Terabai Dayak & Dayak Defender

Terabai Dayak & Dayak Defender This native platform is to fight for Dayak rights

15/09/2026

Harap individu berkenaan dikenakan tindakan. Ada YB yang mengecam dan termasuk membuat laporan polis terutama dari GPS dan UPKO setakat ini.

Umno Selangor guna 'jenaka Katolik' puji kebijaksanaan, kematangan ZahidZarrah MordenDiterbitkan: Sep 12, 2026 2:43 PMSe...
14/09/2026

Umno Selangor guna 'jenaka Katolik' puji kebijaksanaan, kematangan Zahid

Zarrah Morden

Diterbitkan: Sep 12, 2026 2:43 PM

Selepas Khairy Jamaluddin semalam, Umno Selangor p**a hari ini mengambil giliran memuji secara terbuka kebijaksanaan Ahmad Zahid Hamidi dalam memimpin parti dan negara.

Lebih menarik, wakil Umno Selangor itu, Noorazli Said menggunakan jenaka daripada ajaran Kristian Katolik untuk memahamkan perwakilan serta penyokong parti tersebut yang kini bertumpu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Berucap di hadapan ribuan hadirin pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, Noorazli menceritakan kisah seorang paderi yang memandu kereta Proton Saga bertransmisi manual ketika ternampak seorang biarawati menunggu di perhentian bas.

Paderi itu kemudian menawarkan diri untuk menghantar biarawati tersebut p**ang.

Namun, setiap kali paderi terbabit menukar gear, tangannya akan tersentuh paha biarawati tersebut dan dia membiarkan tangannya berada di situ.

Namun setiap kali perkara itu berlaku, biarawati berkenaan mengingatkan paderi tersebut supaya merujuk kepada ayat Mazmur ke-129 yang menyebabkan paderi terbabit menarik semula tangannya.

Sebaik tiba di rumah, kata Noorazli, paderi itu menyemak Bible untuk melihat apa sebenarnya yang terkandung dalam ayat tang dipetik oleh biarawati berkenaan, dan dia terkejut.

“Tuan-tuan nak tahu apa Surah Mazmur ayat ke-129 ni cakap?” katanya bersahaja, “surah Mazmur ayat 129 ni dalam bahasa Inggeris dia cakap – dengan izin – go forth and seek further up and you will find glory.

“Faham ke tak faham ni? Kalau tak faham saya terjemah ke bahasa Melayu. Maksudnya: dia kata, ‘teruskan usahamu kerana semakin ke atas semakin dekatlah kamu dengan kejayaan.’

“Justeru apa yang saya nak bagitahu dari cerita ini ialahlah, we must focus (kita mesti fokus) dan kita kena tahu apa yang kita nak buat,” katanya disambut dengan ketawa orang ramai.

Ungkapan itu – yang merupakan variasi daripada jenaka yang kadangkala dikongsi dalam kalangan penganut Kristian –sebenarnya tidak terkandung dalam ayat ke-129 Mazmur.

Noorazli yang juga Bendahari Umno Selangor kemudian menjelaskan bahawa cerita itu dikisahkan untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan ahli Umno kekal fokus dan mengetahui matlamat yang ingin dicapai.

Dia sebelum itu merujuk kepada ucapan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid kepada ahli-ahli parti susulan kekalahan BN dalam PRU 2018.

Noorazli berkata ahli-ahli Umno ketika itu berasa hilang semangat akibat kekalahan besar dan pertama kali untuk gabungan itu sehingga menyebabkan rasa malu serta meninggalkan stigma sosial kepada mereka.

Pada PAU yang diadakan selepas kekalahan tersebut, kata Noorazli, Ahmad Zahid ada memberitahu ahli-ahli bahawa Umno akan bangkit semula dan menerajui kerajaan sebelum berakhirnya penggal parlimen.

Katanya ia kedengaran seperti tidak masuk akal namun ia terbukti sebaliknya berdasarkan “kemuncak” penegasan Ahmad Zahid semasa menyampaikan ucapan dasarnya semalam yang dianggap “melengkapi semua” aspek.

“Inilah kematangan politik yang kita – orang muda – harapkan harapkan, iaitu satu guidance, satu petunjuk yang perlu untuk kami ikuti,” katanya.

Seterusnya Noorazli yang juga Ketua Umno Sepang menambah, perwakilan kali ini datang dengan anggapan Ahmad Zahid akan menyampaikan ucapan dasar yang biasa-biasa saja dan tidakl banyak berbeza berbanding tahun-tahun lalu.

Namun, tambahnya, ternyata timbalan perdana menteri itu membawa gagasan yang tidak terfikir oleh penyokong Umno.

“Tetapi ucapan presiden pada kali ini benar-benar membuktikan bahawa inilah perdana menteri yang akan kita nobatkan pada PRU ke-16 nanti, insya-Allah,” katanya.

Sumber Berita: Malaysiakini
Gambar: Malaysiakini

Pautan Artikel:- https://www.malaysiakini.com/news/884911-umno-selangor-guna-jenaka-katolik-puji-kebijaksanaan-bakal-pm-ke-11

Segerakan penambahbaikan subsidi bahan api, peningkatan kuota subsidi RON95, bantuan dieselOgos 19, 2026, Rabu - 5:43pmM...
19/08/2026

Segerakan penambahbaikan subsidi bahan api, peningkatan kuota subsidi RON95, bantuan diesel

Ogos 19, 2026, Rabu - 5:43pm

MIRI: Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk peningkatan kuota subsidi RON95 dan bantuan diesel kepada golongan layak, tanpa perlu menunggu sehingga dua atau tiga bulan sekiranya mekanisme pelaksanaannya dapat dimuktamadkan lebih awal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dayak Native Initiative (DANI) di sini hari ini, jika keperluan rakyat sudah dikenal pasti dan prinsip penambahbaikan berkenaan telah dipersetujui, pelaksanaannya wajar dipercepat bagi membantu rakyat yang terus berdepan kos operasi dan sara hidup setiap hari.

“Jangan tunggu sehingga beban rakyat semakin berat.

"Jika boleh dipercepat, segerakan,” menurut kenyataan tersebut.

DANI amat menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung persetujuan untuk mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi RON95 serta penambahbaikan bantuan diesel kepada golongan yang layak.

Pada masa sama, DANI mengambil perhatian terhadap cadangan Naib Presiden PKR Roland Engan mengenai keperluan meningkatkan kuota bahan api, yang menurutnya wajar diberi perhatian serius kerana mengambil kira realiti kehidupan masyarakat Sarawak.

Menurut DANI, keadaan geografi, jarak perjalanan serta corak penggunaan bahan api di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, berbeza berbanding kebanyakan kawasan bandar.

Katanya, bahan api bukan sekadar digunakan untuk kenderaan, malah menjadi keperluan penting kepada petani, pekebun kecil, nelayan darat, pengusaha bot, peniaga kecil serta masyarakat pedalaman untuk mengendalikan jentera pertanian, bot, jana kuasa dan pelbagai kegiatan ekonomi.

Justeru, DANI berpandangan isu subsidi bahan api tidak boleh dilihat hanya daripada aspek harga di pam kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kos sara hidup, pengangkutan, pengeluaran pertanian dan kelangsungan kegiatan ekonomi rakyat.

“Suara dan cadangan yang membawa realiti masyarakat Sarawak ke peringkat Persekutuan, termasuk yang dibangkitkan Roland, perlu dinilai berdasarkan keperluan sebenar rakyat di lapangan, bukannya melalui pendekatan satu kadar yang dianggap sesuai untuk semua kawasan,” katanya.

DANI turut menyambut baik cadangan membolehkan golongan yang layak memohon kuota melebihi 300 liter berdasarkan keperluan sebenar.

Menurutnya, pendekatan lebih fleksibel itu penting kerana kadar penggunaan bahan api berbeza mengikut individu, isi rumah dan jenis kegiatan ekonomi.

Bagaimanapun, mekanisme permohonan perlu dipastikan mudah, cepat dan tidak terlalu birokratik, terutama bagi masyarakat pedalaman yang berdepan kekangan capaian Internet atau tinggal jauh dari pusat pentadbiran.

DANI turut mencadangkan kerajaan menggunakan pangkalan data sedia ada daripada Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, agensi komoditi dan agensi kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti petani serta pengusaha yang benar-benar aktif.

Langkah itu katanya, penting bagi memastikan golongan yang sepatutnya menerima bantuan tidak tercicir daripada penambahbaikan subsidi berkenaan.

DANI pada masa sama menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan mendengar pandangan rakyat serta melakukan penambahbaikan terhadap mekanisme subsidi bahan api.

“Kesediaan Perdana Menteri mempertimbangkan cadangan peningkatan kuota merupakan perkembangan positif dan kita berharap pertimbangan itu dapat diterjemahkan kepada keputusan serta pelaksanaan secepat mungkin.

“Dalam keadaan kos operasi terus ditanggung rakyat setiap hari, masa juga merupakan sebahagian daripada bantuan.

"Lebih cepat dilaksanakan, lebih cepat rakyat mendapat manfaat,” demikian menurut DANI lagi.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Foto: BERNAMA
Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/19/segerakan-penambahbaikan-subsidi-bahan-api-peningkatan-kuota-subsidi-ron95-bantuan-diesel?fbclid=IwdGRjcATyinVjbGNrBPKKbXBkb2YBZXh0bgNhZW0CMTEAc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEeOrJIS1Y-kUb6oQTXxYRYGiqFtHq73Kscw8VFCXIB4FYQi3oh0955Km6T3jk_aem_-xgEXYjH5R-oBkjYcd8xLA

12/08/2026

DANI sambut seruan Premier Sarawak, tegaskan keadilan untuk semua

Ogos 12, 2026, Rabu - 3:42pm

MIRI: Dayak Native Initiative (DANI) menyambut baik seruan Premier Sarawak agar pembangunan dan perhatian kerajaan dilaksanakan secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini.

DANI dalam satu kenyataan, hari ini berkata, prinsip berkenaan penting dalam memastikan keharmonian, kestabilan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus dipelihara.

Menurutnya, kepelbagaian masyarakat Sarawak yang terdiri daripada Dayak, Melayu, Melanau, Cina serta pelbagai etnik lain merupakan kekuatan yang perlu terus dipertahankan.

“Dalam semangat tersebut, DANI berharap tidak ada satu pun kaum yang menghuni bumi Sarawak berasa dipinggirkan atau ketinggalan daripada arus pembangunan,” katanya.

DANI berkata keadilan bukan sekadar memberikan perkara yang sama kepada semua, sebaliknya turut bermaksud memastikan komuniti yang masih berdepan kekurangan dari segi infrastruktur, pendidikan, peluang ekonomi, kesihatan, perumahan dan kemudahan asas diberikan perhatian berdasarkan keperluan sebenar.

Katanya, perkara itu amat penting bagi masyarakat di luar bandar dan pedalaman, termasuk komuniti Dayak yang masih memerlukan kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, telekomunikasi dan Internet, kesihatan serta peluang ekonomi yang lebih luas.

Dalam pada itu, DANI menegaskan prinsip keadilan untuk semua turut perlu merangkumi pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak serta warisan masyarakat asal Sarawak, khususnya berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Bagi masyarakat Dayak dan masyarakat asal yang lain, tanah adat bukan sekadar sebidang tanah, tetapi warisan turun-temurun, sumber kehidupan, asas kegiatan pertanian serta aset ekonomi penting untuk masa depan generasi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, DANI berkata hak yang sah terhadap tanah adat perlu dihormati dan dilindungi, selain memastikan proses penyukatan serta pengeluaran hak milik dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berlandaskan undang-undang.

DANI turut mengambil maklum masih wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian masyarakat berhubung isu NCR, proses penyukatan, pengiktirafan hak serta pelaksanaan beberapa dasar yang menyentuh kepentingan masyarakat asal.

Menurut pertubuhan itu, kebimbangan berkenaan perlu didengar dan tidak sewajarnya dipandang ringan.

“Rasa tidak puas hati tersebut harus ditangani melalui dialog terbuka, penyampaian maklumat yang telus serta pelaksanaan dasar yang adil dan konsisten.

“Masyarakat perlu diberikan ruang untuk menyuarakan kebimbangan mereka, manakala kerajaan p**a perlu terus memperkukuhkan mekanisme penyelesaian supaya setiap isu dapat ditangani berdasarkan fakta, undang-undang dan prinsip keadilan,” katanya.

DANI berkata seruan supaya berlaku adil kepada semua perlu diterjemahkan melalui tindakan, bukan sahaja dalam aspek pengagihan pembangunan dan peluang ekonomi tetapi juga penghormatan terhadap hak masyarakat asal, termasuk hak yang sah terhadap tanah adat.

Pada masa sama katanya, prinsip itu perlu diterapkan dalam pengagihan peruntukan pembangunan, peluang pendidikan dan pekerjaan, pembangunan modal insan, keusahawanan serta penyertaan masyarakat dalam proses membuat keputusan.

“Memperjuangkan hak dan kemajuan masyarakat Dayak tidak bermaksud menafikan hak atau kepentingan masyarakat lain.

“Sebaliknya, DANI mahu melihat masyarakat Dayak maju bersama-sama masyarakat lain dalam sebuah Sarawak yang aman, makmur dan inklusif,” katanya.

DANI berkata kekuatan Sarawak terletak pada perpaduan dalam kepelbagaian dan sekiranya semua kaum dihormati, hak masyarakat asal dilindungi serta tiada komuniti dipinggirkan, keharmonian negeri akan terus menjadi kekuatan utama Sarawak.

“Tiada kaum dipinggirkan.

"Tiada wilayah ditinggalkan.

"Hak tanah adat dihormati.

"Keadilan untuk semua rakyat Sarawak,” menurut kenyataan DANI.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Artikel Asal:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/12/dani-sambut-seruan-premier-sarawak-tegaskan-keadilan-untuk-semua?fbclid=IwdGRjcATpc4tjbGNrBOlygnBkb2YBZXh0bgNhZW0CMTEAc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEevowvxbaxru3FTygDLl1s1E34odzYzE89JRDax9vFXGuqumHOblOHrvWyFdQ_aem_G5TEjtBQwIev16cCztBjhQ

Percepat ukur NCR untuk buka peluang ekonomi luar bandarOgos 9, 2026, Ahad - 6:47pmMIRI: Kerajaan Sarawak perlu memperce...
09/08/2026

Percepat ukur NCR untuk buka peluang ekonomi luar bandar

Ogos 9, 2026, Ahad - 6:47pm

MIRI: Kerajaan Sarawak perlu mempercepatkan proses penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh negeri bagi memberi kepastian hak milik sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pembangunan sektor pertanian luar bandar.

Dayak Native Initiative (DANI) berkata, penyukatan tanah NCR bukan sekadar proses pentadbiran tanah, sebaliknya langkah strategik untuk memperkukuh ekonomi masyarakat Dayak serta memastikan tanah adat dapat dimanfaatkan secara lebih produktif dan mampan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, DANI berkata usaha mempercepatkan penyukatan dan pengeluaran geran perlu diteruskan bagi memastikan lebih ramai pemilik tanah mendapat kepastian terhadap hak mereka.

Justeru, DANI turut mengalu-alukan komitmen Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam mempercepatkan penyukatan tanah NCR serta penyerahan Warta Seksyen 6 dan Geran Tanah Seksyen 18 kepada pemilik yang layak.

“Sejak Inisiatif Baharu Pengukuran Tanah NCR diperkenalkan pada 2010, lebih 1.2 juta hektar tanah NCR telah diukur secara perimeter, manakala ratusan ribu hektar lagi telah diwartakan dan proses pengeluaran geran individu terus dipercepatkan,” jelas DANI dalam kenyataan tersebut.

DANI berkata, kepastian status tanah amat penting ketika pemilik yang berdepan peningkatan kos sara hidup dan kos operasi pertanian, termasuk bahan api, penggunaan jentera serta pengangkutan hasil.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu lagi, tanah yang mempunyai status jelas akan meningkatkan keyakinan pemilik untuk membuat pelaburan jangka panjang, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan aktiviti pertanian.

Dalam pada itu, DANI mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan penglibatan komuniti, persatuan atau NGO berkelayakan dalam membantu membiayai atau menyelaras kerja penyukatan secara sukarela.

Cadangan itu katanya, boleh dilaksanakan tertakluk kepada garis panduan, piawaian teknikal serta pengesahan akhir Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi memastikan ketepatan rekod rasmi kerajaan terus terpelihara.

DANI turut menggesa supaya penyukatan tanah disusuli bantuan teknikal, latihan pertanian moden, akses pembiayaan, kemudahan infrastruktur ladang, mekanisasi dan peluang pemasaran.

Menurutnya, langkah itu penting supaya tanah NCR yang telah diukur tidak sekadar mempunyai dokumen hak milik, tetapi benar-benar mampu menjana pendapatan kepada pemilik.

Tanah adat katanya, mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dalam sektor kelapa sawit, lada, getah, padi, buah-buahan, koko dan tanaman bernilai tinggi lain secara lestari.

DANI menegaskan pembangunan tanah NCR perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, biodiversiti serta kepentingan masyarakat setempat.

“Mempercepatkan penyukatan tanah adat merupakan pelaburan strategik untuk memperkasa ekonomi luar bandar, meningkatkan pendapatan masyarakat Dayak, menjamin keselamatan makanan dan mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar,” jelas DANI dalam kenyataan itu lagi.

Oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/08/09/percepat-ukur-ncr-untuk-buka-peluang-ekonomi-luar-bandar

KENYATAAN AKHBAR DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE) MEMPERCEPATKAN PENGUKURAN TANAH HAK ADAT ORANG ASAL (NCR) DI SARAWAK UNT...
08/08/2026

KENYATAAN AKHBAR

DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE)

MEMPERCEPATKAN PENGUKURAN TANAH HAK ADAT ORANG ASAL (NCR) DI SARAWAK UNTUK MEMAJUKAN PEMBANGUNAN PERTANIAN LESTARI

8 Ogos 2026

DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE) menyeru Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan lagi pengukuran tanah Hak Adat Orang Asal (NCR) di seluruh negeri sebagai inisiatif strategik untuk memperkukuh pembangunan pertanian, meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar, dan merangsang pertumbuhan ekonomi Sarawak.

DANI turut mengalu-alukan komitmen berterusan Timbalan Perdana Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dalam mempercepatkan program ukur tanah NCR termasuk pengeluaran Warta Seksyen 6 dan Hakmilik Tanah Seksyen 18 kepada pemilik tanah yang layak. Sejak pengenalan Inisiatif Ukur Tanah NCR Baharu pada 2010, lebih 1.2 juta hektar tanah NCR telah diukur melalui ukur perimeter, manakala ratusan ribu hektar telah diwartakan, dengan pengeluaran hak milik tanah individu terus berkembang.

DANI percaya bahawa pencapaian ini menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mengiktiraf Hak Adat Orang Asal. Namun begitu, masih ramai masyarakat yang menunggu penyelesaian ukur tanah dan pengeluaran hak milik tanah. Oleh itu, usaha ini harus terus diperkukuh dan dipercepatkan supaya lebih ramai pemilik tanah dapat menikmati kepastian undang-undang ke atas tanah mereka.

Pada ketika kos sara hidup dan kos operasi pertanian terus meningkat, termasuk kos bahan api yang lebih tinggi yang menjejaskan jentera ladang, pengangkutan hasil pertanian dan operasi perladangan, adalah penting bagi pemilik tanah untuk memiliki pemilikan tanah yang terjamin. Pemilikan tanah yang jelas memberikan keyakinan yang lebih besar untuk pelaburan jangka panjang dalam pertanian, meningkatkan produktiviti dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan.

Bagi kebanyakan masyarakat Dayak, tanah NCR bukan sekadar warisan nenek moyang tetapi juga aset ekonomi berharga yang menyokong mata pencarian dan melindungi masa depan generasi akan datang. Proses pengukuran yang lebih sistematik dan cekap akan memberi keyakinan kepada pemilik tanah untuk membangunkan tanah mereka dengan lebih teratur dan produktif, di samping memudahkan perancangan pembangunan luar bandar.

Dengan pengiktirafan undang-undang yang sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada, tanah NCR mempunyai potensi besar untuk menyokong pembangunan pertanian moden, termasuk kelapa sawit, lada, getah, padi, penanaman buah-buahan, koko dan tanaman bernilai tinggi yang lain. Pada masa yang sama, pembangunan sebegini harus dilaksanakan secara mampan, dengan mengambil kira perlindungan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan hak masyarakat setempat.

Bagi mempercepatkan lagi proses pengukuran, DANI mencadangkan agar Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk mewujudkan mekanisme yang membolehkan pertubuhan komuniti, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkelayakan membantu secara sukarela dalam membiayai atau menyelaras aktiviti ukur tanah NCR, tertakluk kepada garis panduan rasmi, piawaian teknikal dan pengesahan akhir oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak. Pendekatan kolaboratif sedemikian berpotensi untuk mempercepatkan pengukuran tanah di samping mengekalkan integriti dan ketepatan rekod rasmi kerajaan.

Di samping itu, DANI mengesyorkan agar inisiatif ukur tanah dilengkapkan dengan bantuan teknikal, latihan pertanian moden, akses yang lebih baik kepada pembiayaan, pembangunan infrastruktur ladang, sokongan mekanisasi dan program akses pasaran bagi memastikan tanah yang diukur dapat dimanfaatkan secara produktif dan menjana p**angan ekonomi yang mampan untuk pemilik tanah.

DANI amat percaya bahawa mempercepatkan pengukuran tanah NCR bukan semata-mata satu latihan pentadbiran tetapi pelaburan strategik dalam mengukuhkan ekonomi luar bandar, meningkatkan pendapatan masyarakat Dayak, meningkatkan keselamatan makanan dan mengurangkan penghijrahan belia ke kawasan bandar dengan mewujudkan peluang ekonomi yang mampan dalam komuniti mereka sendiri.

Tanah yang diiktiraf memberikan keyakinan. Tanah yang dibangunkan menjana pendapatan. Tanah yang diurus secara lestari menjamin masa depan untuk generasi akan datang.

Dikeluarkan oleh:
DANI (Dayak Native Initiative)

“Memperkasa rakyat,
Memelihara Warisan,
Membina Masa Depan.”

Dayak organisation proposes targeted diesel aid for Sarawak’s rural communitiesBy Jacqueline Raphael on August 6, 2026, ...
06/08/2026

Dayak organisation proposes targeted diesel aid for Sarawak’s rural communities

By Jacqueline Raphael on August 6, 2026, Thursday at 8:00

MIRI (Aug 6): The Dayak Native Initiative (DANI) has proposed that the Sarawak government introduce a targeted diesel assistance programme to help small entrepreneurs, farmers and smallholders in rural and remote areas cope with rising operating costs.

In a statement, its pro tem president Bobby William said many smallholders in the interior, particularly within the Dayak community, continue to rely on diesel-powered engines to operate water pumps, river boats, electricity generators and agricultural machinery and processing equipment.

He said diesel remains the primary source of energy for transporting agricultural produce to markets, making it essential to sustaining the economic activities in rural communities.

“Rising diesel costs have increased production expenses, affecting the incomes of small-scale producers and reducing the competitiveness of the agricultural sector in interior areas,” he said.

Bobby said a targeted assistance programme would help ease operating costs while supporting the growth of the agricultural sector and small enterprises.

He said diesel remains the primary source of energy for transporting agricultural produce to markets, making it essential to sustaining the economic activities in rural communities.

“Rising diesel costs have increased production expenses, affecting the incomes of small-scale producers and reducing the competitiveness of the agricultural sector in interior areas,” he said.

Bobby said a targeted assistance programme would help ease operating costs while supporting the growth of the agricultural sector and small enterprises.

Among DANI’s proposals is the introduction of a Sarawak Special Diesel Assistance scheme for farmers, smallholders, inland fishermen and micro-entrepreneurs.

He said the assistance should be based on actual diesel consumption and the type of economic activity undertaken to ensure only eligible recipients benefit from the programme.

The organisation also proposed simplifying the application process by involving District Offices, Agriculture Offices and government service centres to improve accessibility for residents in rural areas.

“By involving farmers’ associations, cooperatives, community organisations and relevant agencies in the verification process, the assistance can be implemented more transparently and effectively,” he said.

Bobby added that the proposed assistance would help reduce operational costs, increase agricultural production and strengthen the competitiveness of rural entrepreneurs.

“Policies that take into account of the actual needs of interior communities are crucial, as diesel remains the primary energy source for many daily and economic activities in these areas,” he said.

DANI expressed confidence that continued cooperation between the government and local communities would help promote more sustainable rural development.

Read More:-
https://www.theborneopost.com/2026/08/06/dayak-organisation-proposes-targeted-diesel-aid-for-sarawaks-rural-communities/

KENYATAAN AKHBARDANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE)DANI MENCADANGKAN BANTUAN KHAS KERAJAAN SARAWAK UNTUK USAHAWAN KECIL DAN P...
02/08/2026

KENYATAAN AKHBAR

DANI (DAYAK NATIVE INITIATIVE)

DANI MENCADANGKAN BANTUAN KHAS KERAJAAN SARAWAK UNTUK USAHAWAN KECIL DAN PETANI YANG BERGANTUNG KEPADA DIESEL

2 Ogos 2026

DANI (Dayak Native Initiative) menyeru Kerajaan Sarawak supaya mempertimbangkan satu Bantuan Khas Diesel Sarawak bagi membantu usahawan kecil, pekebun dan petani yang bergantung kepada penggunaan diesel sebagai sumber utama menjalankan aktiviti ekonomi mereka, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Masyarakat di kawasan pedalaman, termasuk ramai petani dan pekebun Dayak, masih bergantung kepada enjin diesel untuk mengendalikan pam air, jentera pertanian, bot sungai, generator elektrik, mesin pemprosesan hasil pertanian serta pengangkutan hasil ke pasaran.

Sebarang peningkatan kos diesel akan memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran, sekali gus mengurangkan pendapatan pengusaha kecil dan menjejaskan daya saing sektor pertanian luar bandar.

DANI berpandangan bahawa bantuan bersasar daripada Kerajaan Sarawak mampu mengurangkan beban kos operasi golongan ini, di samping memastikan sektor pertanian dan perusahaan kecil di kawasan pedalaman terus berkembang.

Mengambil kira bahawa kerajaan di pelbagai negeri pernah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan khas kepada rakyat mengikut keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing, DANI berharap Kerajaan Sarawak turut mempertimbangkan satu bentuk bantuan khusus yang dapat meringankan beban petani dan usahawan kecil yang bergantung kepada diesel. Cadangan ini adalah berasaskan keperluan ekonomi masyarakat luar bandar dan bukan atas pertimbangan politik.

Sehubungan itu, DANI mencadangkan agar Kerajaan Sarawak mempertimbangkan beberapa langkah berikut:

1. Memperkenalkan Bantuan Khas Diesel Sarawak kepada petani, pekebun, nelayan darat dan usahawan mikro yang benar-benar menggunakan diesel untuk tujuan produktif.
2. Menyediakan mekanisme permohonan yang mudah dan mesra luar bandar, termasuk melalui Pejabat Daerah, Pejabat Pertanian dan Pusat Perkhidmatan Kerajaan bagi memastikan mereka yang layak tidak tercicir.
3. Memberikan bantuan berdasarkan penggunaan sebenar dan jenis aktiviti ekonomi supaya bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
4. Melibatkan persatuan petani, koperasi, pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan dalam proses pengesahan bagi memastikan pelaksanaan yang telus dan berkesan.

DANI percaya bahawa sektor pertanian merupakan antara tonggak keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi Sarawak. Oleh itu, membantu petani dan usahawan kecil bukan sekadar mengurangkan beban kos, malah merupakan satu pelaburan strategik untuk menjamin bekalan makanan, meningkatkan pendapatan luar bandar dan mengukuhkan ekonomi negeri.

Masyarakat luar bandar tidak meminta layanan istimewa. Mereka hanya mengharapkan dasar yang mengambil kira realiti kehidupan di pedalaman, di mana diesel masih menjadi sumber tenaga utama untuk menjalankan aktiviti harian dan ekonomi.

Dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat, DANI berharap kebajikan petani, pekebun dan usahawan kecil di kawasan luar bandar diberi perhatian sewajarnya. Seperti mana pelbagai kerajaan negeri memperkenalkan bantuan kepada rakyat berdasarkan keperluan semasa, DANI percaya Kerajaan Sarawak juga mempunyai keupayaan untuk memperkenalkan inisiatif yang bersesuaian demi kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang menjadi tulang belakang sektor pertanian negeri.

DANI yakin bahawa dengan kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat, lebih ramai usahawan kecil serta petani di Sarawak akan terus berdaya saing, meningkatkan pengeluaran dan menyumbang kepada kemakmuran negeri.

“Petani Berdaya, Luar Bandar Maju, Sarawak Makmur.”

Dikeluarkan oleh:
DANI (Dayak Native Initiative)
“Memperkasa rakyat ,Memelihara Warisan, Membina Masa Depan.”

Sarawak dijangka tolak kerjasama dengan PHOleh NORHAZLINDA DEWI SUTRISNO2 Ogos 2026, 12:27 pmSUBANG JAYA: Parti-parti po...
02/08/2026

Sarawak dijangka tolak kerjasama dengan PH

Oleh NORHAZLINDA DEWI SUTRISNO
2 Ogos 2026, 12:27 pm

SUBANG JAYA: Parti-parti politik tempatan di Sarawak dijangka tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, dinamik politik di Sarawak sangat berbeza berbanding negeri-negeri di Semenanjung seperti Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, penolakan itu berpunca daripada kedudukan DAP yang sudah lama menjadi penentang serta musuh politik utama kepada pimpinan tempatan Sarawak.

“Saya tahu lepas PRN Melaka adalah Sarawak. Sarawak juga saya jangka tidak bersama dengan PH sebab DAP adalah musuh politik utama negeri Sarawak.

“Jadi bagaimana mereka nak bersama dengan PH?” kata beliau ketika ditemui semasa sudang akhbar sempena program IJM Alliance Duo Highway Challenge 2026 hari ini.

Menurut Ahmad, situasi Perikatan Nasional (PN) atau parti lain bertanding menentang Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri adalah berpunca daripada ketiadaan perjanjian rasmi di peringkat kerajaan negeri, berbeza dengan Perjanjian Kerajaan Perpaduan yang hanya mengikat di peringkat pusat.

Jelasnya, sementara menunggu tempoh penggal Parlimen berakhir secara rasmi, BN akan kekal konsisten mempertahankan kestabilan politik negara sehingga ke tempoh itu atau tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri.

“Negeri tidak ada perjanjian yang ditandatangani. Jadi jangan marah, kita berlawan di negeri tetapi berkawan di Persekutuan.

“Kami memegang janji untuk menyokong Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejayaan cemerlang BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam, Ahmad berkata perancangan jentera yang disusun oleh War Room BN terbukti amat berkesan.

“Sebelum ini di Johor saya meramalkan 45 kerusi dan kita dapat 48 kerusi. Di Negeri Sembilan p**a saya meramalkan 25 kerusi dan jawapannya tepat 25 kerusi.

“Ini adalah hasil kerja keras jentera angkat BN seluruh negara yang berkampung di semua 25 DUN,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Online
Pautan Artikel:- https://www.utusan.com.my/nasional/2026/08/sarawak-dijangka-tolak-kerjasama-dengan-ph/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sarawak-dijangka-tolak-kerjasama-dengan-ph&fbclid=IwdGRjcATb_qdjbGNrBNv992V4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHugfoxOTvXl7bPNqjJlPY2_naXN1LQU-JfMsmfT48ufWZN3P3TNRSHsKT5Qx_aem_XmA07oyl9EkHr6boMFuQZA

DANI gesa pembangunan luar bandar dan pemerkasaan NCR diutamakan Julai 29, 2026, Rabu - 9:18pmMIRI: Dayak Native Initiat...
30/07/2026

DANI gesa pembangunan luar bandar dan pemerkasaan NCR diutamakan

Julai 29, 2026, Rabu - 9:18pm

MIRI: Dayak Native Initiative (DANI) menggesa agar pembangunan luar bandar dan pemerkasaan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terus diberi keutamaan sebagai pemangkin utama kemajuan sosioekonomi masyarakat Dayak di Sarawak.

Dalam kenyataan media hari ini, DANI menegaskan pendiriannya bukan bermotifkan politik sebaliknya bertujuan mengemukakan pandangan konstruktif bagi memastikan pembangunan yang lebih holistik serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat Dayak.

Menurut kenyataan itu, pemerkasaan ekonomi perlu menjadi agenda utama sekiranya masyarakat Dayak tidak mahu terus ketinggalan, memandangkan mereka telah sekian lama menjadi penyumbang penting kepada sektor pertanian di Sarawak.

Sehubungan itu, DANI berpandangan masyarakat Dayak perlu diberikan sokongan menyeluruh meliputi penyediaan infrastruktur moden, akses kepada pembiayaan, pemindahan teknologi serta perluasan peluang pasaran bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Pada masa sama, DANI mengalu-alukan usaha Kerajaan Sarawak menaik taraf bekas jalan-jalan balak sebagai jalan perhubungan bagi penduduk luar bandar.

Protem Presiden Bobby William (gambar) berkata, langkah tersebut merupakan inisiatif yang tepat kerana jaringan infrastruktur yang lebih baik mampu merangsang pembangunan sektor pertanian, meningkatkan taraf hidup penduduk serta merapatkan jurang sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, liputan telekomunikasi, sekolah dan kemudahan kesihatan masih menjadi keperluan mendesak di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Dengan penyediaan kemudahan yang lengkap, bukan sahaja kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan, malah peluang ekonomi baharu dapat diwujudkan sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar,” menurut kenyataan itu.

Menyentuh mengenai NCR Bobby berkata, DANI berpandangan tanah adat perlu terus diiktiraf dan diperkasa sebagai aset ekonomi strategik masyarakat Dayak.

Menurutnya, pengiktirafan rasmi terhadap tanah adat serta pematuhan kepada undang-undang sedia ada mampu memastikan tanah tersebut bukan sahaja dipelihara sebagai warisan nenek moyang, malah dimanfaatkan bagi pembangunan pertanian, keusahawanan dan aktiviti ekonomi mampan yang memberi p**angan berterusan kepada pemilik tanah.

Dalam pada itu, DANI turut menegaskan bahawa sebarang agenda pembangunan perlu dilaksanakan secara lestari dan bertanggungjawab supaya kekayaan sumber hutan tidak dieksploitasi tanpa memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti asal.

Menurut kenyataan itu, hasil sumber asli Sarawak sewajarnya diterjemahkan kepada pembangunan yang dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

DANI percaya pembangunan yang mampan perlu mengimbangi pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosial agar masyarakat Dayak dapat terus maju tanpa mengorbankan warisan, identiti serta hak-hak mereka.

“Hutan mesti dipelihara.

"Tanah adat mesti diperkasakan.

"Rakyat mesti dimajukan.

"Itulah tiang seri pembangunan yang lestari, adil dan inklusif,” jelas Bobby dalam kenyataan tersebut.

oleh Clare Cinderella

Sumber: Utusan Borneo
Pautan Artikel:- https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/29/dani-gesa-pembangunan-luar-bandar-dan-pemerkasaan-ncr-diutamakan?fbclid=IwdGRjcATYA3ljbGNrBNgCkGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHq7xoxESMP4COthg2xzh_oB30LmrvP1jSQdL4evBHXq2mMDPWxHtANGXoZRp_aem_nBKnws-9uvue-Ann7YYZXA

Address

Rumah Dayak
Kuching
93000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terabai Dayak & Dayak Defender posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share