01/06/2026
Maju Johor
Syukur Alhamdulillah, sempena ulang tahun Barisan Nasional yang ke-52, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan, parti-parti komponen, jentera dan ahli Barisan Nasional di semua peringkat atas semangat setiakawan, muafakat dan pengorbanan yang terus menjadi kekuatan perjuangan ini.
Selama lebih lima dekad, Barisan Nasional telah melalui pelbagai cabaran, jatuh bangun dan perubahan zaman. Namun, kekuatan sebenar BN terletak pada semangat muafakat, kesederhanaan dan keupayaan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Saya percaya kekuatan BN terletak pada kemampuan kita untuk terus mendengar, menyantuni dan bekerja untuk rakyat. Semoga Barisan Nasional terus menjadi wadah kestabilan, kemajuan dan harapan demi masa depan Johor yang lebih maju dan makmur. Insya-Allah.
Selamat ulang tahun ke-52 Barisan Nasional!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah