Parti Generasi Kedah

Parti Generasi Kedah Progresif | Inklusif | Sejahtera
Parlimen Belia Malaysia

Platform anak muda Kedah memperjuangkan idea progresif & kepimpinan generasi baharu.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Meneladani keperibadian Rasulullah SAW adalah kunci pembentukan jiwa belia yang beriman, ber...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Meneladani keperibadian Rasulullah SAW adalah kunci pembentukan jiwa belia yang beriman, berakhlak mulia, dan berdedikasi.

Semoga peringatan Maulidur Rasul ini menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus berkhidmat demi agama, bangsa, dan negara dengan penuh kerendahan hati serta pengorbanan yang tulus.

Mari kita suburkan rasa cinta kepada Nabi dengan memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

📢 PENCARIAN AHLI SEKRETARIAT GENERASI KEDAH KINI DIBUKA! Anak muda Kedah, ini peluang anda untuk terlibat secara langsun...
17/07/2026

📢 PENCARIAN AHLI SEKRETARIAT GENERASI KEDAH KINI DIBUKA!

Anak muda Kedah, ini peluang anda untuk terlibat secara langsung dalam membina masa depan belia.

Kalau anda berumur 18–30 tahun, berminat dengan kepimpinan dan bersedia memberi komitmen, kami mencari anda!

📝 Mohon sekarang:
https://forms.gle/ptvrhet6EHMzPxxM7

Jangan tunggu peluang. Jadilah peluang untuk membawa perubahan.



10/06/2026

Himpunan Rakan Muda MADANI Kedah 2026

Sekitar penglibatan Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah dalam memeriahkan Himpunan Rakan Muda MADANI Kedah 2026 di Sungai Petani.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah ke booth GENERASI dan bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada lebih ramai anak muda untuk terus terlibat dan bergerak bersama.

Generasi Masa Depan Negara.


🔥 HEY ANAK MUDA KEDAH! 🔥Nak hadiah? Nak cabar kawan dalam game? 😎Jom singgah ke Booth Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah...
06/06/2026

🔥 HEY ANAK MUDA KEDAH! 🔥

Nak hadiah? Nak cabar kawan dalam game? 😎

Jom singgah ke Booth Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah sempena Himpunan Rakan Muda MADANI Kedah 2026 pada 7 Jun 2026!

🎮 Mini Game Santai
🎁 Cabutan Bertuah Menarik
📝 Daftar di booth kami untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah

Jangan lepaskan peluang, jumpa kami di sana! ✨

PROGRAM GENERASI BELIA FUN RUN 🏃Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubung...
04/06/2026

PROGRAM GENERASI BELIA FUN RUN 🏃

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan belia.

📍 Tempat Berkumpul: Dataran Alor Setar (Depan Dataran Sungai Raja)
📅 Tarikh: 6 Jun 2026
🕡 Masa: 6:45 pagi – 10:30 pagi
📏 Jarak Larian: 3КМ

Antara aktiviti menarik:
- Fun Run santai 3KM 🏃‍♀️
- ⁠Cabutan bertuah 🎁
- ⁠Sesi networking santai 🤝

Kami mengalu-alukan penyertaan semua untuk sama-sama memeriahkan program ini dengan semangat belia yang sihat dan aktif!

📌 Untuk menyertai, sila isi borang pendaftaran di pautan berikut:
https://forms.gle/mv3MM3RyD4h39Tr57

Sekian, terima kasih.

Generasi Masa Depan Negara

PARTI GENERASI BELIA NEGERI KEDAH




PROGRAM GENERASI BELIA FUN RUN 🏃Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubung...
03/06/2026

PROGRAM GENERASI BELIA FUN RUN 🏃

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan belia.

📍 Tempat Berkumpul: Dataran Alor Setar (Depan Dataran Sungai Raja)
📅 Tarikh: 6 Jun 2026
🕡 Masa: 6:45 pagi – 10:30 pagi
📏 Jarak Larian: 3КМ

Antara aktiviti menarik:
- Fun Run santai 3KM 🏃‍♀️
- ⁠Cabutan bertuah 🎁
- ⁠Sesi networking santai 🤝

Kami mengalu-alukan penyertaan semua untuk sama-sama memeriahkan program ini dengan semangat belia yang sihat dan aktif!

📌 Untuk menyertai, sila isi borang pendaftaran di pautan berikut:
https://forms.gle/mv3MM3RyD4h39Tr57

Sekian, terima kasih.

Generasi Masa Depan Negara

PARTI GENERASI BELIA NEGERI KEDAH




Semalam, Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah telah mengadakan sesi mesyuarat bersemuka bersama barisan kepimpinan baharu ...
01/06/2026

Semalam, Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah telah mengadakan sesi mesyuarat bersemuka bersama barisan kepimpinan baharu sebagai langkah memperkukuh hala tuju dan gerak kerja organisasi.

Dalam sesi tersebut, Pengerusi telah menyampaikan penerangan ringkas mengenai peranan serta fungsi Parlimen Belia Malaysia dan Parti Generasi Rakyat dalam memperkasakan suara serta pembangunan anak muda.

Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform perbincangan bagi merangka pelbagai aktiviti, program dan perancangan strategik yang akan dilaksanakan pada masa akan datang demi manfaat belia serta masyarakat.

Semangat kerjasama, idea-idea segar dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh barisan kepimpinan menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi muda yang lebih progresif, berdaya saing dan berwawasan.




Selamat Menyambut Hari Wesak 2026“Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kep...
01/06/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

“Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama memupuk nilai hormat-menghormati, toleransi serta perpaduan demi membina masyarakat yang harmoni, progresif dan sejahtera.”

Selamat Hari Wesak
31 Mei 2026

Ikhlas daripada
Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah

Progresif | Inklusif | Sejahtera

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai“Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan budaya, tetapi lambang kesyukura...
01/06/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

“Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan budaya, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan serta kekuatan warisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dalam kepelbagaian, kita belajar menghormati, memahami dan membina masa depan bersama sebagai satu keluarga besar negara.”

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada
Parti Generasi Rakyat Negeri Kedah

Address

No. 3 Jln Bukit
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Generasi Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share