Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN SARAWAK

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN SARAWAK Laman page Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐘𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐒! 📍𝘎𝘦𝘳𝘢𝘪 𝘕𝘰 38, 𝘔𝘦𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘪𝘢 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢 𝘙𝘢𝘫𝘢, 96400, 𝘔𝘶𝘬𝘢𝘩, 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬Syabas kerana berjaya memperoleh 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖...
02/09/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐘𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐒!
📍𝘎𝘦𝘳𝘢𝘪 𝘕𝘰 38, 𝘔𝘦𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘪𝘢 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢 𝘙𝘢𝘫𝘢, 96400, 𝘔𝘶𝘬𝘢𝘩, 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬

Syabas kerana berjaya memperoleh 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝 & 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 (𝘽𝙚𝙎𝙎) daripada KKM! 👏✨

🌟Bersih
🌟Selamat
🌟Terbaik

DARO, SARAWAK 𝙅𝙊𝙈 𝙅𝘼𝘿𝙄 “𝙁𝙊𝙊𝘿 𝙎𝘼𝙁𝙀𝙏𝙔 𝙎𝘼𝙑𝙑𝙔”! 😎🍴✨Bukan anak-anak saja kena belajar, ibu bapa pun kena upgrade ilmu keselam...
02/09/2026

DARO, SARAWAK

𝙅𝙊𝙈 𝙅𝘼𝘿𝙄 “𝙁𝙊𝙊𝘿 𝙎𝘼𝙁𝙀𝙏𝙔 𝙎𝘼𝙑𝙑𝙔”! 😎🍴✨

Bukan anak-anak saja kena belajar, ibu bapa pun kena upgrade ilmu keselamatan makanan! 💪

Pada 28 Ogos 2026, Unit Keselamatan & Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Daro berkesempatan berkongsi ilmu melalui 𝘾𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙥𝙚𝙣𝙖 𝘽𝙚𝙣𝙜𝙠𝙚𝙡 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙝𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙞𝙗𝙪𝙗𝙖𝙥𝙖𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙗𝙞𝙠𝙖/𝙏𝙖𝙨𝙠𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝘽𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙧𝙤 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 2026.

📅28 Ogos 2026
🕢7.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan KEMAS Daerah Daro
👥150 orang ibu bapa/penjaga kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS

🧼 Tangan bersih
🍱 Makanan selamat
🚫 Cegah keracunan makanan

Makanan selamat, anak sihat, keluarga happy! 🥰✨

Tahniah kepada 𝙕𝙐𝙎 𝘾𝙊𝙁𝙁𝙀𝙀 (𝙈𝙪𝙠𝙖𝙝, 𝙎𝙖𝙧𝙖𝙬𝙖𝙠) atas kejayaan memperoleh 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝 & 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 (𝘽𝙀𝙎𝙎) daripada Kemen...
02/09/2026

Tahniah kepada 𝙕𝙐𝙎 𝘾𝙊𝙁𝙁𝙀𝙀 (𝙈𝙪𝙠𝙖𝙝, 𝙎𝙖𝙧𝙖𝙬𝙖𝙠) atas kejayaan memperoleh 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝 & 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 (𝘽𝙀𝙎𝙎) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia✨

✨ Bersih!
✨ Selamat!
✨ Mantap!

Teruskan momentum, terus kekalkan yang terbaik & terus maju jaya! ZUS COFFEE, memang onz! ☕💙

01/09/2026

𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 “𝗦𝗔𝗟𝗠𝗢𝗡𝗘𝗟𝗟𝗢𝗦𝗜𝗦”

𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗸𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿?

Seperti yang anda semua maklum, kotak telur terpakai mungkin telah tercemar dengan bakteria salmonella yang terhasil daripada telur yang tidak dibasuh dengan sempurna.

Bakteria ini juga turut menjadi penyumbang kepada penyakit “salmonellosis” sekaligus keracunan makanan. Bayangkan kotak telur terpakai yang tercemar itu digunakan semula bagi meletakkan perkakas memasak seterusnya merebakkan bakteria kepada makanan. Berlaku lah pencemaran silang daripada kotak telur kepada makanan kita… 🤢

Jadi disini bersama-sama kita ubah sikap dengan tidak menggunakan kotak telur terpakai sebagai alas. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa bagi menjamin makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat untuk dimakan👍🏼

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

28/08/2026

LIPAS MERAYAP DI ATAS MAKANAN
JANGAN SEKADAR RAKAM

Satu rakaman yang tular di Threads menunjukkan beberapa ekor lipas merayap di celah dulang makanan mentah di sebuah premis makanan.

Lokasi dan keadaan sebenar masih perlu disahkan melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Namun, apa yang dirakam sudah cukup untuk menjadi satu amaran serius tentang keselamatan makanan.

LIPAS BUKAN SEKADAR MENJIJIKKAN

Lipas boleh bergerak dari longkang, tong sampah dan kawasan lembap sebelum merayap ke atas dulang, peralatan serta makanan.

Bakteria yang dibawa pada badan dan kakinya boleh mencemarkan makanan atau permukaan penyediaan. Pencemaran silang kemudian boleh berlaku melalui tangan, penyepit, pisau, papan pemotong atau bekas yang digunakan bersama.

Memasak makanan dengan sempurna boleh membunuh banyak kuman, tetapi ia tidak boleh menggantikan kebersihan premis dan kawalan makhluk perosak yang sepatutnya.

APA YANG KELIHATAN MUNGKIN CUMA SEBAHAGIAN DARIPADA MASALAH

Seekor lipas tidak semestinya membuktikan keseluruhan premis kotor. Namun, apabila beberapa ekor lipas boleh bergerak bebas di kawasan makanan, ia adalah red flag yang perlu disiasat.

Pemeriksaan perlu melihat lebih daripada apa yang sempat dirakam. Antaranya keadaan dapur, longkang, tempat penyimpanan bahan mentah, pengurusan sampah, kebersihan peralatan dan rekod kawalan makhluk perosak.

JIKA ANDA NAMPAK KEJADIAN SEPERTI INI

Jangan ambil atau makan makanan yang terdedah kepada pencemaran.

Ambil gambar atau video sebagai bukti. Catat nama premis, lokasi, tarikh dan masa kejadian. Simpan resit jika anda telah membuat pembelian.

Maklumkan kepada pengurusan supaya makanan tersebut segera diasingkan dan tidak terus dihidangkan kepada pelanggan lain.

Kemudian buat aduan rasmi kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat. Posting di media sosial boleh memberi amaran, tetapi ia tidak menggantikan laporan rasmi yang membolehkan pemeriksaan dijalankan.

JIKA SUDAH TERMAKAN

Pantau gejala seperti loya, muntah, cirit-birit, sakit perut dan demam.

Dapatkan rawatan segera jika terdapat darah dalam najis, muntah berterusan sehingga tidak boleh minum, sakit perut yang teruk, pening, terlalu lemah atau tanda dehidrasi seperti mulut kering dan kurang kencing.

Kanak-kanak kecil, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai imuniti rendah perlu mendapatkan pemeriksaan lebih awal jika mengalami gejala.

Jangan sekadar rakam untuk dijadikan bahan tular.

Simpan bukti. Buat laporan. Biar pihak berkuasa memeriksa apa yang kamera kita tidak dapat lihat.

Kerana isu sebenar bukan sekadar seekor lipas yang menjijikkan.

Isu sebenarnya ialah makanan tercemar yang mungkin sudah sampai ke meja pelanggan.

Public Health Malaysia

🥟 𝙆𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝙋 𝙂𝙀𝙈𝙐𝙆 𝙈𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂 𝙉𝘼𝙈𝙋𝘼𝙆 𝙈𝙀𝙉𝙔𝙀𝙇𝙀𝙍𝘼𝙆𝘼𝙉. 𝙇𝘼𝙂𝙄 𝘽𝘼𝙉𝙔𝘼𝙆 𝙄𝙉𝙏𝙄, 𝙇𝘼𝙂𝙄 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼! 😂Tapi tahukah anda ? 📌 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 33(1)(𝙖), 𝙋...
24/08/2026

🥟 𝙆𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝙋 𝙂𝙀𝙈𝙐𝙆 𝙈𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂 𝙉𝘼𝙈𝙋𝘼𝙆 𝙈𝙀𝙉𝙔𝙀𝙇𝙀𝙍𝘼𝙆𝘼𝙉. 𝙇𝘼𝙂𝙄 𝘽𝘼𝙉𝙔𝘼𝙆 𝙄𝙉𝙏𝙄, 𝙇𝘼𝙂𝙄 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙂𝙄𝘼! 😂

Tapi tahukah anda ?

📌 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 33(1)(𝙖), 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣-𝙋𝙚𝙧𝙖𝙩𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 2009 menetapkan pengendali makanan hendaklah menjaga kebersihan diri pada tahap yang tinggi, termasuk memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

📌 Ketidakpatuhan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk tawaran kompaun, tertakluk kepada peruntukan dan prosedur yang berkuat kuasa.

Kenapa? 👇
🦠 Kotoran &mikroorganisma boleh terkumpul di bawah kuku.
🍴 Tangan p**a bersentuhan secara langsung dengan makanan.
⚠️ Risiko pencemaran makanan boleh berlaku tanpa kita sedari.

Jadi tunggu apa lagi ?
Sebelum masuk dapur…
✂️ 𝙋𝙊𝙏𝙊𝙉𝙂 𝙆𝙐𝙆𝙐
🧼 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙄𝙃𝙆𝘼𝙉 𝙆𝙐𝙆𝙐
🍱 𝙆𝙀𝙉𝘿𝘼𝙇𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙆𝘼𝙉𝘼𝙉 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙄𝙃.

📣Jangan tunggu penguatkuasa KKM datang baru kuku nak pendek. 😂👉 Kebersihan diri bukan pilihan. Ia tanggungjawab pengendali makanan dan keperluan perundangan.

MUKAH 📢 𝘾𝙀𝙍𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙋𝙀𝙉𝙎𝙄𝙅𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙈𝙀𝘽𝘼𝙎𝙀𝘿 & 𝙈𝙚𝙎𝙏𝙄 📅17 Ogos 2026⏰1400-1700 📍Kingwood Hotel Mukah👥 Peserta 20 orang usahawan Ho...
24/08/2026

MUKAH

📢 𝘾𝙀𝙍𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙋𝙀𝙉𝙎𝙄𝙅𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙃𝙊𝙈𝙀𝘽𝘼𝙎𝙀𝘿 & 𝙈𝙚𝙎𝙏𝙄

📅17 Ogos 2026
⏰1400-1700
📍Kingwood Hotel Mukah
👥 Peserta 20 orang usahawan Homebase

Dari dapur rumah terus ke meja anda dengan jaminan keselamatan! 👩‍🍳🏡

🍽️ Usahawan terlibat adalah dari produk:
• Roti Canai Frozen
• Mi Kuning
• Cornflakes Madu
• Biskut / Cookies
• Kek / Bun / Pastri
• Sagu Dalat
• Telur Masin
• Kuih Redem
• Rojak Buah/ Buah Potong
• Bahulu
• Serunding Halia

Pensijilan 𝙃𝙤𝙢𝙚𝙗𝙖𝙨𝙚𝙙 & 𝙈𝙚𝙎𝙏𝙄 membantu usahawan memahami keperluan keselamatan, kebersihan dan kawalan makanan dalam penghasilan produk, di samping meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dihasilkan. ✅

Tahniah dan syabas kepada semua usahawan yang terus komited dalam memastikan makanan yang dihasilkan bersih, selamat dan berkualiti.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama!







20/08/2026
MUKAH Setinggi-tinggi Tahniah buat 𝐇𝐀𝐋𝐅 𝐎𝐍𝐄 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄! 🎉✨📍𝙶𝙴𝚁𝙰𝙸 𝙼𝙰𝙺𝙰𝙽𝙰𝙽 & 𝙼𝙸𝙽𝚄𝙼𝙰𝙽, 𝙽𝙾 𝟷 & 𝟸 𝚃𝙰𝙺𝙰𝙽 𝙱𝙴𝚁𝙰𝙼𝙱𝙴𝙷, 𝚄𝙸𝚃𝙼 𝙲𝙰𝚆𝙰𝙽𝙶...
19/08/2026

MUKAH

Setinggi-tinggi Tahniah buat 𝐇𝐀𝐋𝐅 𝐎𝐍𝐄 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄! 🎉✨

📍𝙶𝙴𝚁𝙰𝙸 𝙼𝙰𝙺𝙰𝙽𝙰𝙽 & 𝙼𝙸𝙽𝚄𝙼𝙰𝙽, 𝙽𝙾 𝟷 & 𝟸 𝚃𝙰𝙺𝙰𝙽 𝙱𝙴𝚁𝙰𝙼𝙱𝙴𝙷, 𝚄𝙸𝚃𝙼 𝙲𝙰𝚆𝙰𝙽𝙶𝙰𝙽 𝙼𝚄𝙺𝙰𝙷, 𝟿𝟼𝟺1𝟶 𝙼𝚄𝙺𝙰𝙷, 𝚂𝙰𝚁𝙰𝚆𝙰𝙺

Satu pencapaian yang membanggakan! Half One Enterprise kini telah rasmi menerima 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 (𝐁𝐞𝐒𝐒) 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐊𝐊𝐌).

Kejayaan ini menyerlahkan komitmen berterusan pasukan Half One Enterprise dalam mengekalkan piawaian kebersihan, keselamatan, dan kualiti perkhidmatan yang tertinggi demi kepuasan para pelanggan. Dengan adanya pengiktirafan ini, pelanggan kini boleh menikmati sajian dan perkhidmatan dengan penuh yakin dan tanpa ragu.

Syabas diucapkan kepada seluruh tenaga kerja Half One Enterprise atas usaha gigih ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus cemerlang pada masa hadapan! 🚀💪

MUKAH Tahniah kepada 𝘿𝘼𝙋𝙐𝙍 𝙆𝘼𝙈𝙀𝙆 (𝙆𝘼𝙁𝙀𝙏𝙀𝙍𝙄𝘼 𝘾𝙀𝙉𝙏𝙀𝙓𝙎 𝙈𝙐𝙆𝘼𝙃) yang telah lulus 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙎𝙎 (𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝, 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙝𝙖...
19/08/2026

MUKAH

Tahniah kepada 𝘿𝘼𝙋𝙐𝙍 𝙆𝘼𝙈𝙀𝙆 (𝙆𝘼𝙁𝙀𝙏𝙀𝙍𝙄𝘼 𝘾𝙀𝙉𝙏𝙀𝙓𝙎 𝙈𝙐𝙆𝘼𝙃) yang telah lulus 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙩𝙞𝙧𝙖𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙎𝙎 (𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝, 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Teruskan momentum! 🔥
Dapur bersih ✅ Makanan selamat ✅ Pelanggan senang hati ❤️

Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh kepada premis makanan yang lain. 🌟
Ada BESS baru BEST‼

#

Address

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082233036

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN SARAWAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN SARAWAK:

Shortcuts

Share