11/06/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Bersempena Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan dan Peluncuran Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan (e-PS) serta Sistem e-Vetting 3.0, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) atas kejayaan menerima Sijil Cemerlang Kategori Jabatan Persekutuan dan Anugerah Perdana, yang telah diterima oleh YBhg. Datoโ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG), bagi pihak JKPTG.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian tahap keselamatan perlindungan โCEMERLANGโ menerusi Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan, sekali gus membuktikan komitmen berterusan JKPTG dalam memperkukuh keselamatan perlindungan, memperkasakan tadbir urus yang berintegriti serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk JKPTG terus melakar kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kepentingan negara.
โจ๐๐๐ฃ๐ง๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐ ๐๐ฎ๐๐ถโจ
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)