SK Taman Selasih, Kulim, Kedah.

SK Taman Selasih, Kulim, Kedah. Page ini diwujudkan bagi membolehkan semua warga, bekas warga SKTS dan komuniti sentiasa mendapat info tentang aktiviti/progam/maklumat terkini sekolah..

TAHNIAH & SYABAS! Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Selasih yang telah berja...
21/05/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Taman Selasih yang telah berjaya menyertai pertandingan MY Robotic Challenge (MYRC) 2026.

Penyertaan ini membuktikan bahawa murid-murid SK Taman Selasih mampu melangkah jauh dalam bidang STEM serta teknologi inovatif. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berani mencuba dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Teruskan Usaha, Teruskan Cemerlang!”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌷Selamat menduduki Pentaksiran 1 / UPSA Sesi 2026 kepada seluruh murid Sekolah Keban...
18/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌷

Selamat menduduki Pentaksiran 1 / UPSA Sesi 2026 kepada seluruh murid Sekolah Kebangsaan Taman Selasih 📚✨

Semoga diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Yakin pada diri, usaha bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa 💪🏻🌟

📅 18 Mei 2026 – 21 Mei 2026

Ikhlas daripada
Unit Bimbingan & Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Taman Selasih 💙

SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIK SKTS “GURU BITARA NADI NEGARA”Jadilah guru dari pelbagai sudut, pendidik dari pel...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIK SKTS

“GURU BITARA NADI NEGARA”

Jadilah guru dari pelbagai sudut, pendidik dari pelbagai aras, selamilah jiwa setiap anak didik, kerana disana ada cinta yg mungkin kita tak sangka menjadi penyelamat dimasa akan datang.

Teruslah mendidik generasi pewaris negara

_Ayat oleh Cikgu Shanisah_
_Poster kedua credit to BEKASIH_

🌱 Tahniah & Terima Kasih Warga SKTS! 🌱Syabas kepada semua murid dan ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan program ...
10/05/2026

🌱 Tahniah & Terima Kasih Warga SKTS! 🌱

Syabas kepada semua murid dan ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan program kutipan bahan kitar semula di SK Taman Selasih. 👏♻️

Tahniah kepada kelas-kelas yang telah mengambil bahagian dan berjaya mengumpul botol PET serta bahan kitar semula dengan cemerlang.

Kepada kelas yang belum menghantar atau masih ingin menambah kutipan, peluang masih terbuka! Ranking semasa boleh berubah pada bila-bila masa. Teruskan usaha dan semangat bekerjasama demi menjadikan SKTS lebih bersih, hijau dan lestari. 💪🌿

📌 Jangan lupa:
✅ Bilas dan bersihkan bahan kitar semula sebelum dihantar
✅ Asingkan botol PET dan tin dengan baik
✅ Ajak ahli keluarga turut sama menyumbang

21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 🌙🕌

Selamat Hari Aidilfitri buat semua warga selasih 🕌🌙. Selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan gembira
17/03/2026

Selamat Hari Aidilfitri buat semua warga selasih 🕌🌙. Selamat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan gembira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..رمضان كريمProgram : 'Quran Hour'Tarikh: 11 Mac 2026Masa: 11.30-1.00pmSasaran: Murid...
11/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
رمضان كريم
Program : 'Quran Hour'
Tarikh: 11 Mac 2026
Masa: 11.30-1.00pm
Sasaran: Murid Muslim Tahun 1-6 dan warga SKTS

Bacaan Al Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Nawal.

11 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-QuranAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadaka...
11/03/2026

11 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai salah satu pengisian program kerohanian sepanjang bulan Ramadan.

Majlis ini diadakan bagi menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga sekolah serta menggalakkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga majlis ini memberi keberkatan dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran. 🤲✨

10 Mac 2026 - Tazkirah bertajuk “Nuzul Qur'an: Detik Perubahan (Hadis 40 Imam Nawawi)” Assalamualaikum dan Salam Sejahte...
11/03/2026

10 Mac 2026 - Tazkirah bertajuk “Nuzul Qur'an: Detik Perubahan (Hadis 40 Imam Nawawi)”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tazkirah bertajuk “Nuzul Qur'an: Detik Perubahan (Hadis 40 Imam Nawawi)” telah disampaikan oleh Sheikh Muhammad Amin Fadzil kepada para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.

Semoga tazkirah ini memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memperbaiki diri. 🤲✨

5 Mac 2026 - Tazkirah Ringkas Sempena Nuzul Al-QuranAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sekolah Kebangsaan Taman Selasih...
11/03/2026

5 Mac 2026 - Tazkirah Ringkas Sempena Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadakan tazkirah ringkas sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Nawal bin Nadzri pada 5 Mac 2026 yang lalu.

Tazkirah ini bertujuan memberi peringatan kepada warga sekolah tentang kepentingan menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. Murid-murid turut diingatkan agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta membentuk akhlak yang baik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan meningkatkan kecintaan kita terhadap Al-Quran. 🤲✨

Address

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044952868

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Selasih, Kulim, Kedah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Taman Selasih, Kulim, Kedah.:

Share