24/07/2025
PARTI ATAS PAGAR? CERMIN DULU DIRI TU, BOSKU‼️
Pengundi atas pagar tu biasa — memang ada masa rakyat keliru, banyak janji, tapi tak nampak siapa boleh pegang. Tapi bila ada yang mula melabel "parti atas pagar", kononnya tak berprinsip dan sesat ideologi, kami nasihat satu je: jangan sembang pasal prinsip kalau parti kamu sendiri bertapuk bawah ketiak GRS & PH.
Parti kami dikata “king maker”? Hah, yang kamu tu? Tiap kali pilihan raya, sibuk berkira-kira siapa mahu dipeluk, siapa mahu dibakul sampahkan — itu bukan "king maker" tapi “deal maker” untuk projek dan jawatan. Bezanya, kami bersama rakyat. Kamu p**a, bersama kuasa yang kamu pernah maki.
Ajaran sesat? Jangan melawak, bro. Siapa yang tiba-tiba berubah aqidah politik bila ditawarkan jawatan? Siapa yang sebelum ni angkat poster “tolak rasuah, lawan kartel”, sekarang senyum sebelah menteri yang dulu kamu panggil pengkhianat?
Cakap orang tak ada prinsip, tapi kamu sanggup tinggal perjuangan asal demi jadi penyambung hayat kerajaan campuran paling keliru dalam sejarah Sabah. Kalau bukan hipokrit, nak panggil apa?
RAKYAT BUKAN BODOH
Jangan ingat rakyat tak nampak. Mereka tahu siapa yang konsisten lawan sistem yang zalim, dan siapa yang menangguk di air keruh untuk dapat habuan politik. Kamu boleh cipta 1000 video propaganda, tapi fakta tetap fakta:
Parti kamu duduk diam bila bos kena dakwa kes rasuah.
Parti kamu jadi “yes man” walau tahu polisi tak memihak kepada rakyat.
Parti kamu bising bila tak dapat peruntukan, senyap bila dapat projek.
Dan kamu panggil orang lain sesat? Maaf cakap, kamu sebenarnya lebih sesat sebab tahu kamu salah, tapi tetap teruskan sebab sedap duduk di kerusi empuk kuasa.
Sebelum kamu nak cap orang lain sebagai “parti atas pagar”, elok kamu buka sejarah parti kamu sendiri. Berapa kali lompat? Berapa kali tukar prinsip? Berapa kali kena kencing dengan kawan sendiri?
Cermin dulu, bosku. Jangan sibuk dengan persepsi, tapi kosong dari segi prestasi.
Dan satu lagi… kalau nak sembang pasal king maker, pastikan kamu bukan cuma penjilat kepada “king yang ada kuasa.” Kadang-kadang diam itu emas, tapi kalau dah melampau sangat fitnahnya, kami pun boleh buka gelanggang.