Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak The new official Fire Rescue Department of Malaysia Sarawak page

https://www.facebook.com/share/p/1B137dLCuq/
17/06/2026

https://www.facebook.com/share/p/1B137dLCuq/

AGENSI KESELAMATAN PANTAU RAPI KEADAAN KEBOCORAN GAS METANA DI LAWAS

KUCHING, 16 Jun β€” Operasi pemantauan dan kawalan keselamatan di lokasi kebocoran gas metana yang dikesan di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) berhampiran Kampung Dato, Kuala Lawas, terus dipergiatkan.

Pengarah (JBPM) Sarawak, Jamri Masran, berkata langkah itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pemantauan keselamatan dijalankan bersama (PDRM) bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan terlibat.

Beliau menjelaskan bahawa gas metana merupakan gas yang mudah terbakar dan boleh mendatangkan risiko sekiranya terdapat punca nyalaan berhampiran lokasi kebocoran.

Katanya, pihaknya kini menunggu laporan dan penilaian daripada (JMG), yang akan menggunakan peralatan khas bagi mengesan jumlah atau isipadu gas yang terdapat di bawah tanah.

"Proses pemantauan dan kawalan keselamatan masih dijalankan. Sementara menunggu, JMG akan datang untuk mengesan jumlah isipadu gas di bawah tanah.
"Lagipun, kawasan projek lebuh raya tersebut agak jauh dari kawasan penempatan. Jadi, aktiviti penduduk boleh diteruskan, namun perlu mematuhi kawalan dan nasihat pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan agar tidak berada berhampiran tapak kerja tersebut." katanya.

Jamri berkata demikian kepada RTM di Kuching.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya jumlah gas yang dikesan adalah kecil, pakar mencadangkan supaya gas tersebut dilepaskan secara semula jadi dengan pemantauan rapi sehingga habis.

Jelasnya, jika jumlah gas di bawah tanah didapati besar, tindakan menutup kawasan kebocoran akan dipertimbangkan berdasarkan kaedah yang disyorkan oleh pakar.

DEBBIE AMANDA

'Yang sahih di RTM'


16 Jun 2026 (Selasa), Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit telah melaksanakan Kits Inspection Bil. 1/2026 yang melibatkan ...
17/06/2026

16 Jun 2026 (Selasa), Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit telah melaksanakan Kits Inspection Bil. 1/2026 yang melibatkan seramai 23 anggota dan diketuai oleh PPgB Mohammad Nasir Bin Ahmad Awi di Engine Bay BBP Kanowit.

Selesai pemeriksaan peralatan, anggota seterusnya menghadiri Mesyuarat Pengurusan Balai Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh Ketua Balai, PPgB Mohammad Nasir Bin Ahmad Awi di Bilik Mesyuarat BBP Kanowit.

Program ini bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan anggota, kelengkapan operasi serta pengurusan balai sentiasa berada pada tahap terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Salam Maal Hijrah 1448H /2026MSelamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.Semoga kedatangan tahun bah...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H /2026M
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam.
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta terus berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, berintegriti dan diberkati.

LIMBANG FIREFIGHTERS RUN 4.0 2026 BERLANGSUNG MERIAH 14 Jun 2026 (Ahad), Program Limbang Firefighters Run (LFFR) 4.0 tel...
14/06/2026

LIMBANG FIREFIGHTERS RUN 4.0 2026 BERLANGSUNG MERIAH
14 Jun 2026 (Ahad), Program Limbang Firefighters Run (LFFR) 4.0 telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dan disempurnakan oleh YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Penganjuran kali ke-4 oleh Zon 7 JBPM Negeri Sarawak dengan kerjasama PESKEB Sarawak ini diadakan sempena Sambutan Hari Bomba serta bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Seramai 650 peserta dari Limbang, Lawas, Miri, Labuan dan Negara Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori larian. Selain acara larian, program turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti Fun Run 5KM, cabutan bertuah, senaman aerobik, pameran dan ceramah kebombaan, demonstrasi pemadaman kebakaran, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah serta pelbagai aktiviti menarik lain.
Terima kasih kepada semua peserta, agensi dan masyarakat yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

LAWATAN KERJA RASMI & SESI LIBAT URUS PBS MEDAMIT LIMBANG13 Jun 2026 (Sabtu), LimbangYS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah...
13/06/2026

LAWATAN KERJA RASMI & SESI LIBAT URUS PBS MEDAMIT LIMBANG

13 Jun 2026 (Sabtu), LimbangYS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi dan Sesi Libat Urus bersama Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Medamit serta PBS sekitar daerah Limbang.
Antara pengisian program ialah penyerahan Geran Tahunan kepada PBS, penyampaian Sijil Hero Bomba, sesi ramah mesra bersama ahli PBS serta tinjauan kesiapsiagaan aset Mini Balai PBS Medamit.
Dalam ucapannya, YS Pengarah merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli PBS atas komitmen dan dedikasi dalam membantu masyarakat ketika menghadapi kebakaran, bencana dan pelbagai kecemasan.
Turut hadir Ketua Zon 7 Sarawak, PgB Ramlan bin Marajan serta pegawai-pegawai kanan JBPM Zon 7 Sarawak.

HEBAHAN PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026 Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan kebakaran bersama pakar da...
13/06/2026

HEBAHAN PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN 2026

Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan kebakaran bersama pakar daripada Pegawai Bomba yang berpengalaman.

πŸ“… Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•– Masa: 7.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Tempat: Pusat Konvensyen CIDB Sarawak (CCCS)
✨ Antara pengisian program:
βœ… Kupasan undang-undang dan keperluan keselamatan kebakaran terkini
βœ… Perkongsian ilmu oleh pegawai bomba berpengalaman
βœ… Simulasi dan latihan praktikal keselamatan kebakaran
βœ… Sesi interaktif serta soal jawab bersama pakar
βœ… Sijil penyertaan disediakan
πŸ‘₯ Sasaran peserta: Pemilik dan pengurus premis, pegawai keselamatan bangunan, kontraktor sistem keselamatan kebakaran, PSP, pekerja industri serta kakitangan sektor awam.
πŸ“Œ Yuran Penyertaan: RM1,680 seorang (HRDC Claimable)
πŸ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan : 3 Julai 2026
"Kemahiran Dikuasai, Nyawa Dilindungi"

PROGRAM KESEDARAN AWAM KESELAMATAN KEBAKARANRh Panjang James ak Asang, Ulu Pedanum, Pakan (43 Pintu), 12 Jun 2026 (Jumaa...
13/06/2026

PROGRAM KESEDARAN AWAM KESELAMATAN KEBAKARAN

Rh Panjang James ak Asang, Ulu Pedanum, Pakan (43 Pintu), 12 Jun 2026 (Jumaat)
Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah melaksanakan Program Kesedaran Awam bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkaitan aspek keselamatan kebakaran.
Antara pengisian program:
πŸ”₯ Taklimat keselamatan kebakaran di premis kediaman
🧯 Pengenalan alat pemadam api dan tatacara penggunaannya
🍳 Perkongsian pengendalian kebakaran melibatkan dapur memasak
πŸš’ Demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api
Program ini bertujuan memupuk budaya pencegahan kebakaran serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi kecemasan.
β€œPencegahan Kebakaran Tanggungjawab Bersama.”

MAKLUMAN PEGAWAI BOMBA BERSARA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
12/06/2026

MAKLUMAN PEGAWAI BOMBA BERSARA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada PBK II (KUP) Wan Hamzah bin Wan Malik yang telah menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib pada 29 Mei 2026.
Terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat demi masyarakat, negeri dan negara.
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.
β€œJasa dan pengorbanan tuan akan sentiasa dikenang.”
Ikhlas daripada
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

16.01.1987 - 29.05.2026

MAKLUMAN PEGAWAI BOMBA BERSARAJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
12/06/2026

MAKLUMAN PEGAWAI BOMBA BERSARA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PBK II Ajah anak Ason atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Semoga persaraan ini menjadi lembaran baharu yang penuh dengan kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta keberkatan bersama keluarga tercinta.
Selamat Bersara dan Terima Kasih atas Segala Jasa dan Pengorbanan.
β€œJasamu Dikenang, Budimu Disanjung.”
Ikhlas daripada
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Transformasi Hub Kemahiran Kebombaan (Fire Skill Hub)
10/06/2026

Transformasi Hub Kemahiran Kebombaan (Fire Skill Hub)

Address

Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082365994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak:

Share