SM Sains Miri

SM Sains Miri Ini merupakan facebook rasmi SM Sains Miri...Jutaan Terima Kasih kepada smua kerana sentiasa memberi sokongan kepada warga sekolah dan pelajar SAINSri...

Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan.
31/05/2026

Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan.

πŸ“š Perkampungan Ilmu SPM Siri 1 πŸŽ“πŸ“… 18 Mei – 21 Mei 2026Program ini bertujuan membantu murid meningkatkan penguasaan topik...
24/05/2026

πŸ“š Perkampungan Ilmu SPM Siri 1 πŸŽ“
πŸ“… 18 Mei – 21 Mei 2026

Program ini bertujuan membantu murid meningkatkan penguasaan topik penting SPM, memperkukuh teknik menjawab soalan serta membina keyakinan dan motivasi diri dalam menghadapi peperiksaan.

Melalui bengkel, latihan intensif dan perkongsian strategi pembelajaran berkesan, program ini turut membudayakan amalan belajar yang terancang, konsisten dan berdisiplin demi kecemerlangan akademik.












🌺 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌺Tema: Tradisional Memikat, Guru DisanjungHari ini bukan sekadar meraikan se...
23/05/2026

🌺 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 🌺
Tema: Tradisional Memikat, Guru Disanjung

Hari ini bukan sekadar meraikan seorang pendidik, tetapi menghargai insan yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi anak bangsa. ✨

Dengan busana tradisional yang penuh warna-warni dan warisan budaya, sambutan kali ini menyerlahkan keunikan serta semangat kebersamaan warga sekolah. πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œGuru Bitara Nadi Negara”

Terima kasih buat semua guru atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan. Semoga terus diberi kekuatan dan keberkatan dalam mendidik generasi masa hadapan. πŸ’



🌟 TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN! 🌟Alhamdulillah, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SM Sain...
22/05/2026

🌟 TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN! 🌟

Alhamdulillah, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SM Sains Miri atas kejayaan cemerlang dalam Kursus Kepimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid Generasi MADANI Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-19 Tahun 2026.

πŸ† Anugerah Jejak Kepimpinan
πŸ₯‡ Emas – Nur Azzalea Damia binti Ahmad Fauzi
πŸ₯ˆ Perak – Aqmal Fikry bin Zakaria

πŸ† Anugerah Amalan Terbaik
πŸ₯‡ Emas – SM Sains Miri

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan mencerminkan potensi, sahsiah serta kepimpinan unggul murid-murid SM Sains Miri.

Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru pembimbing serta pihak sekolah atas usaha, komitmen dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam kepimpinan, sahsiah dan potensi diri. ✨

Tahniah SM Sains Miri!



🏏 TAHNIAH PASUKAN KRIKET SAINSRI! 🏏✨Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kriket SAINSRI atas kejayaan da...
22/05/2026

🏏 TAHNIAH PASUKAN KRIKET SAINSRI! 🏏✨

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kriket SAINSRI atas kejayaan dalam Kejohanan Kriket Peringkat SQL yang telah berlangsung pada 17 Mei hingga 21 Mei di Padang Kriket Borneo, Stadium Taha Ariffin.

πŸ† Pasukan SAINSRI L berjaya meraih Naib Johan selepas memberikan saingan sengit dalam perlawanan akhir menentang SAINSKU, dengan perbezaan hanya 1 run.

πŸ₯‰ Pasukan SAINSRI P turut membanggakan sekolah apabila berjaya memperoleh Tempat Ketiga dalam kejohanan ini.

Kejayaan ini turut diserikan dengan pencapaian Awang Muhammad Ayman yang menerima Anugerah Pemukul Terbaik setelah berjaya mencatat sebanyak 58 larian sepanjang kejohanan. πŸ‘πŸ”₯

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, guru pengiring, jurulatih serta seluruh warga sekolah atas komitmen, semangat juang dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan pada masa akan datang. 🌟

Tahniah SAINSRI!



🏐 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG KEJOHANAN BOLA JARING MSSB MIRI 2026 🏐✨Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua...
22/05/2026

🏐 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG KEJOHANAN BOLA JARING MSSB MIRI 2026 🏐✨

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sekolah yang telah berjaya meraih kemenangan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSB Miri 2026 yang telah berlangsung pada 18 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026.

πŸ† Kategori U15
πŸ₯‡ Juara: SMK Tinjar
πŸ₯ˆ Naib Juara: SMK Luak
πŸ₯‰ Ketiga: SMK Dato Permaisuri
πŸ… Keempat: SMK Luar Bandar

πŸ† Kategori U18
πŸ₯‡ Juara: SMK Tinjar
πŸ₯ˆ Naib Juara: SMK Subis
πŸ₯‰ Ketiga: SM Sains Miri
πŸ… Keempat: SMK Luak

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring serta pihak yang terlibat atas semangat kesukanan, komitmen dan usaha gigih yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. πŸ‘πŸ”₯

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan pada masa akan datang. 🌟

Tahniah kepada semua sekolah!



πŸ† TAHNIAH PASUKAN DEBAT SEKOLAH! πŸ†πŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Debat SM Sains Miri atas...
21/05/2026

πŸ† TAHNIAH PASUKAN DEBAT SEKOLAH! πŸ†

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Debat SM Sains Miri atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat.

🌟 Kemenangan membanggakan ini sekali gus melayakkan pasukan debat sekolah untuk mewakili Miri ke peringkat seterusnya.

πŸ‘ Ucapan tahniah juga ditujukan kepada Alexandria Peter atas pencapaian cemerlang sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan.

πŸ’ Syabas kepada semua pembahas, guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan doa sepanjang pertandingan berlangsung.

✨ Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah, SM Sains Miri! 🎊

Pada 20 Mei 2026, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BPSBP atas perolehan bas baharu ini. Semoga kemudah...
20/05/2026

Pada 20 Mei 2026, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BPSBP atas perolehan bas baharu ini. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong keperluan dan kebajikan anak-anak SAINSRI.

PEMERIKSAAN KESIHATAN, PEMERIKSAAN KANSER PAYU DARA DAN PEMERIKSAAN MATA16 Mei 2026 | Sabtu | 9.30pagiSM Sains Miri mera...
17/05/2026

PEMERIKSAAN KESIHATAN, PEMERIKSAAN KANSER PAYU DARA DAN PEMERIKSAAN MATA
16 Mei 2026 | Sabtu | 9.30pagi

SM Sains Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pelaksanaan program jalinan dan jaringan komuniti dengan kerjasama dengan pihak Hospital Miri bersama Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri, Sarawak Midwives Association Cawangan Miri dan Specvision Optometry Miri.
Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan kesedaran kesihatan dalam usaha melahirkan warga sekolah yang lebih sihat, peka dan sejahtera. Semoga jalinan kerjasama ini terus mekar demi manfaat bersama. πŸ’™
Objektif Program:
🎯 Meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga sekolah
🎯 Memperkukuh jalinan kerjasama antara sekolah dan komuniti
🎯 Memberi pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan diri

Jutaan terima kasih kepada warga SM Sains Miri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), alumni, ibu bapa serta pihak luar yang terlibat atas sokongan, komitmen dan perkongsian ilmu dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang terjalin terus memberi impak positif kepada warga SM Sains Miri. ❀️

✨ PROGRAM JALINAN MESRA ASRAMA MADANI 2026 ✨16 Mei 2026 (Sabtu) | 8.30 PagiSetinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima...
17/05/2026

✨ PROGRAM JALINAN MESRA ASRAMA MADANI 2026 ✨
16 Mei 2026 (Sabtu) | 8.30 Pagi

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SM Sains Miri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), alumni dan ibu bapa serta semua pihak yang telah hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan Program Jalinan Mesra Asrama Madani 2026.
Semoga jalinan erat yang terbina ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak SM Sains Miri. Bersama-sama kita membina komuniti asrama yang harmoni, prihatin dan progresif. ❀️

Objektif Program:
🎯 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan warga asrama
🎯 Memberi peluang kepada ibu bapa melihat suasana dan pengurusan kehidupan murid di asrama
🎯 Membudayakan komunikasi dua hala yang lebih berkesan antara sekolah dan ibu bapa
🎯 Memupuk semangat kebersamaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI




Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Sains Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SM Sains Miri:

Share