25/07/2017
BAGAIMANA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
1) Anda boleh datang ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di alamat yang tertera di sini pada waktu pejabat/perniagaan yang ditetapkan. Untuk keselesaan anda, anda digalakkan untuk membuat temujanji untuk bertemu Pesuruhjaya Sumpah kami atau bertanya sama ada Pesuruhjaya Sumpah kami berada di Pejabat/Premis Perniagaan kami pada waktu tersebut dengan menelefon ke nombor telefon yang dinyatakan di sini.
Alamat :
c/o MUTANG, BOJENG & CHAI
Advocates & Solicitors
1st-3rd Floor, Lot 10522 Block 16
KCLD, Jalan Tun Jugah
93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Tel : +6082-578811
Email : [email protected]
Waktu Pejabat/Perniagaan :
Isnin sehingga Khamis : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 4.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
2.30 petang hingga 4.30 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
2) Deponen yang membuat akuan, ikrar, afidavit, sumpah atau pernyataan adalah dikehendaki HADIR SENDIRI DI HADAPAN Pesuruhjaya Sumpah.
3) Sila pastikan dokumen tidak ditandatangani sebelum anda datang berjumpa Pesuruhjaya Sumpah dan pastikan juga kesemua maklumat berkaitan (Nama, No. Kad Pengenalan/Passport, alamat dan sebagainya) di dalam dokumen adalah diisi lengkap, betul dan benar. Tarikh dokumen adalah tarikh anda menandatangani dokumen tersebut di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
4) Sila bawa bukti (dokumen asal) pengenalan anda untuk tujuan pengesahan identiti. Untuk warganegara Malaysia : KAD PENGENALAN dan untuk bukan warganegara : PASSPORT.
5) Pesuruhjaya Sumpah akan melayan sendiri anda seperti berikut :
• Menentusahkan identiti, butir-butir peribadi dan alamat.
• Membaca dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dikepilkan bersama dokumen (sekiranya ada), jika deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang tertulis dalam dokumen itu, sebelum memperakui bahawa dia telah berbuat demikian di dalam jurat.
• Menandatangani ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen.
• Anda dikehendaki menandatangani atau mengecap cap jari anda pada dokumen dan Buku Daftar Pesuruhjaya Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
• Pesuruhjaya Sumpah akan menandatangani dokumen dan mengecap meterainya pada dokumen.
• Sila buat pembayaran Fee berkaitan kepada Pesuruhjaya Sumpah. Sila minta resit untuk pembayaran tersebut.
• Sekiranya perlu, Pesuruhjaya Sumpah boleh membuat salinan dokumen tersebut untuk tujuan rekod.
• Sebelum meninggalkan Pejabat, sila pastikan anda telah mendapatkan kembali dokumen berserta kad pengenalan atau Passport anda dan resit berkaitan.
CAJ PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
1 Salinan Asal Afidavit atau Akuan Berkanun : RM4.00
1 Salinan Pendua Asal Afidavit atau Akuan Berkanun : RM2.00
1 Salinan Asal Ekshibit : RM2.00
1 Salinan Pendua Ekshibit : RM1.00
Sila ambil perhatian bahawa Pesuruhjaya Sumpah boleh menolak untuk memberikan perkhidmatannya sekiranya :-
(i) Deponen atau penandatangan kepada dokumen tidak hadir sendiri atau dokumen tidak ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah;
(ii) Pesuruhjaya Sumpah mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang di hadapannya adalah terlibat dalam perdayaan, fraud, dures atau apa-apa kelakuan lain yang menyalahi undang-undang;
(iii) permintaan untuk perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di tempat selain daripada tempat perniagaan yang ditetapkan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Hakim Negara;
(iv) melakukan salinan diakui sah (certified true copy) sebarang dokumen adalah tidak dibenarkan; dan/atau
(v) tiada peruntukkan di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia membenarkan dokumen tersebut ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.