Forest Department Sarawak

Forest Department Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Forest Department Sarawak, Government Organization, Forest Department Sarawak Headquarters, Level 15, East Wing Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya, Kuching.
(2)

"𝐀𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐜𝐲 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐓𝐨𝐰𝐚𝐫𝐝𝐬 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐞𝐬𝐭𝐫𝐲"

VISION: To be Globally Recognized in Sustainable Forest Management

MISSION:To Manage and Develop for Socio-Economic and Environmental Sustainability

14/06/2026
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚 𝐋𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐊 𝐒𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚 𝐉𝐚𝐲𝐚, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠KUCHING, 13 Jun 2026 -  Jabatan Hutan S...
13/06/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚 𝐋𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐊 𝐒𝐚𝐭𝐫𝐢𝐚 𝐉𝐚𝐲𝐚, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠

KUCHING, 13 Jun 2026 - Jabatan Hutan Sarawak telah turut serta dalam aktiviti penanaman pokok sempena Program Satria Lestari di bawah Inisiatif Jalinan Pintar Koporat(JPK) anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) yang telah diadakan di SK Satria Jaya, Kuching.

Sebanyak 20 pokok pelbagai spesis seperti belian dan pokok landskap sumbangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah ditanam di perkarangan sekolah sempena program tersebut dengan penglibatan 80 orang peserta termasuk kumpulan Guru Besar Pelatih IAB Cawangan Sarawak, ibu bapa, guru dan murid sekolah.

Program penanaman pokok pada hari ini merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Satria Lestari di samping lain-lain aktiviti melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pemimpin masyarakat.

Turut hadir adalah wakil ADUN Padungan merangkap Ahli Parlimen Padungan En Michael Kong Feng Nian, Guru Besar Satria Jaya Pn Roseline ak Anthony Ajang, YDP PIBG SK Satria Jaya Dr Alex Pega, Penyelaras Program JPK IAB Pn Caroline Micheal Umbak, manakala JHS diwakili oleh Pn Rohanie Bohan pegawai daripada Bahagian Restorasi dan Hutan Industri.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐂𝐄𝐏𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐊 𝐏𝐀𝐊𝐔, 𝐒𝐑𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍SRI AMAN, 12 Jun 2026 - Progr...
13/06/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐂𝐄𝐏𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐊 𝐏𝐀𝐊𝐔, 𝐒𝐑𝐈 𝐀𝐌𝐀𝐍

SRI AMAN, 12 Jun 2026 - Program CEPA & Kem Hutan anjuran Jabatan Hutan Sarawak melalui Pejabat Hutan Wilayah Sri Aman telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Paku, Sri Aman pada 11 dan 12 Jun 2026 dengan penglibatan 65 orang peserta di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

Program ini melibatkan pengisian ceramah dari Bahagian Pewartaan & Konservasi yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Ampeng dan Pn. Rowina Ruth yang menerangkan kesedaran kewujudan Hutan Simpan Kekal di Sri Aman, ceramah kesedaran CEPA dari Bahagian Perhutanan Sosial yang disampaikan oleh En. Tingsan Kudang serta aktiviti penanaman 70 pokok pelbagai spesis seperti pokok belian, pokok engkabang, pokok doa serta pokok buahan seperti durian.

Pelbagai aktiviti dijalankan beasaskan konsep "Belajar Sambil Meneroka" pada sebelah malam di mana peserta di bawa keluar dari bilik darjah untuk seperti aktiviti Fire Camp dan Story Telling.

Majlis penangguhan program telah dirasmikan oleh Pegawai Hutan Wilayah Sri Aman, Syafiani Osman yang mewakili Pengarah Hutan Sarawak dan diakhiri dengan simbolik penanaman pokok di perkarangan SK Paku, Sri Aman oleh para tetamu khas, Pihak UKAS, warga pendidik dan para peserta.

Hadir sama wakil Ketua Bahagian Pewartaan dan Konservasi, Dr Ahmad Ampeng, Guru Besar SK Paku Sri Aman, Kanang Anak Impin, Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Ting Sing Ren.

KUCHING, 11 Jun 2026 - Tahniah kepada Kumpulan Sarawakensis 6 atas kejayaan meraih Anugerah Kumpulan Berpotensi sempena ...
12/06/2026

KUCHING, 11 Jun 2026 - Tahniah kepada Kumpulan Sarawakensis 6 atas kejayaan meraih Anugerah Kumpulan Berpotensi sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar 2026 yang berlangsung pada 9–11 Jun 2026 di Imperial Hotel, Kuching.

Syabas juga kepada Kumpulan CACTUS atas penyertaan dan usaha yang membanggakan sepanjang konvensyen tersebut.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kreativiti warga Jabatan Hutan Sarawak dalam membudayakan inovasi serta penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

🌟 Tahniah Team Sarawakensis 6! 🌟 Syabas Team CACTUS!

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar 2026KUCHING, 11 ...
11/06/2026

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar 2026

KUCHING, 11 Jun 2026 - Jabatan Hutan Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada Kumpulan CACTUS dan Kumpulan Sarawakensis 6 yang mewakili jabatan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MUDeNR 2026 yang berlangsung pada 9–11 Jun 2026 di Imperial Hotel, Kuching.

Penyertaan ini membuktikan komitmen berterusan JHS dalam memperkukuhkan budaya inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menyokong agenda transformasi sektor awam Sarawak.

Semoga kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan inovasi terbaik dan mengharumkan nama Jabatan Hutan Sarawak.

🍀 Tahniah dan selamat maju jaya CACTUS dan Team Sarawakensis 6!

Latihan Pelaksaan Proses dan Prosedur " Monitoring of Timber Supply Chain Transprted by Barge/vessel through Application...
11/06/2026

Latihan Pelaksaan Proses dan Prosedur " Monitoring of Timber Supply Chain Transprted by Barge/vessel through Application of Hidrostatic Method"

KAPIT, 11 Jun 2026 - Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan (PED) dengan kerjasama kumpulan KFA Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan satu siri latihan berkaitan pelaksanaan proses baharu yang dikenali sebagai "Monitoring of Timber Supply Chain Transported by Barge/Vessel through Application of Hidrostatic Method"

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta yang terlibat berkaitan penggunaan produk inovasi iTimC dan pelaksanaan proses baharu dalam aktiviti penguatkuasaan.

Latihan yang disertai oleh seramai 25 peserta, yang terdiri daripada kakitangan PED, PHW Sarikei dan PHW Kapit, tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Hutan Wilayah Kapit, iaitu Tuan Afriezul Bin Abdul Rahman.

Antara pengisian latihan tersebut adalah pengenalan dan pelaksanaan proses baharu, kaedah mendapatkan isipadu kayu balak di atas barge/vessel menggunakan iTimC dan iTimT dan juga amali di lapangan.

Pelaksanaan proses baharu ini bukan sahaja dapat memperkasakan lagi aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak, tetapi turut menyokong usaha memperkasakan hasil inovasi kakitangan Jabatan Hutan Sarawak.

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐢𝐧𝐬𝐨𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐦 BAKAM, 16 Mei...
11/06/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐘𝐢𝐧𝐬𝐨𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐦

BAKAM, 16 Mei 2026 - Program penanaman pokok anjuran bersama Jabatan Hutan Sarawak melalui Pejabat Hutan Wilayah Miri, Jabatan Laut menerusi Kelab Sukan & Kebajikan Miri (JELAS) dan Yinson Production Malaysia telah diadakan di Hutan Simpan Bakam, Miri pada 16 Mei 2026.

Sebanyak 700 anak pokok yang terdiri daripada spesis Selangan, Meranti, Kapur, Engkabang dan Tapang telah berjaya ditanam dengan penglibatan 80 orang peserta.

I got over 500 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉
08/06/2026

I got over 500 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

🏆 Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Hutan Sarawak atas pencapaian cemerlang dengan penerimaan Anugerah Khas Keselam...
08/06/2026

🏆 Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Hutan Sarawak atas pencapaian cemerlang dengan penerimaan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Penilaian Tahun 2025 bertaraf Lima Bintang (Cemerlang) daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan pengurusan keselamatan perlindungan agensi kerajaan, merangkumi aspek keselamatan fizikal, keselamatan dokumen terperingkat, keselamatan ICT serta pematuhan kepada dasar dan peraturan keselamatan kerajaan.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, di Dewan Damar Sari, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Lebih membanggakan, Jabatan Hutan Sarawak merupakan satu-satunya agensi Kerajaan Sarawak yang menerima pengiktirafan ini bagi tahun 2025. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh tadbir urus keselamatan, melindungi aset kerajaan dan memastikan kerahsiaan maklumat sentiasa terpelihara.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Jabatan Hutan Sarawak atas dedikasi dan kerjasama yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang profesional, berintegriti dan berdaya tahan demi kemajuan Sarawak.

Address

Forest Department Sarawak Headquarters, Level 15, East Wing Bangunan Baitulmakmur II, Medan Raya, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082495111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Forest Department Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Forest Department Sarawak:

Share