POLIS Daerah Kudat

POLIS Daerah Kudat Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat

PROGRAM ZIARAH KASIH IPD KUDAT SANTUNI ANAK-ANAK YATIM BAITUL HIDAYAH SEMPENA MAULIDUR RASULKudat, 25 Ogos 2026 – Ibu Pe...
26/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH IPD KUDAT SANTUNI ANAK-ANAK YATIM BAITUL HIDAYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

Kudat, 25 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat telah menganjurkan Program Ziarah Kasih ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Kudat sempena memperingati Maulidur Rasul 1448H/2026M.

Dalam program ini, pihak polis menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan bagi membantu meringankan beban pengurusan asrama serta menceriakan anak-anak di sana.

Inisiatif kebajikan ini mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam warga IPD Kudat. Sifat empati dan keprihatinan yang ditunjukkan bukan sahaja menyemarakkan amalan bersedekah mengikut sunnah Rasulullah SAW, malah membuktikan bahawa polis sentiasa peka terhadap kesejahteraan golongan yang memerlukan.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







KETUA POLIS DAERAH KUDAT MENGHADIRI MAJLIS TITIAN ASPIRASI PERPADUAN SABAH PERINGKAT DAERAH KUDATKudat, 25 Ogos 2026 – K...
26/08/2026

KETUA POLIS DAERAH KUDAT MENGHADIRI MAJLIS TITIAN ASPIRASI PERPADUAN SABAH PERINGKAT DAERAH KUDAT

Kudat, 25 Ogos 2026 – Ketua Polis Daerah Kudat, YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim, telah menghadiri Majlis Titian Aspirasi Perpaduan Sabah Peringkat Daerah Kudat yang berlangsung di Mini Dewan Hotel Mozart, Kudat.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rina binti Ab Harun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, selaku perasmi majlis.

Majlis ini turut menghimpunkan Pengerusi-Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kudat, guru dan penolong guru TABIKA Perpaduan Daerah Kudat, serta Ahli Jawatankuasa KRT Daerah Kudat, sekali gus menjadi platform dalam memperkukuh jalinan kerjasama, memupuk semangat perpaduan dan mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







🚨 SEMAK MULE PDRM β€” SEMAK DAHULU, ELAK JADI MANGSA! 🚨Dalam era digital, jenayah penipuan semakin licik dan menyasarkan s...
20/08/2026

🚨 SEMAK MULE PDRM β€” SEMAK DAHULU, ELAK JADI MANGSA! 🚨

Dalam era digital, jenayah penipuan semakin licik dan menyasarkan sesiapa sahaja. Sebelum membuat sebarang transaksi, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu melalui SEMAK MULE PDRM.

πŸ”Ž APA YANG BOLEH DISEMAK?
πŸ“± No. Telefon
🏦 No. Akaun Bank
🏒 Nama Syarikat

🌐 Layari portal rasmi:
https://semakmule.rmp.gov.my/

⚠️ HATI-HATI KETIKA MEMBUAT PELABURAN!

Jangan mudah terpedaya dengan:
❌ Janji keuntungan tinggi dalam masa singkat
❌ Tawaran pelaburan terlalu menarik
❌ Desakan membuat pembayaran segera
❌ Pelaburan yang tidak jelas atau tidak berlesen

πŸ›‘οΈ INGAT!
Jika ragu-ragu, SEMAK DAHULU sebelum membuat sebarang bayaran.

πŸ“ž Jika anda menjadi mangsa atau mengesyaki berlaku penipuan, hubungi NSRC 997 dan laporkan kepada pihak polis dengan segera.

BERSAMA KITA CEGAH JENAYAH KOMERSIL
BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DAERAH KUDAT

PROGRAM BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD KUDATKudat, 13 Ogos 2026 - Program Bacaan Yassin, Tahlil dan...
13/08/2026

PROGRAM BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERINGKAT IPD KUDAT

Kudat, 13 Ogos 2026 - Program Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Peringkat IPD Kudat telah diadakan di Surau Al-Hidayah, IPD Kudat dan turut dihadiri oleh YDH Datuk Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah.

Program ini bertujuan untuk memohon keberkatan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh warga IPD Kudat. Selain itu, bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat turut dipanjatkan khusus bagi memohon agar YDH Datuk Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah yang baru selesai menjalani pembedahan diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan proses pemulihan serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan.

Kehadiran YDH Datuk Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah dalam program tersebut turut mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan hubungan erat antara barisan kepimpinan dengan seluruh warga IPD Kudat.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







LAWATAN KEBAJIKAN KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM KONTINJEN SABAH KEPADA ANAK ANGGOTA BAHAG...
13/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM KONTINJEN SABAH KEPADA ANAK ANGGOTA BAHAGIAN KDNKA IPD KUDAT

Kudat, 13 Ogos 2026 - Lawatan Kebajikan YDH SAC Datuk Abdul Fuad bin Abdul Malek, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah kepada anak anggota Bahagian KDNKA IPD Kudat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menziarahi dan menyampaikan keprihatinan serta sokongan kebajikan kepada anak anggota Bahagian KDNKA IPD Kudat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak KDNKA Kontinjen Sabah dengan warga IPD Kudat.

Seluruh warga kerja PDRM Kudat turut mendoakan agar anak perempuan Sjn Jackol @ Bod Sumbing adik Daniella Jackol diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan urusan pemulihannya.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







LAWATAN KERJA KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM KONTINJEN SABAH KE IPD KUDATKudat, 13 Ogos 20...
13/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM KONTINJEN SABAH KE IPD KUDAT

Kudat, 13 Ogos 2026 - Lawatan Kerja YDH SAC Datuk Abdul Fuad bin Abdul Malek, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Sabah sempena Mesyuarat Bulanan bersama Ketua-Ketua Bahagian KDNKA Daerah Bil 2/2026 yang diadakan di IPD Kudat.

Dalam rangka lawatan ini KJKDNKA telah membuat Kunjungan Hormat kepada YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kudat di Pejabat KPD Kudat.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DEWAN PUSAT PERTUBUHAN MOMOGUN RUNGUS MALAYSIA (PMRM) MATUNGGONG, KUDAT...
08/08/2026

LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DEWAN PUSAT PERTUBUHAN MOMOGUN RUNGUS MALAYSIA (PMRM) MATUNGGONG, KUDAT, SABAH

Kudat, 08 Ogos 2026 - Lawatan YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Dewan Pusat Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) Matunggong, Kudat, Sabah.

YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia hadir bagi merasmikan Festival Kebudayaan Rungus Malaysia yang menghimpunkan masyarakat serta penggiat kebudayaan Rungus dalam usaha memperkasa, memelihara dan memartabatkan warisan budaya serta identiti masyarakat Rungus di peringkat negeri dan kebangsaan.

Sepanjang berlangsungnya program, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat telah melaksanakan kawalan keselamatan secara menyeluruh dan berterusan bagi memastikan kelancaran serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







PEMERIKSAAN PTKPN A117 KONTINJEN SABAH TAHUN 2026 DI IPD KUDATKudat, 07 Ogos 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat telah...
07/08/2026

PEMERIKSAAN PTKPN A117 KONTINJEN SABAH TAHUN 2026 DI IPD KUDAT

Kudat, 07 Ogos 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat telah menerima lawatan Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A117) oleh pihak Kontinjen Sabah yang diketuai oleh YDH SAC Datuk Ahsmon bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah merangkap Ketua Zon Pemeriksa PTKPN A117 IPD Kudat bersama rombongan seramai 25 pegawai dan anggota pelbagai Jabatan IPK Sabah di IPD Kudat, Balai Polis Kudat, Balai Polis Matunggong dan Balai Polis Karakit.

Pemeriksaan yang berlangsung selama dua hari ini turut dihadiri oleh YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kudat bersama pegawai-pegawai kanan IPD Kudat. Pemeriksaan merangkumi aspek pengurusan pentadbiran, pematuhan arahan serta keberkesanan pelaksanaan tugas mengikut SOP yang ditetapkan di IPD Kudat dan tiga balai di bawah pentadbiran.

Pihak IPD Kudat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran pihak IPK Sabah sepanjang lawatan pemeriksaan ini.

β€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”






LAWATAN KEBAJIKAN KETUA JABATAN PENGURUSAN KONTINJEN SABAH KEPADA ANGGOTA, KELUARGA ANGGOTA DAN PESARA POLIS DAERAH KUDA...
07/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA JABATAN PENGURUSAN KONTINJEN SABAH KEPADA ANGGOTA, KELUARGA ANGGOTA DAN PESARA POLIS DAERAH KUDAT

Kudat, 06 Ogos 2026 - Lawatan Kebajikan YDH SAC Datuk Ahsmon bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah kepada Anggota, Keluarga Anggota dan Pesara Polis daerah Kudat.

Lawatan ini bertujuan menyantuni anggota, keluarga anggota dan pesara polis di daerah Kudat sebagai tanda keprihatinan, penghargaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara pengurusan Kontinjen Sabah dengan warga PDRM Kudat.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mendoakan agar setiap anggota, keluarga anggota serta pesara polis yang terlibat terus dikurniakan kesembuhan yang sempurna, diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi setiap dugaan, serta dipermudah segala urusan. Semoga rahmat, perlindungan dan keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa sentiasa mengiringi mereka, agar dapat kembali menjalani kehidupan dengan sihat, sejahtera dan penuh semangat bersama insan tersayang.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"







🚨🏐 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI PIALA KETUA POLIS DAERAH KUDAT 2026 πŸ†πŸ’₯ 16 PASUKAN SAHAJA! Siapa cepat, dia dapat!Adak...
05/08/2026

🚨🏐 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI PIALA KETUA POLIS DAERAH KUDAT 2026 πŸ†

πŸ’₯ 16 PASUKAN SAHAJA! Siapa cepat, dia dapat!

Adakah pasukan anda bersedia untuk membuktikan siapa yang paling hebat di gelanggang? Kini tiba masanya untuk menyahut cabaran dalam Pertandingan Bola Tampar Lelaki Piala Ketua Polis Daerah Kudat 2026, sebuah kejohanan berprestij yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari Daerah Kudat, Banggi dan Matunggong.

πŸ”₯ Rebut peluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM2,000, piala kejuaraan, pingat serta anugerah khas kepada pemain terbaik!

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Dewan Mengayau IPD Kudat & Dewan Terbuka LBK
πŸ’° Yuran Penyertaan: RM400 sahaja
πŸ‘₯ Penyertaan: Terhad kepada 16 pasukan dari Kudat, Banggi & Matunggong.

πŸ… Hadiah Menarik Menanti:
πŸ₯‡ Johan – RM2,000 + Piala + Pingat
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM1,500 + Pingat
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – RM1,000 + Pingat
πŸ… Tempat Keempat – RM500

✨ Anugerah Khas:
⭐ MVP
🏐 Best Setter
πŸ›‘οΈ Best Libero

πŸ“ž Daftar sekarang sebelum slot penuh!
πŸ“² Tuan Rugis: 014-579 8449
πŸ“² En. Kasmin: 019-641 1619

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan yang bukan sahaja menguji semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, malah mengeratkan hubungan antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia.

Ayuh sahut cabaran, gegarkan gelanggang dan bawa pulang kejuaraan! πŸ’ͺ🏐

Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUDAT POLIS DIRAJA MALAYSIA PETI SURAT NO. 68, KUDAT
Kudat
89057

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS Daerah Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share