04/05/2026
"HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 DISAMBUT OLEH BBP KULIM DENGAN PELBAGAI AKTIVITI"
4hb Mei 2026 - Bertempat di BBP Kulim, telah berlangsung Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 Peringkat BBP Kulim. Program dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negeri Kedah, Lagu Negaraku serta Lagu Siap Sedia Setiap Masa. Ianya disusuli dengan Bacaan Perutusan Khas YAS Ketua Pengarah JBPM oleh PPgB Abdul Mois Bin Ahmad Mansur, Ketua Balai. Ianya diteruskan Simbolik penanaman pokok "50 Tahun, 50 Balai" dan Solat Hajat serta Bacaan Tahlil oleh anggota bertugas.
Program yang seperti ini dijalankan saban tahun pada tarikh keramat buat Anggota Bomba Sedunia bukan hanya mengingati mereka yg telah terkorban, malah ianya juga untuk Generasi Baru untuk meneruskan segala usaha baik sambil menjaga Masyarakat dari Bahaya Kebakaran atau sebarang Bencana.
Jom kita bersama2 memeriahkan lagi Sambutan ini pada 9 dan 10hb Mei 2026 di Plaza Angsana Johor Bahru. Terdapat pelbagai Aktiviti, Pameran Aset2, bertemu dengan Abg dan Kakak Bomba.