Pejabatpenerangandaerahkuching

Pejabatpenerangandaerahkuching NO. 49, TINGKAT BAWAH, 1 & 2, JALAN TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE, 93400 KUCHING
Tel: 082246514 / 082246513
E-mail: [email protected]

04/09/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

PEJABAT PERDANA MENTERI
4 September 2026

04/09/2026
04/09/2026
04/09/2026

Kerangka ini bertujuan memperkukuh autonomi, akauntabiliti, tadbir urus serta kebebasan yang bertanggungjawab di institusi pendidikan tinggi. πŸ“šβš–οΈ




04/09/2026

Golongan muda berpeluang meneroka bidang baharu dalam ekonomi, termasuk sektor pasaran saham dan pemilikan saham. Pendedahan ini membuka ruang untuk mereka memahami serta mempelajari segmen ekonomi tersebut dengan lebih dekat. πŸ“ˆπŸ’Ό




04/09/2026

π‚π€ππƒπˆ ππ”πŠπˆπ“ 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓

Di sebalik setiap binaan Candi Bukit Batu Pahat, tersimpan kisah tamadun awal yang berkembang melalui perdagangan dan pertemuan budaya. Warisan ini mengingatkan kita bahawa kepelbagaian ialah kekuatan yang menyatukan.

πŸ“² Maklumat lanjut layari
https://www.merdeka360.my/web/






πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

04/09/2026

πŸ“ŒYang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

04/09/2026

Sebanyak 647 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup sementara selama lima hari bermula Isnin ini susulan keadaan jerebu yang menyebabkan beberapa lokasi di negeri itu mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan penutupan dari 7 hingga 11 Sept itu melibatkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid dan 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar.

Berita penuh https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2603076




04/09/2026

Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak memohon pengisytiharan darurat di Serian adalah langkah keselamatan bagi melindungi penduduk yang terjejas akibat keadaan jerebu pada tahap berbahaya, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata pengisytiharan itu perlu dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara di kawasan berkenaan yang mencecah 500.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2603055

Address

Jalan TUN AHMAD ZAIDI IDRUCE
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabatpenerangandaerahkuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share