12/06/2026
πππππππ ππππππ
ππππππ ππππππππππππ ππππππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππππ ππππ πππππππ πππππππ & ππππ ππππππππππ ππππ
11 Jun 2026, KUCHING β Sesi perkongsian bertajuk βKecerdasan Buatan (AI): Pembuatan Automasi dan Reka Bentuk Visualβ telah disampaikan oleh Ts. Syahrul Nizam Junaini, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sesi ini memperkenalkan konsep dan aplikasi Large Language Models (LLM) serta teknik Prompt Engineering yang berkesan dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada penggunaan AI dalam menghasilkan imej, rajah, poster dan infografik bagi menyokong penghasilan kandungan visual yang lebih kreatif, menarik dan berkualiti.
Perkongsian ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami potensi AI dalam meningkatkan kecekapan kerja, memperkasa inovasi digital serta menyokong transformasi perkhidmatan perpustakaan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Bersempena Hari Pustakawan 2026, program ini turut menjadi platform pembangunan kompetensi profesional dalam kalangan pustakawan dan pegawai perpustakaan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih dinamik, inovatif dan berorientasikan pengguna.