12/04/2026
SINERGI PEMIMPIN & KOMUNITI DEMI KHAZANAH SARAWAK
KUCHING, 11 April 2026 β AKPS LTA Kuching berbesar hati menyaksikan komitmen padu barisan kepimpinan negara dan negeri dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Renjer Komuniti, Flag Off Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), serta Pelancaran program β1000 Visits to Save Wildlifeβ Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung di Dewan Kampung Semeba.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES); YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha NRES; YB Tuan Wilfred Yap Yau Sin, ADUN N12 Kota Sentosa; serta YB Puan Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen P200 Batang Sadong.
Majlis ini turut disertai oleh Ketua-ketua Jabatan daripada pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri yang memberikan sokongan padu terhadap usaha kelestarian alam sekitar.
Delegasi AKPS LTA Kuching diketuai oleh Tuan Pius Anak Inggong (Komander AKPS LTA Kuching), Tuan Andrew Norris Anak Bobin (Ketua Pejabat Imigresen LTAK), dan TPPI Mohd Hafidzol Bin Mohd Wazir (Ketua Operasi βAβ). Ucapan tahniah juga diberikan kepada PI (TBK) Abang Azharuddin Bin Abang Naim dan PI (TBK) Mohammad Nazreeq Bin Yusop atas penglibatan cemerlang dalam perbarisan kawad statik sempena pelancaran OBK.
Sinergi antara kepimpinan, agensi penguatkuasaan, dan komuniti setempat merupakan elemen penting dalam memastikan khazanah flora dan fauna Sarawak terus terpelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.