Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat PPD KUDAT MENJUARAI PERUBAHAN, KUDAT JUARA OBJEKTIF

1. Menjana pengurusan dan kepimpinan terbaik pendidikan di
Daerah Kudat
2.

Menjana pengurusan terbaik dan mempertingkatkan prestasi
akademik dalam semua peperiksaan awam di Daerah Kudat
3. Menjana pengurusan Kokurikulum Daerah Kudat
4. Menjana pengurusan sektor kemanusiaan dengan berkesan
5. Menyelaras urusan pembangunan dan penyelanggaraan
fizikal sekolah-sekolah Daerah Kudat
6. Menjana pengurusan peperiksaan Awam dalam Daerah Kudat
dengan berkesan
7. Menjana pengurusan pendidikan dengan berkesan
8. Menjana Pengurusan ICT daerah dengan berkesan
9. Mengurus kewangan kerajaan dengan telus, berhemah dan amanah.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke - 69
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke - 69

24/08/2026
18/08/2026

Siri Pencapaian KPM 2023–2026 | Siri 9: Keselamatan Murid Terus Menjadi Keutamaan

Keselamatan murid terus menjadi keutamaan KPM melalui pelbagai inisiatif bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan sejahtera.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara”







*MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT BAGI TAHUN 2026*18 ogos 2026 - Berla...
18/08/2026

*MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT BAGI TAHUN 2026*

18 ogos 2026 - Berlangsung pelancaran Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Kudat dirasmikan oleh Encik Awang Daramat bin Haji Awang Mattiasin, Pegawai Pendidikan Daerah Kudat diiringi barisan Timbalan PPD, barisan Ketua Sektor dan seluruh warga staf PPD Kudat. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah "Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati "


Program Jangkauan Komuniti: Sinergi Pengurusan Kualiti dan Inovasi Digital di Pulau Banggi Sabah 12 Ogos 2026 - Bahagian...
16/08/2026

Program Jangkauan Komuniti: Sinergi Pengurusan Kualiti dan Inovasi Digital di Pulau Banggi Sabah

12 Ogos 2026 - Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP ) Kementerian Pendidikan telah melaksankan program ini rentetan lawatan Perdana Menteri ke Pulau Banggi baru-baru ini. Program yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMK Banggi, SK Karakit dan SK Loktohog ini menggabungkan 2 aktiviti utama iaitu SLU bersama murid dan guru serta penyerahan sumbangan berupa Smart Tv 65 inci, Tablet guru dan Beg Sekolah . Majlis turut disantuni oleh Puan Hajah Aniza binti Kamarulzaman, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan bersama rombongan, diiringi oleh Pegawai JPN Sabah dan PPD Kudat. Program yang berlangsung selama 3 hari ini bermula 12 hb hingga 14 hb Ogos ini juga melibatkan 45 orang pelajar asrama SMK Banggi dalam pengisian slot DELIMa di sebelah petang. Semoga memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Terima kasih BSTP KPM.

Tahniah Tuan Haji . Semoga pendidikan di Sabah terus cemerlang dibawah pimpinan Tuan Haji.
14/08/2026

Tahniah Tuan Haji . Semoga pendidikan di Sabah terus cemerlang dibawah pimpinan Tuan Haji.

MAJLIS PERKONGSIAN INSPIRASI UNGGUL BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR PEJABAT PERINGKAT DAERAH KUDAT TAHUN 2026.10 Ogos 20...
13/08/2026

MAJLIS PERKONGSIAN INSPIRASI UNGGUL BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR PEJABAT PERINGKAT DAERAH KUDAT TAHUN 2026.

10 Ogos 2026 - Yang Berbahagia Datuk Haji Raisin bin Saidin, Rakan Strategik PPD Kudat merangkap Mantan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, menghadiri majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga pendidik daerah Kudat. Amanat yang disampaikan sangat memberi inspirasi, semangat dan kesan mendalam kepada warga PPD Kudat. Majlis ini juga turut dihadiri oleh barisan Pengetua dan Guru Besar, selain Focal Person PPD Kudat Encik Jamlie Suntang.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk kerana menyantuni kami di sini. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang unggul dalam hari-hari mendatang.

06/08/2026

πŸ† TAHNIAH WARGA SMK BANGGI! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Banggi atas kejayaan merangkul JOHAN dalam Pertandingan Saintis Muda sempena Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2026.

Guru Pembimbing:
πŸ‘©β€πŸ« Cikgu Norsila Binti Samsudin

Peserta:
πŸ‘© Rasma binti Mohd Ali – 4 Bestari
πŸ‘© Artisya binti Abdullah – 3 Amanah

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid dengan bimbingan guru pembimbing serta sokongan padu daripada pihak sekolah dan semua yang terlibat.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Banggi untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan STEM.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan demi mengharumkan nama SMK Banggi di persada yang lebih tinggi. πŸ’™πŸ’›

Address

Kudat
89058

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088622636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Kudat:

Shortcuts

Share