Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim

Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

03/06/2026
๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
31/05/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada,
Pegawai Daerah Kulim
Pengurusan & Profesional
dan Seluruh Kakitangan
Pejabat Daerah dan Tanah Kulim




30/05/2026
๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, warga ker...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dengan penuh rasa hormat dan takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Daerah Kulim.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini dapat menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan bersama.

Mudah-mudahan semangat Aidiladha terus menyemarakkan nilai perpaduan, kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.

โ€œPengorbanan yang ikhlas melahirkan masyarakat yang sejahtera dan diberkati.โ€

Ikhlas daripada,
Pegawai Daerah Kulim
Pengurusan & Profesional
dan Seluruh Kakitangan
Pejabat Daerah dan Tanah Kulim





๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐—๐—ง๐—ฃ๐——) ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆPegawai Daer...
21/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› (๐—๐—ง๐—ฃ๐——) ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ

Pegawai Daerah Kulim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Daerah Kulim Bilangan 5 Tahun 2026 yang diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

Turut hadir ialah YB Ahli Parlimen Padang Serai, YB Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YB ADUN Merbau Pulas, YB ADUN Kulim, YB ADUN Lunas serta para Ketua Jabatan dan wakil agensi di peringkat daerah melibatkan MPKK, PBT Hi-Tech Kulim, PDRM, JKR, JPS, JKM, PKD serta agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Daerah Kulim yang lain.

Mesyuarat JTPD ini diadakan secara berkala setiap bulan sebagai platform penyelarasan, pemantauan dan tindakan susulan terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan di Daerah Kulim. Selain memastikan sistem penyampaian pembangunan yang lebih berkesan, mesyuarat ini turut berperanan mempercepatkan pelaksanaan projek, menyelesaikan isu-isu berbangkit serta memastikan setiap pembangunan yang dirancang memberi impak tinggi kepada masyarakat setempat.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ-๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—กPegawai Daerah Ku...
19/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ-๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—œ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—ก

Pegawai Daerah Kulim merangkap Pentadbir Tanah Kulim telah menghadiri Mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah Darul Aman Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Muhamad Arof Darus dan turut dihadiri oleh semua Pentadbir Tanah Daerah serta Penolong Pentadbir Tanah Daerah seluruh Negeri Kedah.

Pelbagai perkara penting telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini, antaranya:
โ€ข Penyeragaman pelaksanaan dasar tanah
โ€ข Pemantauan kutipan hasil tanah
โ€ข Penyelarasan penyelesaian isu perundangan berkaitan Kanun Tanah Negara
โ€ข Mempercepatkan proses kelulusan permohonan tanah

Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan penguatkuasaan serta menambah baik prosedur pentadbiran tanah di peringkat daerah demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan berkesan kepada rakyat.

๐Ÿญ๐Ÿณ/๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ)  Menerima Kunjungan Hormat dan Sesi Melapor diri, daripada Encik Muhammad Hamdi bin Abdullah Zawawi (Ke...
17/05/2026

๐Ÿญ๐Ÿณ/๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ)

Menerima Kunjungan Hormat dan Sesi Melapor diri, daripada Encik Muhammad Hamdi bin Abdullah Zawawi (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan(Pengurusan Tanah),yang baru bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, berkuatkuasa pada 11/5/2026 yang lalu.

Tahniah diucapkan, semoga berjaya dalam menggalas amanah baru di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh Masyarakat Daerah Kulim.

Selamat Bertugas ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ




๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐–๐š๐›๐š๐ค ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ, ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)Pegawai Da...
13/05/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐–๐š๐›๐š๐ค ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ข, ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ, ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ, ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)

Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Wabak Denggi, Peringkat Daerah Kulim, Bilangan 1, Tahun 2026.

Mesyuarat ini bertanggungjawab menyelaras pengurusan, pencegahan dan kawalan penularan wabak denggi secara bersepadu di peringkat Daerah Kulim, yang turut dihadiri oleh Pejabat Kesihatan

Daerah Kulim selaku sekretariat, MPKK, JPN Kulim, SWCORP, Perpaduan Kulim dan Wakil Komuniti Setempat. Salah satu keputusan yang diputuskan pada mesyuarat hari ini adalah untuk memperkasakan komuniti setempat melalui program kesedaran awam dan inisiatif seperti COMBI (Communication for Behavioural Impact) bagi menggalakkan penduduk menjaga kebersihan persekitaran.

Terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat hari ini dan semoga dipermudahkan segala urusan




Address

Jalan Tunku Mohd Asaad
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047029080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim:

Share