman, yang tadika swasta takkan tembusi.

Memang betul, di bandar besar yuran PASTI lebih tinggi. Separuh hari sekitar RM150 ke atas. Sampai petang, boleh cecah RM300 ke atas.

Tetapi tetap jauuuuuuuuh lebih rendah daripada tadika swasta lain.

PASTI sudah wujud puluhan tahun, dibangunkan tanpa bantuan kerajaan, hanya dengan duit poket ahli dan penyokong PAS.

Tanpa jadi Menteri Pendidikan pun mereka mampu bangunkan institusi pendidikan sendiri.

Tanpa jadi Menteri Kewangan pun mereka boleh jalankan aktiviti pendidikan, kebajikan dan lain-lain.

Teringat satu video lama, seorang perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung mereka membandingkan Tadika KEMAS dengan PASTI.

Katanya, KEMAS ini 4M; menari, menyanyi, makan dan main, berbanding PASTI yang ada silibus Quran, bahasa dan pelajaran asas fardhu ain.

Itu satu pengiktirafan tidak langsung kepada PASTI.

Dari anak sulung sampai anak keempat, saya sendiri hantar ke PASTI.

Kadang-kadang saya jumpa pemandangan unik. Ibu tak bertudung hantar anak perempuan bertudung ke PASTI. Ayah berambut panjang berbaju T rugged, anak berkopiah dan berbaju PASTI.

Malah ada juga non-Muslim hantar anak ke PASTI. Saya rasa tak pernah berlaku dalam mana-mana pra-sekolah Islam swasta lain. Jika salah tolong betulkan.

Program tahunan PASTI seperti ihtifal dan hari sukan pun meriah. Ibu bapa dari pelbagai latar belakang, termasuk artis, VIP dan pimpinan parti lain, turut hantar anak ke PASTI.

Di Lembah Klang, ada PASTI bawah RM150 sebulan. Di luar bandar, ada serendah RM50.

Malah di kampung saya Besut, Terengganu, pada 2017 yuran hanya RM35.

Ya, RM35. Bukan silap taip.

Sekarang, RM60. Purata sehari RM2 lebih untuk kos bangunan, makan dan gaji guru. Macam nak bagi percuma jeeee kan?

Kos sebenar mengurus PASTI bukan kecil. Kalau ibu bapa culas bayar yuran, makin susah.

Pernah saya dengar cerita, tunggakan yuran mencecah puluhan ribu. Yang peliknya, ramai datang daripada golongan profesional, bukan miskin.

Dan usaha untuk mengganggu gugat pasti dengan alasan gaji rendah, bukan isu baru.

Sejak dari zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kali pertama pun dah ada, sampai Tun M jadi penasihat negeri-negeri bawah PAS. Hahahaha

Ada usaha untuk bawa melalui saluran perundangan melalui Akta Pekerja , bawa ke Jabatan Buruh, bawa kes ke PERKESO dan saya difahamkan belum ada yang berjaya mendakwa PASTI.

Sebenarnya isu gaji PASTI ini memang sentiasa diberi perhatian di kalangan penggiat parti dan pengusaha PASTI.

Di sinilah dilema pengusaha PASTI.

Kalau kekalkan yuran rendah, fasiliti dan gaji guru terpaksa dicatu. Kalau naikkan yuran, takut ramai tak mampu.

Walaupun dihimpit kekangan kewangan, material dan tenaga pengajar, PASTI terus bertahan.

Anak-anak mampu hafal surah al-Mulk pada usia enam tahun, sesuatu yang sukar berlaku di pra-sekolah lain.

Tahniah kepada tenaga pengajar PASTI yang komited.

PASTI bukan sekadar milik PAS, tetapi sudah menjadi milik masyarakat.

Afyan Mat Rawi
Alumni Tadika KEMAS
Taman Koperasi Polis, Gombak 1986

Alang-alang ramai komen, saya nak ajak rakan-rakan join sebagai usahawan takaful.

Dah kaya nanti, boleh bagi sumbangan kepada PASTI. Hehe...

- Komisen sehingga 40%! Di kebanyakan syarikat lain, kadar komisen hanya sekitar 25% hingga 35%.

- Syarikat pertama dan satu-satunya yang membolehkan ejen buat quotation dan submission hanya menggunakan telefon pintar. Kompeni lain memerlukan iPad, jadi kos permulaan di sini jauh lebih rendah.

- Boleh dilakukan secara online 100% daripada marketing online hingga ke closing online. Latihan disediakan

- Peluang kenaikan pangkat lebih cepat. Ada pengalaman dalam sales, takaful, atau kewangan? Boleh fast track ke jawatan AM atau GAM dalam masa 6 bulan sahaja.

- Bukan ALC tetapi ejensi 3Tier. Apabila naik pangkat jadi GAM, boleh bina ejensi sendiri tanpa terikat dengan ejensi asal, sebagaimana dalam ALC.

- Insentif tambahan sehingga RM5,000 sebulan untuk ejen baru. Tiada kontrak tambahan diperlukan.

- Trip luar negara mudah capai. Hanya RM50,000 ACE layak ke Taiwan, RM80,000 untuk umrah, dan RM120,000 sahaja untuk ke London. Syarikat lain ada yang letak minimum RM200,000!

- Maintenance kontrak rendah. Hanya 12 kes setahun untuk kekalkan status sebagai ejen.

- Produk best-seller! RM40++ sebulan untuk hibah takaful RM200,000! Mudah untuk "dijual"

Berminat? Klik pautan di bawah sekarang!
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/
πŸ‘‰ https://afyan.com/perunding-takaful-online.html/

Address

Kunak
91200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Prihatin PAS Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share