12/05/2026
π€πππππππ ππππ ππππππππππ
Selamat Menyambut Hari Jururawat 2026 buat seluruh warga jururawat di Negeri Kedah. Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kesihatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Jururawat bukan sahaja menjadi tulang belakang sistem kesihatan, malah insan yang sentiasa hadir memberi harapan, kekuatan dan semangat kepada pesakit serta keluarga mereka dalam setiap detik mencabar.
Tema Hari Jururawat Antarabangsa 2026 iaitu 'Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives' atau 'Jururawat Kita. Masa Depan Kita. Memperkasakan Jururawat Untuk Menyelamatkan Nyawa' menzahirkan betapa pentingnya peranan jururawat dalam membentuk masa depan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti, selamat dan berdaya tahan.
Dengan kepakaran, kecekapan serta sifat prihatin yang dimiliki, jururawat sentiasa berada di barisan hadapan dalam memberikan rawatan, pendidikan kesihatan dan sokongan emosi kepada masyarakat.
Semoga sambutan ini menjadi simbol penghargaan tertinggi kepada seluruh jururawat di Kedah yang terus berbakti dengan penuh profesionalisme dan keikhlasan. Teruskan melangkah gagah sebagai wira kesihatan yang sentiasa dihormati dan disanjungi.
Terima kasih kerana menjadi nadi kekuatan sistem kesihatan negeri dan negara. Selamat Hari Jururawat 2026...jasa anda sentiasa dihargai dan dikenang. π