21/05/2026
PROGRAM RAIL INTO JOHOR 2026๐
๐
20 Mei 2026
๐ Kulai
Tourism Malaysia telah menganjurkan Program Rail Into Johor 2026 melibatkan perjalanan dari KL Sentral ke Kulai dengan menaiki perkhidmatan KTM Berhad bersama para pengaruh media sosial dan rakan media terpilih.
Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif promosi pelancongan negeri Johor bersempena Tahun Melawat Johor 2026 dalam memperkukuh keterhubungan pelancongan melalui pengangkutan rel serta memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan menarik di negeri Johor.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menikmati pengalaman perjalanan rel sambil meneroka keunikan budaya, warisan, gastronomi dan tarikan pelancongan tempatan di Daerah Kulai. Program ini turut memberi ruang kepada pengaruh media sosial untuk berkongsi pengalaman mereka secara langsung menerusi platform digital masing-masing dalam usaha memperluaskan capaian promosi pelancongan Johor kepada masyarakat umum.
Melalui pendekatan promosi secara digital dan pengalaman langsung, program ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran serta minat pelancong domestik dan antarabangsa untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan utama pelancongan menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik serta peserta yang terlibat dalam menjayakan Program Rail Into Johor 2026.
"๐ฒ๐ผ๐ณ๐จ๐ฐ ๐ฒ๐ฌ๐บ๐จ๐๐จ๐ต๐ฎ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฐ๐ป๐จ"