Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai

Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai Perkongsian maklumat perihal keselamatan kebakaran dan aktiviti

BERITA KEMATIAN PEGAWAI BOMBAاِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْناَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاع...
29/05/2026

BERITA KEMATIAN PEGAWAI BOMBA
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
DUKACITA dimaklumkan bahawa Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) MOHD RAZALI BIN KASSMEN yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, JBPM Negeri Johor telah disahkan meninggal dunia pada jam 2.00 petang, 29 Mei 2026 (Jumaat) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.

Jenazah Allahyarham kini masih berada di hospital. Segala maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
𝙔𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙔𝙖 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣𝙠𝙪 𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙢𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙖, 𝙢𝙪𝙡𝙞𝙖𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙢𝙖𝙩𝙞𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, 𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙗𝙪𝙧𝙣𝙮𝙖, 𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙜𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙝𝙡𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖𝙣𝙮𝙖, 𝙨𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙧𝙬𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜-𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖𝙣...
آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙩𝙞𝙝𝙖𝙝...



Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berprestasi tinggi, Cepat & Mesra.PERL...
04/05/2026

Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berprestasi tinggi, Cepat & Mesra.

PERLAKSANAAN PENGISIAN PROGRAM SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA TAHUN 2026

4 Mei 2026 : Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai telah melaksanakan Bacaan Perutusan Khas Ketua Pengarah, Upacara Menaikkan Bendera, Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa bagi pegisian Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini.

"SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA "
"BOMBA TONGGAK PENYELAMAT NEGARA "

Sekian , Terima kasih.




04/05/2026

Selamat Hari Bomba kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor & Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terima kasih atas keberanian, pengorbanan dan komitmen tanpa henti dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat. Anda semua adalah wira negara.

Semoga terus dilindungi dalam setiap tugasan.

04/05/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).



04/05/2026

JOM MERIAHKAN KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA TAHUN 2026

Sambutan Hari Anggota Bomba 2026 kini kembali dengan Family Safety Day & Fun Games yang penuh aksi dan ilmu!

📅 9 – 10 Mei 2026
📍 Padang Akasia (A), Angsana Johor Bahru Mall

👨‍🚒 Aktiviti menarik menanti anda:
✅ Demo & pengalaman jadi bomba
✅ Permainan keselamatan untuk kanak-kanak
✅ Kuiz & hadiah menarik
✅ Pameran & pertolongan cemas

👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk seisi keluarga!
Datang, belajar dan rasai sendiri pengalaman bersama wira negara!

👉 Jom bawa keluarga – Belajar, Bermain & Kekal Selamat!



KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

04/05/2026

4 Mei bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar, tetapi merupakan simbol penghormatan dan pengiktirafan kepada seluruh anggota bomba yang sentiasa teguh berada di barisan hadapan dalam menghadapi saat-saat genting demi menyelamatkan nyawa, harta benda serta kesejahteraan masyarakat.

Di sebalik uniform kebanggaan ini, tersimpan semangat juang, keberanian dan keikhlasan yang tinggi, sanggup menggadaikan nyawa, meninggalkan keluarga serta meredah pelbagai risiko demi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga bomba di seluruh negara.

Teruskan berbakti dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi, selaras dengan aspirasi kita sebagai “Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”.

04/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 👩🏽‍🚒🚒❤️

📢 Panggilan penting untuk seluruh rakyat Johor! Anda semua dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan wira-wira kita!

🔥 KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026 🔥

Datanglah beramai-ramai membawa keluarga dan rakan-rakan ke:

📍 Tempat: Angsana Johor Bahru Mall
🗓 Tarikh: 8,9 & 10 Mei 2026 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Kenapa anda WAJIB datang? 🤔

✨ PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA: ✨
pameran kelengkapan kebombaan modern, pameran jentera, persembahan khas, demonstrasi menyelamat, pertandingan untuk kanak-kanak, dan bermacam-macam lagi aktiviti seru! 😮

🎁 HADIAH MENARIK UNTUK DIMENANGI! 🎁
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai kuiz dan pertandingan yang disediakan. Mana tahu anda bertuah dan bawa pulang hadiah best! 🎉

Sambil berhibur, marilah kita bersama-sama memberikan penghargaan dan sokongan padu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Johor, atas jasa dan pengorbanan mereka sebagai tonggak keselamatan negara. 💪🚒🇲🇾

SAVE THE DATE! Tandakan kalendar anda sekarang dan jumpa kami di sana! 👋



KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

23/04/2026
Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berprestasi tinggi, Cepat & Mesra. ✨ P...
01/01/2026

Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berprestasi tinggi, Cepat & Mesra.

✨ PERLAKSANAAN SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT JUBLI EMAS 50 TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA✨

Anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai telah melaksanakan Solat Hajat, Bacaan Yassin & Doa Selamat bagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT serta memohon keberkatan, perlindungan dan kesejahteraan berterusan.

Semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT. InshaAllah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Address

Jalan Putra 1
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Kulai:

Share

Category