Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kulai

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kulai VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Lt.M (PA) Tengku Muhammad Fikri Bin Tengku Shahriman atas perlantikan sebaga...
08/05/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Lt.M (PA) Tengku Muhammad Fikri Bin Tengku Shahriman atas perlantikan sebagai Pembantu Pertahanan Awam Daerah Kulai berkuat kuasa 01 Mei 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berkhidmat demi masyarakat serta organisasi. Selamat maju jaya dalam menjalankan tugas dan terus cemerlang bersama APM Daerah Kulai. 💙🧡

04/05/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih
kepada
Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi,
Menteri Besar Johor

atas keprihatinan dan sumbangan bantuan tunai one-off berjumlah RM200.00 kepada anggota sukarelawan tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor.

Sesungguhnya sumbangan ini amat bermakna dalam menghargai jasa serta komitmen para anggota yang sentiasa bersedia berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Semoga segala usaha murni ini diberkati dan terus memperkukuh semangat kesukarelawanan serta kesiapsiagaan dalam kalangan warga APM.

Ikhlas daripada:
YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar
dan
Seluruh Warga Kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor

©️ Media APM Johor












APM KULAI - 29 APRIL 2026 (RABU)  𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 (𝐌𝐏𝐊𝐮)Kursus Pengurusan B...
29/04/2026

APM KULAI - 29 APRIL 2026 (RABU)

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 (𝐌𝐏𝐊𝐮)

Kursus Pengurusan Bencana peringkat MPKu telah diadakan pada 28 dan 29 April 2026 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Kulai. Kursus ini telah disertai seramai 60 orang peserta dalam kalangan kakitangan MPKu dan juga merupakan Ahli Southern Volunteer Daerah Kulai.
Tujuan utama kursus ini diadakan bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menghadapi situasi kecemasan serta bencana.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian termasuk taklimat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Modul latihan APM merangkumi pengenalan serta mekanisme pengurusan bencana, kemahiran CPR dan Choking serta teknik balutan kepatahan dan kaedah-kaedah menyelamat.

Perkongsian silibus ini adalah selaras dengan keperluan bagi membentuk sukarelawan yang bukan sahaja peka terhadap risiko bencana, malah berupaya bertindak pantas, sistematik dan berkesan dalam situasi kritikal.

Diharapkan program ini dapat melahirkan barisan sukarelawan yang lebih kompeten, berdaya tahan serta bersedia berkhidmat demi kesejahteraan awam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada MPku atas jemputan penglibatan semasa kursus ini berlangsung.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Majlis Perbandaran Kulai

©️ 2026 Unit PRO APM Daerah Kulai



26/04/2026

LATIHAN ORANG AWAM
📍 SMK Bandar Tenggara

Latihan Orang Awam telah dilaksanakan di SMK Bandar Tenggara dengan penglibatan seramai 800 orang pelajar.

Kekuatan anggota yang terlibat adalah seramai:
01 x Pegawai
03 x Anggota LLP

Latihan ini dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulai bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan tindakan kecemasan.

🔔 RALAT MAKLUMAN 🔔  Dimaklumkan bahawa tarikh program pengambilan *APM Daerah Kulai telah DIPINDA daripada hebahan terda...
24/04/2026

🔔 RALAT MAKLUMAN 🔔

Dimaklumkan bahawa tarikh program pengambilan *APM Daerah Kulai telah DIPINDA daripada hebahan terdahulu*.

📅 *Tarikh baharu: 09 & 10 Mei 2026*
⏰ *Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang*
📍 *Lokasi: PTD 73972, Taman Permata, 81000 Kulai, Johor*

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kami menghargai kefahaman serta kerjasama anda.

💙🧡 Mari sertai kami dan jadi sebahagian daripada warga APM!

APM Kulai berbesar hati menerima jemputan sebagai pempamer sempena QFES (Festival Keselamatan Makanan, Kualiti & Halal) ...
23/04/2026

APM Kulai berbesar hati menerima jemputan sebagai pempamer sempena QFES (Festival Keselamatan Makanan, Kualiti & Halal) anjuran Hershey Malaysia.

Penyertaan ini memberi peluang kepada APM Kulai untuk berkongsi peranan, kepakaran serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan perlindungan awam kepada warga kerja dan pengunjung.

Semoga penglibatan ini dapat memberi manfaat serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam usaha membudayakan keselamatan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. 🤝















23/04/2026
15/04/2026

Address

Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kulai:

Share