Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak

Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak Official page of Natural Resources and Environment Board, Sarawak (NREB) a) PRIVACY POLICY

i. ii. iii. v.

Your Privacy - If you choose to interact using our site or send an e-mail which provides personally identifiable data, this data maybe shared where necessary with other agencies so as to serve you in the most efficient and effective manner. Data Protection - Leading technologies including encryption software is used to safeguard any data given to us and strict security standards are maintained to

prevent unauthorised access. Feedback - We welcome all feedbacks/inquiries via email [email protected]

iv. Cookies - ‘cookies’, which are collected by web-servers to enable them to recognise your future visits. NREB Sarawak FB page contains links to our official website at http://www.nreb.gov.my

vi. Changes to this Policy - If this privacy policy changes in any way, it will be updated on this page. Regularly reviewing this page ensures you are updated on the information which is collected, how it is used and under what circumstances, if any, it is shared with other parties. b) SECURITY POLICY

No personal information will be collected while you browse this site except for information submitted by you via e-mail. c) DISCLAIMER

The NREB Sarawak is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. d) CONTACT US

For any service-related complaints or concerns, visit
https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat/web/home/feedback/

https://www.nreb.gov.my/

Copyright © 2021 Natural Resources and Environment Board Sarawak

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak! 🌾Semoga perayaan ini dipenuhi kegembiraan, kesejahteraan dan kenangan indah bersama ...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak! 🌾

Semoga perayaan ini dipenuhi kegembiraan, kesejahteraan dan kenangan indah bersama insan tersayang.



MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN RASMI KEPADA PEJABAT BAHAGIAN NREB29 Mei 2026 | Menara Pelita, KuchingSatu majlis ringkas pe...
30/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN RASMI KEPADA PEJABAT BAHAGIAN NREB

29 Mei 2026 | Menara Pelita, Kuching

Satu majlis ringkas penyerahan kenderaan rasmi telah diadakan di Lobi Menara Pelita, Kuching bagi penyerahan sebanyak lapan (8) unit Kenderaan Pacuan Empat Roda Jenis Toyota Hilux kepada pejabat-pejabat bahagian NREB.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ketua Bahagian dan wakil pejabat bahagian NREB seluruh Sarawak. Penyerahan kenderaan ini bertujuan untuk memperkukuhkan keperluan logistik dan operasi pejabat bahagian. Khususnya dalam meningkatkan kecekapan pelaksanaan penguatkuasaan, pemantauan serta penyampaian perkhidmatan di seluruh Sarawak.

Selain itu, penyediaan kenderaan rasmi ini juga diharapkan dapat membantu melancarkan urusan operasi di lapangan, mempercepatkan tindakan pemantauan dan pemeriksaan, serta meningkatkan keberkesanan tugasan rasmi di kawasan masing-masing.

Majlis diakhiri dengan sesi simbolik penyerahan kunci kenderaan serta sesi bergambar bersama semua Ketua Bahagian dan pegawai yang hadir.


29/05/2026

By DayakDaily Team KUCHING, May 29: If one were to trace the rivers across Sarawak on a map, the State would appear criss-crossed with countless blue lines flowing from the interior highlands to th…

29/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha ✨Semoga setiap pengorbanan membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.  ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha ✨

Semoga setiap pengorbanan membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.



STAKEHOLDER ENGAGEMENT: ENVIRONMENTAL EDUCATION FOR PALS CLUB TEACHERS ADVISOR WORKSHOP PERINGKAT SARAWAK TAHUN 202619 -...
25/05/2026

STAKEHOLDER ENGAGEMENT: ENVIRONMENTAL EDUCATION FOR PALS CLUB TEACHERS ADVISOR WORKSHOP PERINGKAT SARAWAK TAHUN 2026

19 - 21 Mei 2026, Khamis | Kingwood Hotel, Sibu

Pada 19 hingga 21 Mei 2026, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menganjurkan program Stakeholder Engagement: Environmental Education Module for PALS Club Teachers Advisor Workshop Peringkat Sarawak Tahun 2026 di Kingwood Hotel, Sibu. Program tersebut telah disertai oleh seramai 114 guru penasihat Kelab PALS dari 24 daerah di seluruh Sarawak.

Program tersebut bukan sahaja bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada guru penasihat berkaitan penggubalan modul pendidikan alam sekitar selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (Institutionalization of a Comprehensive Environmental Education & Outreach Module for Sarawak), malah turut memantapkan kemahiran serta kaedah penyampaian pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru penasihat Kelab PALS.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Haji Abdullah bin Julaihi, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak. Turut hadir Datu Jack anak Liam, Controller Kualiti Sarawak. Dengan inisiatif penubuhan rangkaian Kelab PALS di 1,460 sekolah di seluruh Sarawak, beliau berharap usaha tersebut dapat melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar. Beliau turut mengaitkan peranan guru sebagai pemacu pendidikan alam sekitar dengan pencapaian bandar Kuching yang tersenarai antara 10 bandar dengan udara terbersih di dunia.

Program ini turut mendapat sokongan daripada rakan strategik seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), OCI TerraSus Sdn. Bhd., Sarawak Energy Berhad, Press Metal Bintulu Sdn. Bhd., Jaya Tiasa Holdings Berhad, Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd., Petronas Sarawak dan Fraser and Neave (F&N) Holdings Berhad.



NREB DIIKTIRAF CEMERLANG MENERUSI PENSIJILAN SACSES9 Mei 2026 | UNIFOR ComplexPada 9 Mei 2026, Lembaga Sumber Asli dan A...
12/05/2026

NREB DIIKTIRAF CEMERLANG MENERUSI PENSIJILAN SACSES

9 Mei 2026 | UNIFOR Complex

Pada 9 Mei 2026, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) telah berjaya meraih Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) dengan Kategori Cemerlang bagi tempoh 6 Mei 2026 hingga 5 Mei 2029 semasa Majlis Anugerah Mini Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2026 Peringkat Jabatan Premier Sarawak anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) yang berlangsung di UNIFOR Complex.

Pencapaian ini amat membanggakan apabila NREB tersenarai antara lima agensi di Sarawak yang menerima Pensijilan SACSES, sekali gus memperlihatkan kesungguhan organisasi dalam mengamalkan tadbir urus berkualiti serta memperkasakan budaya kerja lestari dan berimpak tinggi.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, kerjasama dan komitmen berterusan seluruh warga NREB dalam memastikan setiap keperluan serta piawaian SACSES dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang.

Transisi daripada pelaksanaan EKSA kepada SACSES mencerminkan komitmen berterusan NREB dalam memperkukuh budaya kerja yang berkualiti, tersusun dan mampan selaras dengan aspirasi kecemerlangan organisasi.

Sekalung penghargaan serta ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga NREB atas komitmen dan usaha yang telah membuahkan kejayaan membanggakan ini. Semoga budaya kecemerlangan ini terus diperkasa dan dipertingkatkan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan lestari demi manfaat masyarakat dan negeri.



PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI DEBAK, BETONG7 Mei 2026, Khamis | Dewan Perpaduan Daerah Kecil Debak, Be...
11/05/2026

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KOMUNITI DEBAK, BETONG

7 Mei 2026, Khamis | Dewan Perpaduan Daerah Kecil Debak, Betong

NREB Sarawak telah melaksanakan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Debak, Betong pada 7 Mei 2026. Program ini menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan, memupuk kesedaran serta memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, komuniti setempat dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha memelihara alam sekitar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ts. Jefrin Johnny Gutuk @ Mohd. Jefrin Azlan Abdullah, Ketua Pejabat NREB Bahagian Betong, mewakili Yang Berbahagia Datu Jack anak Liam, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Mohammad Khairurani bin Mohammad Ibrahim, Penolong Pegawai Tadbir Menguasa, Pejabat Daerah Kecil Debak.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sesi ceramah oleh NREB yang menekankan tanggungjawab bersama dalam menangani isu pembakaran terbuka, pengurusan sisa domestik dan amalan ekonomi kitaran. Selain itu, CENTEXS Betong turut berkongsi kaedah penghasilan baja kompos, manakala Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyampaikan taklimat bertajuk “3M Buaya”, diikuti taklimat serta demonstrasi keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong.

Turut diadakan ialah saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Debak, aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai oleh Timuran Kembangan Sdn. Bhd., serta pameran interaktif daripada NREB, DID dan SIDC. Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah.

Program ini mendapat sokongan daripada Pejabat Daerah Debak, Jabatan Kesihatan Betong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, Sarawak Forestry Corporation (SFC), CENTEXS Betong, Timuran Kembangan Sdn. Bhd. dan FELCRA Berhad.



Address

18th-20th Floors, Menara Pelita
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082447488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Natural Resources & Environment Board - NREB Sarawak:

Share