Pusat Khidmat Kontraktor - PKK Sarawak

Pusat Khidmat Kontraktor - PKK Sarawak Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sarawak

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 🇲🇾
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 🇲🇾

24/08/2026

TIDAK PERLU EJEN UNTUK MOHON STB

KUCHING, 20 Ogos 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sarawak telah menganjurkan Kursus Penyediaan Bill of Quantities (...
21/08/2026

KUCHING, 20 Ogos 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sarawak telah menganjurkan Kursus Penyediaan Bill of Quantities (BQ) pada 19 hingga 20 Ogos di Bilik Kuliah DZKIR Engineering, Kuching. Program dua hari ini dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Encik Noor Azirhan Bin Sahat, serta dihadiri seramai 39 orang kontraktor dari Gred G1 hingga G7.

Antara Pengisian Utama Kursus:
​📊 Pengukuran & Pengiraan Kuantiti: Teknik mengukur item kerja secara terperinci mengikut standard industri.

​💰 Analisis Kadar Harga (Rate Analysis): Kaedah meletakkan harga BQ yang realistik, tepat, dan kompetitif.

​📑 Pengurusan Dokumentasi Tender: Panduan mengelakkan kesilapan lazim dalam penyediaan BQ yang boleh menjejaskan peluang memenangi tender.

​Penganjuran kursus ini merupakan antara inisiatif berterusan PKK Sarawak dalam memperkasakan kapasiti teknikal dan keusahawanan kontraktor tempatan agar lebih bersedia mengendalikan tender secara profesional dan berintegriti.

​Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 39 peserta yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya! 🏗️📐



📢Maklumat kursus anjuran PKK boleh disemak melalui sistem e-Kursus di pautan https://ekursus.kuskop.gov.my

Pembiayaan SKWAK💰
21/08/2026

Pembiayaan SKWAK💰

KUCHING, 6 Ogos 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sarawak terus komited menyokong pembangunan industri pembinaan tem...
21/08/2026

KUCHING, 6 Ogos 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sarawak terus komited menyokong pembangunan industri pembinaan tempatan dengan menyertai Hari Integriti & Kecemerlangan Industri Pembinaan Sarawak 2026 (IECONS 2026) anjuran CIDB Sarawak yang berlangsung hari ini.

​Menerusi penganjuran program berprestij ini, PKK Sarawak mengambil peluang berinteraksi secara terus dengan warga industri melalui pembukaan ruang pameran khusus untuk khidmat nasihat permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta maklumat kursus/latihan dan pembiayaan SKWAK kepada kontraktor bumiputera.

​Terima kasih diucapkan kepada semua kontraktor dan pengunjung yang hadir memeriahkan booth kami hari ini! 🏗✨️

19/08/2026
BINTULU, 31 Julai 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Tambah Bidang ...
19/08/2026

BINTULU, 31 Julai 2026 – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Tambah Bidang B14: Kerja-Kerja Mengecat yang berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Julai 2026 dan telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta kontraktor pelbagai gred, dari G1 hingga G7.

Program berimpak tinggi ini telah diadakan di Open University Malaysia (OUM) Cawangan Bintulu bagi memberi pendedahan menyeluruh serta meningkatkan kemahiran teknikal para peserta dalam spesifikasi dan teknik kerja mengecat yang betul mengikut piawaian industri.

Sesi kursus telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Tuan Hj Mashan bin Hj Ahmad Rais, yang berkongsi kepakaran, pengalaman praktikal, serta modul latihan secara mendalam sepanjang program berlangsung.

Melalui penganjuran kursus ini, para peserta kini berpeluang untuk menambah pengkhususan bidang B14 dalam lesen pendaftaran kontraktor masing-masing, sekali gus membuka lebih banyak peluang perniagaan dan projek pada masa hadapan.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang lima hari latihan dijalankan.



📢Maklumat kursus anjuran PKK boleh disemak melalui sistem e-Kursus di pautan https://ekursus.kuskop.gov.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Sarawak akan menganjurkan;KURSUS PENY...
21/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Sarawak akan menganjurkan;

KURSUS PENYEDIAAN BILL OF QUANTITIES (BQ)
Pada 19hb hingga 20hb Ogos, secara bersemuka di BAHAGIAN KUCHING

Kursus Penyediaan Bill of Quantities (BQ) dianjurkan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kontraktor mengenai kaedah penyediaan BQ yang betul dan sistematik, selaras dengan keperluan industri pembinaan

Untuk makluman tuan/puan, penyertaan kursus adalah PERCUMA dan akan diberikan Mata CCD serta Sijil Penyertaan.

📌 Cara Permohonan Kursus
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem eKursus di pautan berikut:
https://ekursus.kuskop.gov.my

Pemohon perlu memastikan telah mendaftar dan mempunyai akaun di dalam sistem eKursus sebelum membuat permohonan.

Antara syarat -syarat penyertaan kursus adalah seperti berikut:
• Mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang sah
• Telah berdaftar dalam sistem Ekursus PKK

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak kami di talian 082-424850 atau melalui emel [email protected]

14/07/2026

Address

Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Sarawak, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tingakt 9, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93592

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Kontraktor - PKK Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share