PBT Hi-Tech Kulim Kedah

PBT Hi-Tech Kulim Kedah Government Organization Local Authorithy for Kulim Hi-Tech Park area

13/05/2026
11/05/2026
๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฌ๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž7 Mei 2026, KHTP - Kulim Hi-Tech Park (KHTP) hari ini menerima law...
07/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฌ๐—• ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž

7 Mei 2026, KHTP - Kulim Hi-Tech Park (KHTP) hari ini menerima lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi bagi meninjau perkembangan semasa ekosistem industri berteknologi tinggi yang terus berkembang pesat serta menjadi pemacu penting ekonomi negara.

Ketibaan YB Menteri disambut oleh Yang Berbahagia Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK), bersama-sama Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK serta warga kerja KTPC.

Lawatan ini turut diisi dengan sesi pembentangan dan perbincangan strategik berkaitan pembangunan industri berimpak tinggi, pengukuhan pelaburan strategik serta hala tuju masa hadapan KHTP dalam memperkasakan kedudukannya sebagai hab teknologi dan pelaburan utama negara.

KHTP terus memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti serta merancakkan pembangunan ekonomi mampan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara kerajaan, agensi dan pihak industri dalam memperkukuhkan daya saing negara di peringkat global.



๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐€๐‘๐Š๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐“๐€๐’ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‡๐” ๐‰๐€๐‹๐€๐29 April 2026 | KHTP : Pihak Berkuasa Tem...
29/04/2026

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐€๐“๐Š๐”๐€๐’๐€๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐€๐‘๐Š๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐“๐€๐’ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‡๐” ๐‰๐€๐‹๐€๐

29 April 2026 | KHTP : Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) hari ini melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diparkir di atas jalan dan di bahu jalan sekitar kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Tindakan ini diambil berikutan sikap pemilik kenderaan yang ingkar peraturan, sekali gus mengganggu kelancaran trafik, meningkatkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam operasi yang dijalankan hari ini, beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan.

Tindakan penguatkuasaan akan dipergiat dan dilaksanakan secara berterusan di seluruh kawasan pentadbiran mulai hari ini.

Orang ramai diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak meletakkan kenderaan di atas jalan atau di bahu jalan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

PBT TPHTK tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam.



๐๐๐“ ๐‹๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐„๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ค๐š๐ข ๐“๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ซ๐š๐ง26 April 2026 I KHTP : Operasi penyerahan notis peringatan tung...
27/04/2026

๐๐๐“ ๐‹๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐„๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐“๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐š๐ค๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ค๐š๐ข ๐“๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ซ๐š๐ง

26 April 2026 I KHTP : Operasi penyerahan notis peringatan tunggakan cukai taksiran dilaksanakan di beberapa kawasan perumahan iaitu Kulim Utama Fasa 1 & 2 serta Kulim Tecno-City 1, melibatkan sasaran sebanyak 10 buah premis yang telah dikenal pasti untuk tindakan sitaan oleh PBT TPHTK.

Dalam operasi ini, sebanyak 2 notis tunggakan telah berjaya diserahkan secara serahan tangan kepada pemilik premis. Manakala, 8 notis lagi telah ditinggalkan di pagar rumah berikutan premis tidak berpenghuni serta terdapat penghuni yang tidak memberikan kerjasama.

Operasi akan diteruskan secara berperingkat dan tindakan sitaan akan diambil sekiranya tunggakan masih gagal dijelaskan.



Address

Lot 01-02 KHTP Administrative Centre, Kulim Hi-Tech Park
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044032266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBT Hi-Tech Kulim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PBT Hi-Tech Kulim Kedah:

Share