Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang

Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang, Government Organization, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Kuching.

Laman ini merupakan Facebook Rasmi BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BATU LINTANG

📞 Hotline : 082-241241
📠 Faks : 082-248370
📧 [email protected]

“Keselamatan Dipertingkat, Komuniti Dilindungi.”

Satu insiden kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah kedai serbaneka tiga tingkat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuc...
12/09/2026

Satu insiden kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah kedai serbaneka tiga tingkat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching awal pagi tadi.

Tindakan pantas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain bangunan dan premis berhampiran.

Status Premis: Kedai tiga tingkat (Tingkat 1 musnah sepenuhnya, Tingkat 2 terjejas kira-kira 80%, Tingkat Bawah selamat).

Keluasan Terjejas: Anggaran 40 x 80 kaki persegi.
Mangsa: Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Taktikal & Keanggotaan:
Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif menggunakan satu aliran 200 kaki dengan tiga nozel. Keadaan tekanan air rendah pada pili bomba berjaya diatasi dengan bantuan pembekalan air daripada jentera tangki BBP Tabuan Jaya.

Seramai 20 anggota dikerah ke lokasi melibatkan kerjasama BBP Batu Lintang, BBP Padungan, dan BBP Tabuan Jaya bersama logistik:
2 Unit FRT (Fire Rescue Tender)
1 Unit EMRS (Emergency Medical Rescue Services)
1 Unit Jentera Tangki Air.

Kerjasama di lokasi turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).

Kerja-kerja pemadaman susulan dan pemeriksaan lanjut telah dijalankan bagi memastikan kawasan persekitaran benar-benar selamat.

31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69
31 Ogos 2026
“Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan terus berganding bahu membina Malaysia yang aman, sejahtera dan maju.

31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai pengorbanan wira negara.

Berteraskan tema “MADANI Dihayati, Kesejahteraan Dinikmati”, warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terus komited berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian dan profesionalisme demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Semoga Malaysia terus aman, makmur, progresif dan bersatu padu. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada tanah air tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

22/08/2026

Makluman Khas Bomba Kenyalang FC

🚨 LAPORAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN KILANG PERABOT 🚨Pada 21 Ogos 2026, Anggota Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang yan...
21/08/2026

🚨 LAPORAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN KILANG PERABOT 🚨

Pada 21 Ogos 2026, Anggota Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang yang diketuai sendiri oleh Ketua Balai, TPgB II Abdul Mutalif bin Ja’afar telah turun ke padang bagi memberikan bantuan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Sentosa untuk operasi pemadaman kebakaran struktur di Jalan Semeba Lorong 6, Kuching.

Setibanya di lokasi, didapati api sedang marak dengan asap tebal serta berisiko merebak ke kawasan berhampiran. Operasi pemadaman dijalankan secara bersama dengan pasukan bomba dari BBP Kota Sentosa.

Cabaran Bekalan Air & Status :
▪️Tiada Pili Bomba: Ketiadaan pili bomba berhampiran di kawasan kejadian, memaksa pasukan menggunakan sepenuhnya air daripada tangki jentera.

▪️Pergerakan Ulang-Alik: Jentera BKN 5768 terpaksa berulang-alik sejauh kira-kira 1.5 km bagi mengisi semula tangki air untuk memastikan bekalan air bagi pemadaman tidak terputus.

Status Operasi Terkini: Bantuan operasi pemadaman masih diteruskan oleh anggota yang bertugas malam, manakala laporan penuh kejadian dan punca kebakaran akan dikendalikan oleh BBP Kota Sentosa.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang bertungkus-lumus di lapangan! 🚒💨

🔥 JUH BERAMI-RAMI, KITA SOKONG BOMBA! 🔥⚽️ SABTU TOK, KITA TURUN PADANG!Juh warga Bomba Sarawak, adik kakak berami-rami k...
18/08/2026

🔥 JUH BERAMI-RAMI, KITA SOKONG BOMBA! 🔥

⚽️ SABTU TOK, KITA TURUN PADANG!

Juh warga Bomba Sarawak, adik kakak berami-rami kita ke Padang Bola Sepak UNIMAS untuk bersama-sama memberikan sorakan dan sokongan padu kepada Bomba Kenyalang FC! 🚒🔥

🏆 SUKU AKHIR PIALA Cahya Mata Sarawak
⚔️ BOMBA KENYALANG FC 🆚 HOPE FC
📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 3.00 petang
📍 Padang Bola Sepak UNIMAS

Jangan lupak minum air banyak-banyak. 🥶

Juh datang berik sokongan. Mun bukan kita, sapa agik.

PERTANDINGAN KIK PERINGKAT JBPM NEGERI SARAWAK 2026🔥 SATU PASUKAN. SATU VISI. SATU SEMANGAT. 🔥Tahniah dan syabas kepada ...
13/08/2026

PERTANDINGAN KIK PERINGKAT JBPM NEGERI SARAWAK 2026

🔥 SATU PASUKAN. SATU VISI. SATU SEMANGAT. 🔥

Tahniah dan syabas kepada Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang yang telah mewakili Zon 1 Sarawak dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat JBPM Negeri Sarawak Tahun 2026, yang berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.

Pada pertandingan kali ini, Kumpulan FROST tampil membawa projek inovasi “Smoke Vent Nozzel”, sebuah idea dan pendekatan kreatif yang diketengahkan bagi membantu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan tugas operasi.

💪 KUMPULAN FROST

Fasilitator
TPgB II ABDUL MUTALIF BIN JAA’FAR

Ketua

1. PBK I KANA ANAK TAWI

Ahli
2. PBK II (TBK I) DENNIS NUON
3. PBK II (TBK I) BRANDON LEE
4. PB AZWAN BIN BUANG SI
5. PB JEFFRY BIN ISMAIL
6. PB MOHD HADELI BIN OSMAN
7. PB COLLIN ANAK PIN

Bukan sekadar pertandingan.
Ia adalah ruang untuk mencetuskan idea, menguji kreativiti, membina kerjasama dan mencari penyelesaian yang lebih baik demi memperkukuhkan keupayaan warga bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh Kumpulan FROST atas komitmen, usaha, kerjasama dan semangat juang yang telah dicurahkan dalam membawa nama BBP Batu Lintang dan Zon 1 Sarawak ke pentas pertandingan peringkat negeri.

Apa jua keputusan yang bakal diterima, pengalaman, proses dan usaha yang dilalui bersama adalah satu kemenangan tersendiri. 🫡🔥

Teruskan melangkah. Teruskan mencipta. Teruskan berinovasi.

FROST — INNOVATE. COLLABORATE. ELEVATE. ❄️🔥

“Enjoy the Process.”

13/08/2026
Selamat Bersara, PBK II (TBK I) Rosli Bin Ya’akub 🚒❤️Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya, namun jasa dan bakti seo...
13/08/2026

Selamat Bersara, PBK II (TBK I) Rosli Bin Ya’akub 🚒❤️

Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya, namun jasa dan bakti seorang anggota bomba tidak akan pernah dilupakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PBK II (TBK I) Rosli Bin Ya’akub atas segala dedikasi, khidmat bakti, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama keluarga besar JBPM.

Bertahun-tahun mencurah tenaga demi tugas dan amanah.
Kini tiba masanya untuk melangkah ke fasa kehidupan yang baharu — lebih tenang, lebih bermakna dan pastinya lebih bahagia. ❤️

Selamat bersara, Encik Rosli.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga tercinta.

Jasa dan bakti akan sentiasa dikenang.
Sekali bomba, tetap bomba. 🚒🔥

Ikhlas daripada seluruh warga
Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

03/08/2026

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang
Kuching
93200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Penyelamat Batu Lintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share