10/04/2026
“Kekalkan Senyuman Sihat Sepanjang Hayat”
KEMPEN 6020:
Pada tahun 2000, World Health Organization (WHO), dengan kerjasama FDI World Dental Federation, telah menetapkan matlamat global untuk kesihatan mulut di mana seseorang individu perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi sepanjang hayat mereka.
Bilangan 20 batang gigi ini dipilih kerana ia dianggap BILANGAN GIGI YANG MENCUKUPI UNTUK MEMBOLEHKAN MULUT BERFUNGSI DENGAN BAIK untuk mengunyah dengan sempurna, bercakap dan mengekalkan penampilan estetik.
Bayangkan, jika tiada gigi, macam mana nak mengunyah makanan? Oleh itu, betapa pentingnya penjagaan kesihatan pergigian diamalkan dari setiap peringkat umur agar gigi asli dapat dikekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi menjelang usia emas.
1) Kebolehan mengunyah dengan berkesan dapat mengekalkan sistem pencernaan yang baik.
2)Selain itu, gigi juga berperanan dalam membolehkan kita bertutur dengan jelas. Bayangkan jika tiada gigi depan, ada beberapa perkataan yang tidak dapat disebut dengan jelas.
3) Tambahan lagi, tidak dapat dinafikan senyuman akan menjadi lebih menawan dengan adanya semua gigi hadapan yang sihat. Senyuman lebih menawan, keyakinan akan turut meningkat.
Pesanan kepada semua, kekalkan gigi asli dengan
1. Anda haruslah menjaga kesihatan gigi dengan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari,
3. Amalkan pemakanan yang sihat,
4. Anda perlu menjalankan pemeriksaan pergigian secara berkala (setahun sekali) dan
5. pemeriksaan mulut kendiri di rumah bagi mengesan tanda-tanda tidak normal pada tisu mulut.