Wanita PGRS Kudat

Wanita PGRS Kudat Gerak kerja dan kesiapsiagaan AJK Wanita PGRS N4 Tg Kapor Kudat.

Jangan sebarkan berita PALSU ๐Ÿ˜Ž
17/08/2026

Jangan sebarkan berita PALSU ๐Ÿ˜Ž

๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐†๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐๐š๐Ÿ๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ ๐”๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ซ

Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menafikan dakwaan kononnya terdapat 20 usul daripada bahagian-bahagian parti yang mendesak Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda, supaya berundur daripada jawatannya.

Dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kepimpinan Wanita Gagasan Rakyat.
Wanita Gagasan Rakyat juga difahamkan bahawa poster yang sedang disebarkan dengan menggunakan logo Sabah Info adalah palsu dan bukan bahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya kandungan yang boleh menimbulkan kekeliruan serta mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap organisasi dan kepimpinannya.

Hakikatnya, Wanita Gagasan Rakyat masih memerlukan kepimpinan Datuk Redonah Bahanda untuk meneruskan usaha memperkukuh organisasi, menjaga kesatuan dalam kalangan ahli serta melaksanakan agenda memperkasa wanita di peringkat akar umbi.

Perbezaan pandangan dalam mana-mana organisasi adalah perkara biasa, namun ia tidak sewajarnya dijadikan asas untuk mereka-reka cerita atau mewujudkan gambaran seolah-olah berlaku desakan besar-besaran terhadap kepimpinan.

Wanita Gagasan Rakyat kekal memberi tumpuan kepada perpaduan, kestabilan organisasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya polemik yang bersandarkan maklumat tidak sahih.





21/07/2026

Our YB ๐Ÿซฐ๐Ÿผ

03/07/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐†๐€๐๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐€๐๐€๐‡ (๐†๐‘๐’)
๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐Š๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐’๐€๐๐€๐‡, ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐€๐”๐“๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ˆ๐Œ๐ˆ๐†๐‘๐„๐’๐„๐, ๐“๐Ž๐‹๐€๐Š ๐…๐ˆ๐“๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐๐„๐๐‚๐ˆ๐€๐

Sabah adalah rumah kita. Kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi?

Atas semangat ini, Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus mempertahankan keamanan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negeri ini sejak sekian lama.

Sabah dibina atas semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Nilai ini bukan sekadar warisan, tetapi asas kepada kestabilan dan kemajuan negeri. Justeru, sebarang cubaan menyemai kebencian, menyebarkan fitnah, mengapi-apikan sentimen kaum atau agama serta mencetuskan provokasi politik yang boleh memecah-belahkan rakyat mesti ditolak tanpa kompromi.

Sabah sentiasa mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang datang dengan niat baik sama ada untuk bekerja, melabur, berniaga atau berkunjung. Namun, setiap individu yang berada di Sabah wajib menghormati undang-undang, adat resam, budaya serta nilai kehidupan masyarakat negeri ini.

Sabah tidak akan menjadi tempat untuk menyemai budaya kebencian, fahaman ekstrem atau apa-apa tindakan yang mengancam keamanan dan keharmonian rakyatnya.

๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—”๐˜‚๐˜๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—œ๐—บ๐—ถ๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต

Wanita GRS menggesa semua pihak menghormati kuasa autonomi imigresen Sabah yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan merupakan antara syarat asas pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kuasa autonomi imigresen Sabah diperkukuhkan melalui Bahagian VII Akta Imigresen 1959/63, khususnya Seksyen 64 hingga Seksyen 72, yang memperuntukkan kawalan khas imigresen bagi Sabah dan Sarawak, termasuk kuasa berkaitan kemasukan ke negeri masing-masing serta peranan Pengarah Imigresen dan Pihak Berkuasa Negeri serta diperakui oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah lwn Sugumar Balakrishnan (2002).

Sehubungan itu, Wanita GRS menghormati keputusan Kerajaan Negeri berhubung sekatan kemasukan Pengarah Eksekutif Bersih, Asraf Sarafi, yang dibuat menurut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kerajaan Negeri juga tidak berkewajipan mendedahkan alasan bagi setiap keputusan imigresen yang dibuat.

Sebarang cubaan mempersoalkan, memperlekeh atau mempolitikkan kuasa autonomi imigresen Sabah tanpa asas undang-undang adalah tidak bertanggungjawab dan hanya mengelirukan rakyat.

๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ, ๐—ง๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—™๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต

Wanita GRS mengiktiraf hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman sebagaimana dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun, hak tersebut hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dan tertakluk kepada undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Demokrasi tidak pernah memberi lesen kepada sesiapa untuk menghina, memfitnah atau membuat tuduhan tanpa bukti.

Wanita GRS mengecam sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak, termasuk aktivis belia dan mahasiswa, yang mengeluarkan kenyataan atau hantaran media sosial berunsur fitnah serta tuduhan tidak berasas terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mahupun institusi kerajaan negeri.

Prinsip keadilan menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dianggap bersalah hanya berdasarkan tuduhan, persepsi atau kempen media sosial. Seseorang hanya boleh disabitkan bersalah melalui proses perundangan dan keputusan mahkamah yang berbidang kuasa.

Wanita GRS menolak budaya "mahkamah media sosial" yang menjatuhkan hukuman tanpa bukti dan tanpa proses keadilan.

๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ

Wanita GRS menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, terus komited memperkukuh integriti, tadbir urus dan ketelusan pentadbiran melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti OACP, PIPANS, GIA, BIGoNS serta kerjasama erat dengan SPRM.

Justeru, sebarang tuduhan tanpa bukti terhadap kepimpinan negeri bukan sahaja tidak berasas, malah bercanggah dengan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต

Wanita GRS menyeru seluruh rakyat agar terus menjunjung Rukun Negara, menghormati Perlembagaan Persekutuan serta menghayati semangat MA63 sebagai asas pembentukan Malaysia.

Kami juga menyeru rakyat Sabah supaya menolak tanpa kompromi segala bentuk provokasi, fitnah, penyebaran berita palsu, hasutan serta permainan sentimen kaum dan agama yang hanya mengundang perpecahan.

Kepelbagaian adalah kekuatan Sabah, bukannya alasan untuk berpecah.

Marilah kita bersama mempertahankan keamanan, keharmonian dan perpaduan negeri ini. Menjaga Sabah bukan sekadar tanggungjawab kerajaan, tetapi amanah seluruh rakyat.

Sabah adalah rumah kita. Rumah ini tidak akan kita biarkan dirosakkan oleh fitnah, kebencian atau politik yang memecah-belahkan rakyat.

๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐‰๐€๐†๐€.

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐ฆ๐š ๐‡๐š๐ฃ๐š๐ก ๐€๐ณ๐ข๐ณ๐š๐ก ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐ƒ๐ฎ๐ง
๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐†๐š๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐†๐‘๐’)
๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

14/06/2026
08/06/2026

{KUDAT BERTADARUS}

YB Datuk Ben Chong, ADUN N4 Tanjong Kapor mempelawa penduduk Kudat terutama belia-belia yang beragama Islam untuk turut sama mengimarahkan Masjid As-Syakirin Kudat pada subuh ini sempena Jelajah Aspirasi YB Datuk Dr Ariffin Arif, Menteri KKTP Negeri Sabah ke Daerah Kudat. Turut hadir YB Datuk Fairuz Rendan, Pembantu Menteri KKTP 1 juga sahabat baik YB Datuk Ben Chong.

JOM!!!

-admin-
9 JUN 2026

08/06/2026

Jom kita mengimarahkan solat subuh macam Jumaat di Masjid As-Syakirin, Kudat ๐Ÿซฐ๐Ÿผ

10/05/2026
Sekitar jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Gumpa, telah berlangsung Program Agihan Bantuan Bakul makanan & ...
26/04/2026

Sekitar jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Gumpa, telah berlangsung Program Agihan Bantuan Bakul makanan & pakaian kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Gumpa.

Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Wanita PGRS Bahagian N4 Tg Kapor, Puan Norlizah Dtk Hj Gurahman dan ahli jawatankuasa Wanita Bahagian N4 Tg Kapor. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan misi bantuan ini.





SabahMajuJaya

Address

Kudat
89058

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita PGRS Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita PGRS Kudat:

Shortcuts

Share