Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri Laman sosial facebook ini merupakan laman sosial rasmi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan tugas-tugas dan kuasa-kuasa tertentu dan telah dimansuhkan mulai 1 Jun 1982. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah ditubuhkan semula pada 1 Mei 1990 berikutan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 21 November 1989.

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-P...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga Allah SWT melimpahkan segala kurniaNya dan RahmatNya serta dipanjangkan usia ke atas Tuanku.

Sembah takzim daripada warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

"π‘†π‘’π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ 𝑁𝑔𝑖𝑛𝑑𝑒 πΊπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘– π·π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘˜ π‘˜π‘Ž π‘π‘Žπ‘™π‘Ž π‘˜π‘Žπ‘π‘Žπ‘› π‘π‘Žπ‘›π‘ π‘Ž π·π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘˜ π‘π‘Ž π‘ π‘’π‘™π‘’π‘Ÿπ‘’β„Ž π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž, π‘™π‘’π‘π‘–β„Ž-π‘™π‘’π‘π‘–β„Ž π‘Žπ‘”π‘– π‘π‘Ž π‘šπ‘’π‘›π‘’π‘Ž π‘†π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘˜ π‘‘π‘œπ‘˜. π‘π‘”π‘Žπ‘—π‘–β„Ž ...
31/05/2026

"π‘†π‘’π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ 𝑁𝑔𝑖𝑛𝑑𝑒 πΊπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘– π·π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘˜ π‘˜π‘Ž π‘π‘Žπ‘™π‘Ž π‘˜π‘Žπ‘π‘Žπ‘› π‘π‘Žπ‘›π‘ π‘Ž π·π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘˜ π‘π‘Ž π‘ π‘’π‘™π‘’π‘Ÿπ‘’β„Ž π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž, π‘™π‘’π‘π‘–β„Ž-π‘™π‘’π‘π‘–β„Ž π‘Žπ‘”π‘– π‘π‘Ž π‘šπ‘’π‘›π‘’π‘Ž π‘†π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘€π‘Žπ‘˜ π‘‘π‘œπ‘˜. π‘π‘”π‘Žπ‘—π‘–β„Ž π‘˜π‘Ž π‘˜π‘–π‘‘π‘Ž π‘ π‘’π‘šπ‘’π‘Ž π‘”π‘Žπ‘¦π‘’ π‘”π‘’π‘Ÿπ‘’, π‘”π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘– π‘›π‘¦π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘–, π‘™π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘›π‘” π‘ π‘’π‘›π‘Žπ‘›π‘” π‘›π‘”π‘’π‘Žπ‘› π‘šπ‘’π‘›π‘’π‘Ž".

Selamat menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak di Malaysia, khususnya di negeri Sarawak. Semoga sambutan ini membawa keberkatan, dipanjangkan umur, dilimpahkan kesihatan yang baik serta dikurniakan kesejahteraan dan kedamaian yang berpanjangan kepada kita semua.

Semoga semangat kerukunan, perpaduan dan warisan budaya yang dipelihara sekian lama melalui Pesta Gawai ini terus subur, sekali gus memperkukuh silaturahim serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Ikhlas daripada:
Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.Sempena sambutan Hari Wesak ini, marilah kita bersama-sama menghay...
30/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

Sempena sambutan Hari Wesak ini, marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai kasih sayang, kedamaian dan keinsafan yang menjadi teras ajarannya, di samping memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan serta saling menghormati dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Semoga sambutan ini turut menjadi wadah untuk kita menyuburkan keharmonian sosial serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam semangat Malaysia MADANI yang inklusif dan sejahtera.

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan khususnya kepada warga Sabah yang meraikannya.Pesta Kaamatan merupakan lambang kesyukur...
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan khususnya kepada warga Sabah yang meraikannya.

Pesta Kaamatan merupakan lambang kesyukuran atas rezeki dan hasil tuaian, di samping mencerminkan kekayaan warisan budaya, semangat perpaduan serta kebersamaan masyarakat Kadazan-Dusun dan pelbagai etnik lain di Sabah. Semoga sambutan ini terus diraikan dalam suasana harmoni, muhibah dan saling menghormati selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.Semoga segala ibadah korban yang dilaksanaka...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga segala ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini dipermudahkan, diterima serta diberkati oleh Allah SWT, diiringi dengan limpahan rahmat, keberkatan, keampunan dan keredhaan-Nya buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

22/05/2026
22/05/2026
KUCHING, 20 Mei 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah menghadiri P...
21/05/2026

KUCHING, 20 Mei 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah menghadiri Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching.

Persidangan hari terakhir ini menyaksikan ucapan penggulungan daripada:

(a) Timbalan Premier; Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.82 Bukit Sari (YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan);

(b) Timbalan Premier; Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.82 Bukit Sari (YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan);

(c) Timbalan Premier; Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.37 Bukit Saban (YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas);

(d) Timbalan Premier; Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.37 Bukit Saban (YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas); dan

(e) Premier Sarawak; Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru; Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar; Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.26 Gedong (YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg).

Persidangan diakhiri dengan usul penangguhan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan); dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.73 Piasau (YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew).

Persidangan ditangguhkan pada jam 6.14 petang.

KUCHING, 20 Mei 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah turun padang...
20/05/2026

KUCHING, 20 Mei 2026 - YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) telah turun padang bagi meninjau pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS). Operasi penguatkuasaan tersebut telah dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan dan pengangkutan serta membanteras penyelewengan diesel yang melibatkan kenderaan yang membuat pengubahsuaian secara tidak sah.

Selain daripada itu, pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak komited memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa seperti KPDN, JPJ dan UKPS dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya diesel yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyelewengan subsidi negara.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Matthew anak Dominic Barin, Pengarah KPDN Negeri Sarawak; YBrs. Tuan Norizan bin Jili, Pengarah JPJ Negeri Sarawak; serta pegawai-pegawai penguat kuasa yang lain.

Address

Kuching

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082417733

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri:

Share